Saya sengaja memberi tajuk buat entri ini sebegitu kerana memandangkan dua buah buku (yang saya habiskan agak cepat) yang saya ulas di sini mempunyai "pengaruh" serta genre pembaca yang berlainan, buku pertama lebih "tersebar" luas sebagai roman picisan Islami yang sedang menggugat dunia sastera kita, sedang buku kedua lebih "tersorok" sebagai suatu protes terhadap norma dan kebiasaan moral (dan budaya) yang kita anuti secara alamiah. Maka dengan itu, sang pahal bertemulah dengan sang berdosa, tetapi tidak semestinya yang berpahala itu maksum dan yang berdosa itu kotor.
Tajuk: Karipap-karipap Cinta
Oleh: Nazri M. Anuar
Terbitan: PTS
Tahun: 2010
Sinopsis:
Ali, seorang jejaka yang bekerja di sebuah penerbitan majalah telah jatuh cinta dengan Sarah, seorang ustazah moden yang bekerja sebagai editor komik. Komplikasi berlaku apabila Ali menipu Sarah dan ibu bapanya apabila dia menyatakan bahawa dia juga seorang graduan Al-Azhar. Komedi screwball bertemu romantik dayu dalam kisah cinta remaja urban ini.
Rasa:
Nazri memang tahu membuat orang ketawa. Kekuatan Nazri, sekurang-kurangnya adalah dalam membina stuasi yang "menjerat" protagonisnya dengan masalah moral tanpa benar-benar "bersyarah" tentang kita jika "moral" yang dipilih oleh protagonisnya salah atau betul. Ini merupakan kekuatan Nazri dalam novel ini.
Kita mengikuti dengan tawa dan sabar kisah persahabatan (cinta) Ali dan Sarah yang dikelilingi oleh kawan-kawan dan keluarga. Pemasalahan "cinta itu buta" dan "cinta pandang pertama" serta "kenal sebelum kahwin" yang tipikal dalam budaya Melayu dimainkan di sini dengan latar urban dan kondisi anak muda Melayu sekarang yang melayan dunia budaya popular underground dan lebih bersikap liberal terhadap sekelilingnya.
Suka dinyatakan di sini, Nazri juga mempunyai agenda "if u can't beat it, join it" yang mana, Nazri secara licik, menspoofkan tulisan bernas Habiburahman Shirazy (Ayat-ayat Cinta) itu kepada suatu persoalan yang menjentik "komersialisme dalam produk Islami zaman sekarang". Ini tampak disengajakan dengan memaparkan simbol "karipap" (hal ini tampak lebih seksual jika pembaca dapat menangkap petanda ini yang dikaitkan dengan Sarah), yang mana saya mula-mula melihat jika Nazri benar-benar menyelar secara "liberal" sebuah novel Islami yang begitu baik ditulis Shirazy. Tetapi tidak. Wujud juga sifat "mengelamun" terhadap sesuatu yang "suci" dan "baik" yang susah dimiliki (oleh orang seperti Nazri), meromantiskan Sarah sebagai simbol "sempurna". Kita faham di sini, kesempurnaan Sarah yang dilihat Nazri merupakan kesempurnaan Islam dalam mata penulisnya; tetapi kesempurnaan ini tetap mempunyai agenda yang tertentu buat penulisnya, Islam yang bagaimana? Islam yang proaktif dan dinamis (malah feminis!) terhadap tuntutan zaman serta permintaan anak mudanya. Di sinilah yang "dikejar-kejar" oleh Ali untuk memiliki petanda "Sarah" yang "sempurna serba-serbi" itu.
Tetapi keajaiban novel ini sedikit terencat kerana bahasa Nazri yang begitu tidak konsisten walaupun kelihatan hal ini disengajakan untuk membawa "teks humor" ke kertas. Begitu juga dengan peleraian demi peleraian yang sedikit formulaik serta senang, setelah memberi kita beberapa motivasi yang ampuh untuk kita selidiki jalan cerita novel ini. Paling penting, Nazri cuba "menyuntik" suatu dunia "spiritual" yang menarik (bahawa kadang-kadang kemahuan manusia di bawah keredaan dan pemerhatian Allah sesungguhnya) dengan mengambil inti bodoh lurus Abu Nawas dalam peta tunggang-terbalik Ali memikat Sarah dengan penipuannya. Kebanyakan penipuannya diselamatkan dengan "situasi-situasi" tertentu yang menunjukkan sejauh mana keikhlasan Ali terhadap Sarah. Saya mempunyai cita-cita bahawa kupasan menarik ini (bagaiamana dalam satu situasi, Ali terselamat dengan "pertolongan ajaib") diperluaskan lagi sehingga "menyedarkan" Ali betapa "agungnya" cinta Allah itu terhadap makhluknya. Tetapi hal ini tidak berlaku. Ali tetap jahil dalam "kaedah"nya untuk memiliki Sarah. Banyak hal yang ingin dirasakan "puas" tidak memuaskan kerana Nazri tidak sanggup untuk pergi jauh. Mungkin kerana Nazri memahami "kecil"nya dunia pemikiran manusia serta batas-batasnya. Banyak persoalan yang tidak terlerai dan tidak terjawab. Kenapa ada yang memerhatikan Ali, dan apa yang mereka dapat daripada membantu Ali? Semua ini disengajakan wujud tanpa motif, hanya untuk memuaskan kecuitan situasinya dalam cerita. Mungkin ini utopia Nazri terhadap 1Malaysia mungkin?
Novel ini masih sederhana sifatnya dalam kumpulan novel humor Islami. Yang jelas, ia berjaya memaut hati Othman Hafsham untuk membikinnya dalam bentuk layar. Zaman ini zaman kegemilangan roman picisan dan karya popular.
Tajuk: Orang Macam Kita
Diselenggara Oleh: Azwan Ismail, Diana Drani
Terbitan: Matahari Books
Tahun: 2010
Sinopsis:
Rasa:
Esei Dina Zaman dalam mendalami wanita bertudung yang keliru dengan seksualitinya, esei Farish berkenaan pengisian jati diri Timur (walaupun dari segi penerimaan seksualiti) yang seharusnya dipandang timur merupakan antara esei-esei yang ditunggu-tunggu. Kewujudan pencarian "ketimuran" perlu dicernakan lagi oleh para penulis dalam mencari identifikasi mereka sendiri, walaupun tidak menolak sepenuhnya teori dan pengaruh Barat. Begitu pun, jelas dalam 3/4 karya dalam antologi ini bersumber dan mengetengahkan kekuatan teks Barat daripada teks yang jelas tempatan. Ini boleh dilihat daripada nama watak, rujukan budaya popular, nama tokoh, teori dan gaya penceritaan yang agak kebaratan. Ini tidak menjadi hal kerana antologi ini merupakan antologi pertama dalam sejarah. Kemungkinan, kita dapat melihat antologi serupa ini lagi pada masa hadapan?Kita mengikuti dengan tawa dan sabar kisah persahabatan (cinta) Ali dan Sarah yang dikelilingi oleh kawan-kawan dan keluarga. Pemasalahan "cinta itu buta" dan "cinta pandang pertama" serta "kenal sebelum kahwin" yang tipikal dalam budaya Melayu dimainkan di sini dengan latar urban dan kondisi anak muda Melayu sekarang yang melayan dunia budaya popular underground dan lebih bersikap liberal terhadap sekelilingnya.
Suka dinyatakan di sini, Nazri juga mempunyai agenda "if u can't beat it, join it" yang mana, Nazri secara licik, menspoofkan tulisan bernas Habiburahman Shirazy (Ayat-ayat Cinta) itu kepada suatu persoalan yang menjentik "komersialisme dalam produk Islami zaman sekarang". Ini tampak disengajakan dengan memaparkan simbol "karipap" (hal ini tampak lebih seksual jika pembaca dapat menangkap petanda ini yang dikaitkan dengan Sarah), yang mana saya mula-mula melihat jika Nazri benar-benar menyelar secara "liberal" sebuah novel Islami yang begitu baik ditulis Shirazy. Tetapi tidak. Wujud juga sifat "mengelamun" terhadap sesuatu yang "suci" dan "baik" yang susah dimiliki (oleh orang seperti Nazri), meromantiskan Sarah sebagai simbol "sempurna". Kita faham di sini, kesempurnaan Sarah yang dilihat Nazri merupakan kesempurnaan Islam dalam mata penulisnya; tetapi kesempurnaan ini tetap mempunyai agenda yang tertentu buat penulisnya, Islam yang bagaimana? Islam yang proaktif dan dinamis (malah feminis!) terhadap tuntutan zaman serta permintaan anak mudanya. Di sinilah yang "dikejar-kejar" oleh Ali untuk memiliki petanda "Sarah" yang "sempurna serba-serbi" itu.
Tetapi keajaiban novel ini sedikit terencat kerana bahasa Nazri yang begitu tidak konsisten walaupun kelihatan hal ini disengajakan untuk membawa "teks humor" ke kertas. Begitu juga dengan peleraian demi peleraian yang sedikit formulaik serta senang, setelah memberi kita beberapa motivasi yang ampuh untuk kita selidiki jalan cerita novel ini. Paling penting, Nazri cuba "menyuntik" suatu dunia "spiritual" yang menarik (bahawa kadang-kadang kemahuan manusia di bawah keredaan dan pemerhatian Allah sesungguhnya) dengan mengambil inti bodoh lurus Abu Nawas dalam peta tunggang-terbalik Ali memikat Sarah dengan penipuannya. Kebanyakan penipuannya diselamatkan dengan "situasi-situasi" tertentu yang menunjukkan sejauh mana keikhlasan Ali terhadap Sarah. Saya mempunyai cita-cita bahawa kupasan menarik ini (bagaiamana dalam satu situasi, Ali terselamat dengan "pertolongan ajaib") diperluaskan lagi sehingga "menyedarkan" Ali betapa "agungnya" cinta Allah itu terhadap makhluknya. Tetapi hal ini tidak berlaku. Ali tetap jahil dalam "kaedah"nya untuk memiliki Sarah. Banyak hal yang ingin dirasakan "puas" tidak memuaskan kerana Nazri tidak sanggup untuk pergi jauh. Mungkin kerana Nazri memahami "kecil"nya dunia pemikiran manusia serta batas-batasnya. Banyak persoalan yang tidak terlerai dan tidak terjawab. Kenapa ada yang memerhatikan Ali, dan apa yang mereka dapat daripada membantu Ali? Semua ini disengajakan wujud tanpa motif, hanya untuk memuaskan kecuitan situasinya dalam cerita. Mungkin ini utopia Nazri terhadap 1Malaysia mungkin?
Novel ini masih sederhana sifatnya dalam kumpulan novel humor Islami. Yang jelas, ia berjaya memaut hati Othman Hafsham untuk membikinnya dalam bentuk layar. Zaman ini zaman kegemilangan roman picisan dan karya popular.
Tajuk: Orang Macam Kita
Diselenggara Oleh: Azwan Ismail, Diana Drani
Terbitan: Matahari Books
Tahun: 2010
Sinopsis:
Antologi ini memuatkan 25 judul cerpen dan esei yang berlingkar tentang dunia yang selalu tidak kita dengar dalam sastera dan masyarakat kita, homoseks.
Rasa:
Di dalam sejarah sastera Malaysia, Matahari Books bolehlah dikatakan sebagai pelopor sastera alternatif apabila memperkenalkan kepada kita pada tahun lepas sebuah antologi tulisan kreatif dan bukan kreatif tentang gay tempatan dengan kemunculan Body2Body. Sebenarnya, dalam sejarah sastera (atau sastera picisan?), sudah wujud beberapa judul novel yang mempunyai genre sebegitu, sedari awal 80-an hingga sekarang, tetapi novel-novel ini jarang diperkatakan dan kita tidak tahu bagaimana sambutannya terhadap pembaca.
Oleh sebab itu, kemunculan antologi ini, dengan "berani"nya menyatakan "untuk apa buku ini wujud" merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu, dibanggakan oleh golongan tertentu dan sudah tentu akan menghangatkan punggung beberapa golongan yang lain. Secara pendek, buku ini merupakan suatu buku bersejarah dalam entri sastera Malaysia.
Malah koleksi yang dipilih secara teliti oleh dua orang editornya mempunyai rencah dan keluasan genre yang mengkagumkan. Kita dapat merasakan, pelbagai "isu" yang diluahkan, daripada yang "menghentam" realiti dunia tersebut dengan realistik (ketidakmahuan masyarakat menerimanya), kepada teori seks dan politik yang berkait dengannya (peliknya, kurangnya isu AIDS dibicarakan oleh kumpulan penulis ini walaupun ada sebuah esei yang menyentuhnya), kepada kesedaran individual untuk berterus-terang dengan kemahuan dan kewujudannya. Malah, yang mengkagumkan saya, seperti mana tulisan Tiada Sesalan Azwan Ismail dalam antologi ini, tanpa selindung-selindung, Azwan menyatakan, dengan grafik dan meyakinkan bahawa dunia dan segala pengalamannya "tidak ada sesalan", suatu yang amat jelas terpampang dan lebih berani daripada mana-mana karya yang ada dalam antologi Inggeris Matahari Books tahun lepas. Malah, ini merupakan cerpen "anthem" yang menjadi tonggak kepada cerpen-cerpen yang termuat dalam antologi ini.
Malah cerpen seperti Sembang Ratu tulisan Nizam Zakaria merupakan suatu perkongsian "cerita dalaman" yang segar berkenaan hipokrisi dan satira yang wujud dalam dunia subkultur gay tempatan itu sendiri. Kita bertemu dengan hal yang tradisional, yang urban, yang moden, yang feminis, yang politikal, media, kotemporari, agama berbaur dengan persoalan moral, malah moral merupakan tema yang jelas diperkatakan (berkenaan ketentuannya terhadap masyarakat dan penyebab yang menjerut golongan ini). Begitu juga dengan kisah yang amat gelap serta melangkau ke alam surreal. Pembauran yang pelbagai ini amat mengkagumkan. Kod-kod tertentu, imej dan paparan jelas dan terselindung diaplikasi dengan semahu-mahunya dalam antologi ini. Beberapa cerpen dalam antologi ini membuak persoalan-persoalan yang susah, dan bukan biasa dalam sastera kotemporari kita, walaupun ada yang hebat secara dramatis, serta ada juga cerpen yang jelas lemah dari segi isu dan bahasanya. Malah bahasa merupakan antara "masalah" antologi ini apabila tidak ada keseragaman istilah dan frasa yang ampuh dalam beberapa perenggan dan teks. Tetapi hal ini merupakan hal yang kecil jika dilihat betapa ke hadapannya cerita-cerita dan tema-tema yang dipersembahkan dalam teks antologi ini.

5 comments:
Astaghfirullah!
karipap cinta sudah baca. yang 'orang macam kita' tu, nak cuba cari baca.
Mula-mula kita bagi muka, keluar buku gay. Lepas tu takpe lagi, mereka produce filem gay pulak. Akhirnya kehidupan gay ni kita terima sebagai norma biasa; macam bohsia dan mat rempit.
Apasal kau jadi mat rempit? Jawabnya, biasalah kami kan orang muda.
Apasal kau hidup sbg gay? Jawabnya, benda ni dah lama bang, orang dah tulis dalam buku dan buat filem dah. Usah hirau.
saudara mxy, untuk makluman, watak dan "filem gay" atau sekurang2nya "unsur"nya sudah wujud lama dalam filem Melayu. Sebuah filem Cathay Keris sudah mewujudkan watak "gay Melayu" yang pertama dalam 1950-an.
Buku/novel pun sudah lama wujud: sebuah biografi/konfesi Mama Juwie awal 80-an, Nyah I & II, Jantan, Musim Dingin Terakhir, Songsang, Noda oleh Richie Rachman (novel ini benar2 mengejutkan!), Seri Tertangguh, dan Cinta Tanpa Noktah.
Novel2 di atas tidak pernah diperkatakan kerana tidak ada yg mahu memperkatakannya (sebab hal seks dikatakan tabu/lucah dalam masyarakat walaupun tidak ada adegannya) .. maka ia berlalu terkapai tanpa kesedaran mana-mana layar di tengah samudera sastera.
saya sebenarnya menunggu untuk pengulas2 di luar yg merujuk dan menelaah buku2 ini, lantas memberi analisa yang kritis dan teliti mengikut landasan Quran, nas-nas agama, atau ketelitian sastera agar karya2 ini (mungkin picisan atau bukan) ditelaah secara objektif. JIka negatif, negatiflah ia mengikut landasan ilmu.
Post a Comment