Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Thursday, May 5, 2011

Semangkuk Interlok

Tajuk: Semangkuk Interlok
Oleh: Beberapa Penulis (Editor - Hafiz Hamzah)
Terbitan: Matahari Books
Tahun: 2011

Sinopsis:
Kumpulan sepuluh esei yang membicarakan baik, buruk dan fenomena Interlok terhadap pendirian, individu, masyarakat dan sastera Malaysia.

Rasa:
Sebuah buku penting kiranya, khusus percubaan Amir Muhammad dan Hafiz Hamzah untuk mengumpul segala esei, khusus yang benar-benar kritis membahaskan segala yang melingkar padu terhadap novel kontroversi 2011 ini. Di dalamnya, terdapat kupasan yang benar-benar akademik dan telus berkenaan novel berikut, seperti tulisan S.M. Zakir (yang ada disiarkan dalam Dewan Masyarakat dalam talian), dan Dr. Fatimah Busu. Apa yang menariknya, kebijaksanaan editornya untuk memilih rasa "pelbagai" terhadap novel itu tanpa benar-benar memaparkan retorik emosional, tetapi hujah rasional. Misalnya, nota editor sendiri dalam "cuba memahami" novel tersebut (dengan pendekatan liberalnya) kepada sikap Mohd. Affandi Hassan yang menyerlah tajam sifat "Persuratan Baru" Islamnya terhadap realiti hakiki dan realiti semu (palsu: merujuk kepada ciptaan sastera Melayu mutakhir). Pendirian plural sebegini amat dikagumi boleh berlaku dalam buku projek "kecil" ini.

Tidak kurang menariknya juga, pandangan separa ilmu Uthaya Sankar (hanya buat saya, saya jumpai juga beberapa maklumat bahawa ada juga golongan anak tuhan yang tidak makan daging lembu), sesuatu yang saya kira "perlu" dimasukkan, walaupun hanya entri blog di dalam esei ini, memandangkan beliau adalah lelaki "infamous" buat masa sekarang buat segolongan sasterawan, mendayungi perahu politik yang disokonginya. Dua tulisan yang saya suka, Subashini yang memerhati dari sudut teori feminisme (atau sekurang-kurangnya kecitraan wanita sejagat) yang Interlok boleh sumbangkan (atau gagal sumbangkan), serta pemahaman Umapagan yang telus berkenaan novel sosial ini tanpa sikap yang prejudis malah senang dibaca. Lain-lain penyumbang termasuk Dr. Jeniri Amir yang lebih bersifat peribadi, dan S. Fatimah Said sebagai "pembaca" kalangan masyarakat.

Hanya penggunaan bahasa yang sedikit meragukan dalam kumpulan esei ini, khusus penulisan Hafiz sendiri dengan pelbagai kesalahan tatabahasa, serta beberapa bahan terjemahan Inggeris ke Melayu yang sederhana. Ini sahaja yang mencacatkan pembacaan.

Buku ini percuma. Dan ini suatu rahmat yang perlu dikongsi bersama.

6 comments:

Jelir said...

Fadz,

Terima kaseh. Boleh emel kesalahan tatabahasa yang dimaksudkan? :p

HH.

Jelir said...

Fadz,

Terima kaseh.
Boleh emelkan kesalahan tatabahasa yang dimaksudkan? :v

HH.

Jelir said...

Fadz,

Terima kaseh.
Boleh emel kesalahan tatabahasa yang dimaksudkan?

HH.

ulasbuku said...

Fadz, dah lama nak tanya.
Boleh beli buku 'Republik Kutu' daripada saudara...?

HAKIM

fadz said...

tuan jelir, nantilah, sedang sibuk menangani buku teks, dan ianya bukan kerja yg main2..

mxpl, ermmm, buku/majalah itu masih dalam proses katanya, tauke penerbit masih belum ada bajet untuk percetakan..

ulasbuku said...

Oh begitu, terima kasih.