Baru semalam mak aku meninggal. Lif pejabatku mengingatkan aku. Kotak kecil tanpa tingkap, hanya dinding kelabu terang superfisial mencengkam nafasku sekarang lalu membawa aku dalam dan ke dalam enam kaki betisku disalut lumpur hujan semalam, sedang aku membaringkan mayat mak dengan perlahan-lahan seakan dia akan menggeleng-geleng jika aku cuai seperti hasil kerja rumah cikgu sekolahku dua puluh tahun dahulu. Melihat wajah terakhirnya sebelum dibenam dalam lumpur dan kerikil kenyal, aku mahu mengucup dahinya, ditahan oleh mata melirik abang aku yang mengambil tanganku keluar dari lubang itu. Dan lubang dalam lif itu membuatkan aku terdiam. Aku mahu melentang setangkai bunga ros tiap-tiap hari bila aku sampai kerja pada waktu pagi sambil membaca al-fatihah buat bayang-bayang mak yang ada di depan. Tetapi orang-orang yang masuk ke dalam lif mengganggu kubur mak. Aku hanya sempat membaca al-fatihah sebelum sampai ke tingkat pejabatku sekarang.
Kokok Berderai-derai, Ekor Bergelumang Tahi
3 days ago
1 comment:
u make me cry
Post a Comment