Salam, pada dua minggu yang lepas, abang saya, M. Afifi al-Akiti telah mempersembahkan satu kuliah yang amat menarik di Masjid Asyakirin. Kuliah itu berkenaan dengan enam "kualiti" untuk seseorang menjadi penimba ilmu yang cemerlang, berdasarkan daripada bait syair yang ditulis oleh Imam Syafie, pegangan mazhab fiqh kita. Imam Syafie membicarakan enam perkara tersebut:
PANDAI - Seorang pelajar mestilah secara alamiyahnya pandai. Tetapi oleh sebab tahap kepandaian pelbagai pelajar itu pelbagai, sebagai orang Islam, ibu bapa sesungguhnya patut senantiasa berdoa supaya anak-anak mereka dikurniakan kepandaian untuk mencangkum ilmu.
GIGIH - Seorang pelajar tidak seharusnya malas dalam menimba ilmu. Jika terdapat inti pati "mahu" oleh sebab "minat". hal gigih itu akan lebih ikhlas. Gigih ini perlu untuk para pelajar pergi sedalam mana satu-satu ilmu itu boleh dicedoknya.
MISKIN - Secara tersurat, para pelajar pesanteren Indonesia "menyukai" elemen ini oleh sebab mereka seadanya "miskin" (menyebabkan pembelajaran yang mereka buat diambil dengan tanggungjawab yang tinggi tanpa pengacauan materi apa-apa). Tetapi miskin yang hendak disampaikan oleh Imam Syafie menurut abang saya ialah, "miskin" ilmu, iaitu merasakan dirinya "kosong" dan "tidak tahu" lalu memerlukan ilmu daripada seorang guru. Hal ini menarik kerana ia berkait dengan sikap ego (satu individu merasakan dirinya sudah pandai), seperti secawan air yang penuh (kononnya seseorang itu sudah cukup/kaya ilmu) jika di tuang air ke dalamnya (mencurah ilmu) sudah tentu melimpah (tidak menerima apa-apa ilmu lagi).
MERANTAU - Abang saya menyatakan seperti yang mungkin disampaikan oleh Imam Syafie, memang seorang pelajar "mesti" bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk belajar, keluar daripada "kotak kebiasaan" mereka, atau keluar dari "tempurung". Ini boleh dilihat daripad perbandingan pelajar yang belajar di satu tempat sahaja tanpa berpindah dan seorang pelajar yang berpindah-pindah sampai ke luar negara (mengambil isi hadis "Belajarlah sampai ke Negara Cina").
HIDAYAH/SAHABAH GURU - Poin yang paling penting di sini ialah, setiap pelajar harus mempunyai guru (pembimbing) untuk menimba ilmu. Seorang pelajar tidak boleh "belajar sendiri" daripada buku. Contohnya, seorang sasterawan ingin belajar menulis puisi sufi lalu hanya membaca buku-buku al-Rumi atau Hamzah Fansuri lalu mencipta puisi atas penganalasiannya terhadap puisi-puisi lama itu. Sasterawan itu harus mendapatkannya daripada seorang guru sufi yang hakiki untuk benar-benar mengenal "sufi".
PANJANG UMUR - Dan bukan pendek umur. Logikalnya, menimba ilmu mengambil masa bertahun-tahun untuk pakar terhadap satu-satu ilmu.
Sebenarnya, abang saya telah memperjelaskan dengan lebih baik, terperinci dan mendalam (sambil memberi contoh-contoh yang amat berkait dengan situasi globalisasi sekarang) akan enam perkara di atas. Saya di sini hanya ingin berkongsi sesuatu...

9 comments:
Salam.
Petua yang sungguh berguna buat saya. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.
Salam Bunny,
Sama2, hal yg baik patut dikongsi.
uhuhuhu.....he's back home....and i tak dapat jumpa....sedih....
Mohon kebenaran copy-paste ke YahooGroups saya (kalangan pelajar Pengajian Luar Kampus).
akitiano, aaa tu lah..
bunny, boleh boleh, silakan
akitiano, aaa tu lah..
bunny, boleh boleh, silakan
permission to post link to my tumblr.
salam, silakan.
Salam..Terima kasih, dapat juga ilmu di hari jumaat ni..minta izin share di FB yea..
Post a Comment