Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Sunday, April 24, 2011

Pelancaran Buku Sampaikah Amalan Orang Hidup Kepada Arwah? oleh Sidi Dr. Afifi al-Akiti







24 April 2011, di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC. Alhamdulliah, itu yang dapat saya katakan. Mantan KP Jakim, Yang Berbahagia Dato' Hj. Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz datang merasmikan. Ustaz Fauwaz Fadzil yang turut serta dengan buku terjemahannya, "Memahami Persoalan Bidaah" turut ada, memberi ucapan yang begitu lengkap, lembut, dalam dan keseluruhan berkenaan persoalan "bidaah" dan perkaitannya dengan perlakuan khilaf antara gerakan Wahabi dan ahl Sunnah wa Jamaah. Kemudian datang masa Dr. Afifi...



Pada malam sebelum itu, saya sempat bertanya dengannya, apa tidak gentar naik "stage" (ini soalan biasa dalam kalangan penulis kepada penulis). Dr. Afifi hanya tersenyum seribu makna.



Dr. Afifi membuka ucapannya dengan pendek dan bersahaja, lebih santai mungkin, dengan rendah diri, memperkenalkan cikgu Yusnor Ef, seorang budayawan dari Singapura, dan kaitannya dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Apa kaitan cikgu Yusnor dengan P. Ramlee dan buku fiqh agama? Hal ini, saya hanya dapat mengangkat topi buat felo Universiti Oxford ini. Beliau dengan bersahaja, mengaitkan bagaimana indah dan "satu"nya kita, sebagai bersaudara Islam, untuk "memeriahkan" perhubungan dengan sesama kita, di sini, konteksnya, antara yang muda dan tua (dan secara tersirat, antara yang hidup dan mati), yang mana kita, sebagai manusia, senantiasa mendapat syafaat pembelajaran daripada yang tua/sudah pergi. Dan kerana keindahan itu, "jiwa" dan rasa syukur itu, kita memberi al-Fatihah kepada mereka yang sudah pergi, yang telah memberi "orang yang sudah tiada" suatu hadiah, sekali gus memperkuatkan pemahaman kita bahawa yang tua/sudah lama juga sebahagian kita, juga "membesar" dan memberi sumbangan kepada kita, maka seharusnya kita memuliakan dan menghormati mereka. Ini dilakukan oleh Dr. Afifi dengan hanya memperkenalkan momen-momen, sewaktu cikgu Yusnor (merupakan anak murid P. Ramlee) menceritakan "falsafah" P. Ramlee kepadanya, riwayat, dan segala celoteh P. Ramlee. Dr. Afifi memperkenalkan inilah "tradisi muhaddisin", dengan contoh yang begitu bersahaja dan biasa, tetapi tersirat.



Yang indah sekali, Dr. Afifi tidak sahaja "cakap", tetapi buat. Kerana cintanya kepada P. Ramlee, beliau "berguru" dengan cikgu Yusnor, yang pernah berguru dengan P. Ramlee. Perkaitan yang indah inilah yang membawa "rasa cinta" yang seharusnya untuk Dr. Afifi pada sessi seterusnya, membaca (dan khalayak mengikut) al-Fatihah buat para arwah yang sudah pergi, termasuk ulamak, pejuang, sahabat, serta khusus buat Putih Ramlee. Secara jujur, saya tidak pernah, dalam ceramah mempelajari sesuatu serta "melakukan" ilmu yang diajar itu secara "langsung". Ini menjadikan suatu pengalaman yang begitu menakjubkan.



Mengakhiri hal ini, Dr. Afifi tiba-tiba bangkit lalu membaca selawat buat junjungan Rasulullah s.a.w. Pada awal majlis tersebut, kumpulan nasyid menyanyikan selawat, tetapi secara persembahan pentas, tipikal, yang mana penonton menonton persembahan. Selawat, seeloknya diraikan bersama. Maka apabila Dr. Afifi berdiri, lantas khalayak semua diminta berdiri sama, dan berselawat, satu kesinambungan yang indah berlaku, suatu "pembelajaran dua hala" berlaku. Khalayak penonton "turut" menyertai "amalan" yang indah tersebut. Saat itu, cinta, kesyukuran dan persaudaraan menjadi satu.





Saat itu, saya dapat merasai kenikmatan seorang Islam. Dan indahnya, saya dapat meraikannya bersama-sama dengan orang Islam yang lain yang saya tidak kenali. Dr. Afifi, terima kasih. Alhamdulillah.





Buku Sampaikah Amalan Orang Hidup Kepada Arwah? sedang dijual di gerai Pelima di Dewan Tun Razak 3 D55-57 (dekat pintu berdekatan jalan masuk ke surau PWTC), berharga rm5, sehingga 1 Mei 2011. Info buku di sini.

3 comments:

Anonymous said...

haven't read the book but yes, 'memang sampai kepada arwah' bercahaya'

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR said...

Selawat nabi itu sampai kepada Rasulullah SAW atau tidak????

maka kalau anda katakan sampai.... mengapa pula doa kita pada arwah saudara2 kita yang sudah pergi dulu...tidak sampai???

Rasulullah SAW adalah contoh ikutan paling benar dan paling hampir....

fadz said...

zack, sampailah... adoi, belilah buku tu dulu baru tahu..