Tajuk: Sayap Adinila (Saga Empayar Kristal)
Oleh: Firdaus Ariff
Terbitan: PTS Publications dan Distributions Sdn. Bhd.
Oleh: Firdaus Ariff
Terbitan: PTS Publications dan Distributions Sdn. Bhd.
Tahun: 2008
Sinopsis:
Kerajaan Angkor menemui kapal udara Garuda lalu digunakan untuk menyerang Empayar Nilam. Engku Rahman, Gabenor wilayah Qadaha telah ditawan dan dijadikan tebusan. Kerajaan Angkor mengugut untuk membunuh Engku Rahman sekiranya Empayar Nilam gagal memenuhi permintaan mereka dalam masa sebulan. Mereka meminta penyerahan Rajawali Merah dan Rajawali Biru. Putera Fauzi dan pasukannya memulakan misi mencari kedua-dua kapal udara ciptaan Adinila itu. Namun, mereka ada muslihat lain untuk menyelamatkan Engku Rahman.
Rasa:

Sebelum saya mula mengupas novel sulung Firdaus Ariff (penulis cereka sains muda yang prolifik, banyak menghasilkan cereka sains dalam majalah Dewan Kosmik), izinkan saya menyatakan sesuatu. Saya mendapati ada beberapa ciri di dalam novelnya yang mempunyai ciri persamaan/kontra dengan novel kedua saya, dan hal ini amat menarik untuk diteliti.
1. Firdaus menggunakan beberapa istilah yang menarik untuk mencipta "milieu" Dunia Kristalnya. Antaranya ialah penggunaan frasa "Pandai Kristal" buat pakar "teknologi kristal" dalam sesebuah empayar. Hal ini sama dengan penggunaan "pawang" dalam Saga Horizon, walaupun tema dunia saya lebih "kelam" daripada warna-warni dunia kristal Firdaus. Tetapi tujuan fungsi istilah ini sama, menyatupadukan pemikiran "zaman pertengahan" waktu itu kepada hal teknologi yang sofistikated, tetapi kelihatan "ajaib" kepada golongan marhaen, atau kelihatan "luar jangkau" oleh manusia biasa. Hal di sini menarik untuk dikupas tentang bagaimana manusia biasa "takut" atau "kagum" dengan penemuan sains, maka memberinya gelaran yang tinggi. Pun begitu, Firdaus sedikit berbeza kerana, walaupun ilmu sains kristal ini "elitis", ia tetap memberi peluang kepada manusia pelbagai lapisan untuk mengkajinya, sedang dalam dunia Saga Horizon, hanya golongan "yang mahu mengenal kitab" atau mereka yang berpeluang menyimpan "kitab" yang mampu mengkaji "tamadun lama".
2. Penggunaan "kitab" (di dalam novel Firdaus, manuskrip) untuk mencari kembali tamadun/teknologi yang hilang. Idealisme ini diambil daripada pemahaman sejarah Freemason yang menjejak kepakaran "para pandai batu Mesir purba". Kini, secara sofistikated, ia sangat terfokus dalam occidentalisme sepertimana yang dibikin Faisal Tehrani dalam 1511 dan Sukma Bedar Angin dengan "menyelongkar kembali" sejarah (reclaiming history) dengan memenangkan bangsa. Nisah Haron dan SM Zakir juga ada melakukan proses penafsiran semua sejarah ini secara konseptual. Dalam Saga Horizon juga begitu, walaupun saya lebih terarah kepada "ketamadunan manusia" daripada "tamadun Melayu/Islam". Dalam novel saya, si Periwayat Sobri perlu menelaah kitab lama untuk mencari "pencerahan" buat zaman gelapnya. Dalam novel Firdaus, Lim dan kawan-kawannya perlu menelaah manuskrip lama untuk menemui "rajawali". Jika pemahaman "mencari kembali isi sejarah" saya lebih berbentuk "falsafah", novel Firdaus lebih cenderung kepada pencarian fizikal (seperti Da Vinci Code), satu pencarian hermenuetik - peristilahan semula teks. Hal ini sangat menarik, malah hal ini juga ada disentuh oleh Nazri M. Annuar di dalam Opera Angkasa, meskipun dalam tujuan plot yang lain.
Dunia kristal atau "Empayar Kristal" Firdaus sungguh menarik dalam pemahaman penggunaan tema "alternate/other world" dan juga "alternate history" (jika dunia kristal Firdaus ini mencapai status cult, bolehlah ia dipanggil Punk-Kristal selepas ini) dalam tema korpus fiksyen sains. Buat saya, hanya Firdaus yang pertama di nusantara yang memulakan penggunaan tema "alternasi" ini, alternasi dunia buat penggunaan penemuan kristal dalam sejarah manusia sebagai bahan yang melebihi kuasa reaktor nuklear (Firdaus menunjukkan, kuasa kristal ini sekurang-kurangnya menandingi kuasa nuklear, lebih-lebih lagi dalam sistem enjin udara) lalu mengubah budaya dan sejarahnya, serta alternasi sejarah di mana selepas zaman pemerintahan Abbasiyah, pembentukan Empayar Uthmaniyah tidak wujud, dan yang wujud ialah Empayar Aziziah. Empayar Melaka tidak wujud tetapi Empayar Nilam, sebuah Empayar Melayu nusantara yang luas yang berlawan dengan Empayar Angkor (di Cambodia, kemungkinan juga campuran Siam-Ayuthia) di utara. Empayar Ming tidak wujud tetapi Empayar Han (kemungkinan tentera Mongol tidak berjaya menjatuhkan empayar Cina kerana penggunaan nama dinasti Han) mewakili negara China. Memang, tujuan Firdaus yang utama ialah untuk "mensejahterakan Islam" atau mengsarwajagatkan Islam di mata dunia. Hal ini mempunyai tujuan yang sama dengan 1511 Faisal, tetapi hal peristilahan Faisal lebih meniti pensejarahan dan keinginan kebangsaan, hal Firdaus masih terikat dengan prosedur fiksyen sains. Saya memohon kepada Firdaus supaya adakan satu penulisan sejarah "alternasi" yang lebih teliti dan panjang (seperti mana yang dilakukan oleh Nizam Zakaria dalam Baladewa-X) tentang mengapa dan bagaimana nama-nama yang dipilihnya itu terpilih dan mengapa kerajaan Nilam boleh begitu gah kuat. Ini bukan saja menarik untuk menyelami dunia kristal Firdaus ini dengan lebih mendalam tetapi untuk mencari unsur-unsur lain yang menjadikan dunia Firdaus ini boleh diperbandingkan dengan realiti sekarang, menguatkan lagi penguasaan "sense of wonder" dari hal penduniaan yang sememangnya penting dalam genre fiksyen sains.

Apa yang menarik lagi tentang dunia kristal ini ialah, kristal pilihan Firdaus ialah sebuah bentuk alamiah yang tidak bahaya (sekurang-kurangnya dalam novel pertama ini) tetapi tetap moden dalam lingkungan teknologinya. Firdaus mempamerkan satu dunia di mana teknologinya satu teknologi yang berkerjasama dengan persekitaran alam, dan sebolehnya tidak membawa pencemaran (setakat ini). Ianya selamat digunakan atas kesatuannya yang masih "alam" serta kesebatiannya kepada fungsi badan manusia dan efek yang diciptanya dalam penemuan unik simbiosis manusia dengan bahan ini, baik dari segi perubahan penstrukturan bentuknya (yang diwakilioleh pandai kristal Adinila) dan juga terhadap penggunaan refleksi terhadap biologi manusia. Ini memaparkan pemahaman dan "falsafah" Firdaus yang optimis terhadap teknologi (sekurang-kurangnya buat penemuan kristal ini), walaupun teknologi ini juga digunakan sebagai senjata. Firdaus mempamerkan satu adab "tech happy" atau "tek selamat", menyatakan penemuan teknologi itu satu keperluan yang tinggi dan harus dan terus dikaji. Hal ini lebih menarik bila diperkaitkan dengan penemuan manusia Islam terhadap teknologi kristal (dibayangkan di dalam novel, bahawa pihak Eropah dan Angkor, walaupun mereka bersama-sama mengkaji, tetpai mereka telah "mencuri" teknologi ini daripada Nilam/Islam). Di sini, perspektif Firdaus jelas bahawa Islam buat Firdaus membawa masuk teknologi yang tidak memudaratkan manusia, bukan seperti teknologi bikinan barat. Ini ialah pemahaman occidentalist Firdaus yang jelas terhadap erti "teknologi". Buat Firdaus, penemuan Ibn Sina atau Kawarizmi atau al-Jabr "selamat" terhadap penemuan nuklear Bohr-Einstein, radioaktif Marie Curie atau enjin stim oleh Robert Fulton. Ini membawa pada pemahaman Firdaus untuk "kembali", walaupun tidak diambil secara moral seperti kemahuan JRR Tolkein yang anti-teknologi. Firdaus menyatakan, ada dunia yang lebih "sejahtera" jika kita "kembali" kepadanya. Dunia ini akan terselamat. Ini adalah utopia Firdaus.
Malah novum Firdaus sebenarnya sudah "tertanam" dalam teknologi kristal, maka hal-hal teknologi dan senjata dalam dunia kristal sebenarnya "biasa" (mundane), walaupun buat kapal Garuda dan Rajawali (pemahaman pertama - senjata-senjata ini boleh dikawal). Ini dipapar sendiri oleh Firdaus di hlm. 65:

"Secara asasnya, Garuda adalah sebuah pengangkutan bersenjata yang mampu terbang. Persenjataannya tidaklah luar biasa, sekadar senjata berat jengking dan badai. Kemudian ditambah pula dengan para pemanah. Tidak banyak bezanya dengan sebuah kapal laut."
Ini memaparkan, walaupun Garuda penemuan pihak Angkor ini sesuatu yang "besar", ia kemungkinan "biasa" buat Nilam, malah teknologi kapal angkasa dinyatakan sebagai "bukan" satu hal yang besar atau "wonderment" dalam dunia kristal. Ini memaparkan idea objektif Firdaus bahawa perncapaian teknologi boleh dicapai atau sekurang-kurangnya dikenali (memaparkan juga tingginya taraf teknologi Empayar Nilam). Pemahaman sains dan teknologi adalah praktikal (buat golongan bangsawan ini), bertentangan dengan penemuan teknologi sebagai penciptaan mitos dalam Saga Horizon (ciptaan manusia "dahulu" dianggap benda ajaib).
Maka persoalan mitos ini yang juga dipersoalkan dalam Sayap Adinila. Adinila jika kita ikuti ceritanya, mencipta kapal senjata teknologi tinggi Rajawali dalam masa 100 tahun sebelum latar cerita yang kita baca. Dalam 100 tahun inilah yang dipersoalkan. 100 tahun tak mungkin "dilupai" oleh manusia zaman itu. 100 tahun tak mungkin dapat "dijadikan" mitos, lagi-lagi buat sebuah empayar yang besar seperti Nilam, walaupun konteks "mitos" di sini diambil sebagai konteks "pengagungan bangsa" (sebagai simbol "ketuanan" Nilam, seperti mana Excalibur terhadap Legenda Raja Arthur). Malah Nilam bukan sebuah tamadun yang bangkit selepas jatuhnya sebuah tamadun. Nilam bukan sebuah tamadun yang hilang (lost empire) tetapi sebuah empayar yang hidup dan kuat berabad-abad lamanya (jika kita ambil daripada konteks selepas kejatuhan Srivijaya dan kedatangan Islam ke Nusantara lalu berlaku penyatuan negara-negara Islam Nusantara kepada Empayar Nilam). Tak mungkin sultan Nilam pun tidak tahu akan Adinila. Mesti ada "satu titik persoalan" kenapa teknologi Adinila dikatakan sebagai mitos (selain daripada penemuannya perlu dirahsiakan - yang sememangnya bukan satu mitos, tetapi legenda!), dan tentu dalam penyiasatan Putera Fauzi, tentu ada orang tua yang berumur lebih 90 tahun yang tahu tentang "rahsia" Adinila. Tentu hal Rajawali ini tertulis dalam sejarah. 100 tahun dalam negara yang stabil tidak mungkin dapat memadamkan sejarah Adinila (malah kita digambarkan bahawa Rajawali dan Garuda yang bertempur telah menyababkan satu bencana teruk terhadap bumi - di manakah bukti "mitos" ini?).
Kita memahami bahawa penemuan Adinila adalah epoch penggunaan kristal dalam kapal angkasa, seperti mana Projek Manhattan terhadap senjata atom. Lebih-lebih lagilah hal ini perlu diperhalusi sebagai sejarah sains Nilam. Tetapi sekurang-kurangnya kemampuan Firdaus untuk "bercerita" tentang "kecelaruan" Adinila ini menarik. Kemungkinan buat novel keduanya, hal "samar-samar" dan "penutupan" sejarah ini akan diperjelaskan.
Saya juga terpaksa berkata jujur bahawa pada awal pembacaan novel ini, saya agak mengambil masa, oleh kerana ayat-ayat panjang dan penggunaan penambahan perkataan yang terlalu sempurna dalam novel ini. Hal yang boleh dipendekkan dipanjanggkan dari segi struktur ayat. Contohnya dalam hlm. 42:
"Keseluruhan penghuni rumah anak yatim berlindung di sini?"
Kemungkinan ini untuk eksperimentasi. Ini menyebabkan gaya ceritanya bergerak sedikit perlahan. Tetapi Firdaus tetap menggerakkan cerita dengan aksi dan pergerakan plot yang menarik, lebih-lebih lagi apabila kita sampai pada babak penyiasatan dan penemuan rahsia Adinila. Hal yang membingit tetapi kecil buat saya juga terletak kepada beberapa persoalan. Antaranya ialah pihak Angkor yang mahu sangat akan Rajawali. Jika pihak Nilam sudah melupakan Rajawali, kenapa tiba-tiba Angkor "mengingatkan" pihak Nilam akan Rajawali? Dan tentang Lim yang tiba-tiba dicolek. Bagaimana pihak yang mencolek Lim itu tahu Lim berada di perpustakaan, dan Lim yang dipilih? Adakah ada seorang pembelot rahsia yang tinggal di Empayar Nilam yang merisik untuk pihak Angkor? Hal-hal ini kemungkinan menarik dan sengaja dibuat oleh Firdaus sebagai tergantung dan kemungkinan akan dijawab di dalam novel sekuelnya. Dengan itu, walaupun kita terasa seakan novel ini berakhir dengan satu pengakhiran terbuka dan anti-klimaks, kita seakan menunggu-nunggu cabaran apa lagi yang akan dihadapi oleh Putera Fauzi dengan kawan-kawannya.
2 comments:
Salam perkenalan..
salam zakri :)
Post a Comment