Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Saturday, February 21, 2009

Burung



Apa akan jadi bila seekor burung
dipaksa untuk meniti tanah dan
bukan terbang mencari awan
sambil kepak sayapnya dikepilkan?

Sang burung berkata,
"Aku adalah aku, dan aku wujud
kerana berurusan dengan angin
kerana bercakap dengan matahari
kerana bertelagah dengan awan."

"Jikalau kau ambil sayapku,
tidakkah aku keji?
Jikalau kau ambil tujuan hidupku,
tidakkah aku mati?"

Sang burung hanya mahu terbang
dengan sayapnya bebas mengepak
awan.
Begitu juga dengan aku yang hanya
mahukan sedikit ruang penulisan.

5 comments:

Dhani said...

aku tujukan sajak ni untuk orang besar kat DBP Wilayah Timur.. hehehehe. :p

Anonymous said...

Tuan,
belum ada berita lagikah?
Bhg. Penyelidkan akan mula hilang seorang staf (naik pangkat di institusi lain) awal Mac ini. Cubalah risik2 jikalau tempat itu untuk tuan.

~embun~

fadz said...

Dhani, tk.

Cik Embun, saya tak tahu, saya berserah saja, kalau saya dah betul2 tak tahan, saya akan meninggalkan tempat ini terus, tak balik2 lagi, saya akan menghilangkan diri..

Anonymous said...

Tuan,

Sabarlah. Insya-Allah ada tempat untuk tuan di sini. Di Istilah pun, kami bakal kehilangan seorang lagi pegawai yg mendapat tawaran di institusi lain.

Berdoalah, moga tuan dikembalikan di kuala ini.

~embun~

**janganlah menghilang. Ramai yang akan merindukan tuan, bimbang ada yang mati beragan.

fadz said...

terima kasih embun..