Saya Sedang Membaca

Kronikel Etanol oleh Hafizul Osman |Tunggul-tunggul Gerigis oleh Shahnon Ahmad | Atlantis: The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Santos | The Mind of The Malay Author oleh Muhammad Haji Salleh | Joseph Anton: A Memoir oleh Salman Rushdie

Tuesday, December 29, 2009

Wah, tak sedar pun..!

Ini yang buat saya nak sambung kerja terbengkalai saya menulis novel ni, huhuhu:

http://books.google.com/books?id=XN0VvAHMC8wC&source=gbs_navlinks_s

Ya, tuan-tuan dan puan-puan, beberapa petika SAGA HORIZON bolehlah didapatkan di Google Book, mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan dapatkanlah pula di kedai buku atau di kedai buku dalam talian Alaf 21 (sila lihat sebelah kanan).

Buat saya pula, ini yang buat saya gatal nak berhenti kerja dan terus menulis ni, aduh, dah lama tak duduk menulis ni!

6 comments:

Firdaus Ibnu Ariff said...

Cepat...

Jadilah penulis sepenuh masa~!

Nadd said...

cari2 juga di mph alamanda tempoh hari tp tak berjumpa.. nnt nak cari di tmpat lain pula..

teruskan menulis! kalau bukan fad, sapa lagi..

fadz said...

Firdaus, bolehlah gunakannya untuk Cerekawala..

Nadd, trimas.. tapi saya memberi cadangan agar saudara mohon dari counter MPH, kalau belek je diorang tak tahu, kalau order, baru deme restock.. harap maklum.

PerangkakMalam said...

hakhak. lawaklah abg ni. ouh ye, sy masih lg tercari-cari novel jian abg. ari2 balik drpd bengkel, adalah berhenti kat stadium bukit jalil sempena karnival cuti sekolah. terserempak dengan jualan buku, adalah buku Jian tu cuma low quality. lgsung x kesampaian nk beli.. cume nk tanya 1 bende, byk sgt ke perihal sains dlm jian? takut pula nk beli klo byk sgt. nnti kene perah otak and perah kamus..

fadz said...

kualiti rendah? maknanya apa, kulit dah tertanggal?

Cik adik PerangkakMalam (nasib baik tak RempitMalam), dalam dunia ni, saya tak pernah dengar ada satu buku yang tak perlu kamus, oh ada, buku Mari baca ABC.

Salam tahun baharu!

ZihNuN FaTiN said...

Selamat Tahun Baru!=)