Tajuk: The Buddha of Suburbia
Oleh: Hanif Kureishi
Terbitan: Faber & Faber
Tahun: 1990
Sinopsis:
Karim, seorang remaja Britain kacukan India-Inggeris yang meniti usia dewasa melihat perubahan dalam keluarga nukleusnya. Ayahnya akan meninggalkan ibu Inggerisnya, kepada seorang wanita pertengahan yang mempunyai seorang anak lelaki yang menjadi pujaan Karim. Pada masa yang sama, saudara perempuan Karim yang feminis dan liberal ingin meninggalkan keluarganya yang kolot, terutamanya ayahnya yang memohon dia kahwin dengan seorang lelaki dari tanah India.
Rasa:
Pertama kali saya mencuba membaca penulis skrip My Beautiful Laundrette, dan alangkah mengejutkan, bagaimana komik, kelakar dan seronoknya saya membaca novel ini, sehinggakan, saya ingat saya mahu menghabiskan Warisan Abd. Talib Hassan atau Karipap=karipap Cinta tetapi novel ini sungguh menyeronokkan dan jauh lebih memberi saya kepuasan, saya terpaksa menolak kedua buah buku tersebut.
Mungkin saya lebih "cepat" membaca teks Inggeris daripada Melayu. Saya menafikan penulisan dalam bahasa Melayu hambar. Ini mungkin sama seperti seseorang yang lebih senang membaca novel Inggeris kepada novel teks Mandarin.
Buku ini mungkin tidak sesuai jika anda tidak faham dengan Hanif, dengan keterbukaannya, sikap liberalnya terhadap agama, dan sinisnya terhadap masyarakat Britain. Sebagai hanya sebuah buku, dengan cara penulisan bahasa perbualan Hanif, saya senang menelusuri "monolog panjang" si protagonis, Karim, yang mencari cita-cita, cinta dan hidup dalam dunia serba kebosanan untuknya.
Novel ini juga menjadi antara novel terawal(?) di England yang membicarakan identifikasi "bangsa luar" tradisional Inggeris yang "melalui" alamiah asimilasinya terhadap budaya, politik dan cara hidup Britain. Hal ini menarik kerana Karim dibayangkan seorang Islam (yang tidak mengamal Islam, Islam hanya pada nama) yang terlalu "Inggeris" terperangkap dalam dunia serba kemurungan keluarganya (dek perpisahan ibu dan bapanya) serta terperangkap dalam dunia prejudis orang Inggeris terhadap kaum lain yang tinggal di Britain, khususnya orang India dan Islam. Hanif membedah semangat dan sikap "Karim" yang "menerima" hal-hal ini sebagai "antara sketsa-sketsa hidup" yang tidak memakan diri. Ini mungkin kerana dengan sikap Hanif, menulis novel ini dengan penuh humor dan komik, hal yang agak serius dalam perbicaraan (perkauman, pengidentifikasian diri, taruhan hidup, seksualiti) dijadikan teks-teks yang mencuitkan perasaan, walaupun beberapa babak yang "comical" agak "disturbing" buat pembaca biasa.
Apa yang penting, Hanif "berani" melancang, tanpa selindung dalma teksnya, membicarakan "isi hati" Karim sedepan-depannya tanpa persoalan penapisan atau rasionalisasi budaya timur (sememang pemikirannya "kebaratan", tanpa lapik lagi), lantas boleh menyatakan hal-hal, baik yang menakutkan di luar rumah (sikap benci orang terhadap kaum kulit hitam) serta di dalam kelambu (hal seks).
Setiap watak yang dicipta juga mencuitkan dan masih penting, teringat dalam kota fikiran. Walaupun watak sekecil ibu Karim, kita dapat mereka "seksa" dan "sunyi"nya. Malah penceritaan novel ini berbentuk episodik, mempunyai strata babak demi babak yang "mengubah" dan "mengembang"kan watak Karim membesar dan melihat dunia sekelilingnya, tetapi hal ini dibuat dengan teliti dan santai oleh Hanif dengan menjadi kesinambungan antara watak dan watak, setiapnya ditulis dengan begitu senang dan lancar, untuk Hanif bergerak daripada sebuah cerita ke sebuah cerita dengan perenggan lain, ia tidak kelihatan kekok. Mungkin kerana setiap cerita (yang berkait dan berkembang) mempunyai humor dan kemahuannya yang tersendiri untuk berkembang, seperti sekuntum bunga yang mengelopak kembang.
Sebuah novel pertama Hanif yang perlu dimiliki. Sebuah novel yang amat mencuitkan dalam menekan isu-isu semasa dan lampau England, serta menyatakan apa ertinya untuk hidup, dan mencari kekeluargaan dalam dunia serba luas.

No comments:
Post a Comment