Saya Sedang Membaca

Kronikel Etanol oleh Hafizul Osman |Tunggul-tunggul Gerigis oleh Shahnon Ahmad | Atlantis: The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Santos | The Mind of The Malay Author oleh Muhammad Haji Salleh | Joseph Anton: A Memoir oleh Salman Rushdie

Wednesday, August 13, 2008

'Kejantanan' Saga Horizon


Sungguhpun novel ini dipersembahkan melalui perspektif seorang lelaki, yang mana anda boleh jangka pastinya sarat dengan adegan-adegan lasak bersifat kejantanan, Fadli tidak lupa menyelitkan nilai kemanusiaan, seperti semangat setiakawan, kekeluargaan, dan pengorbanan seorang ibu yang amat pedih untuk dilakukan. Walaupun kisah yang disuntik dengan nilai kekeluargaan tidak mendominasi cerita, nilai ini menjadi intipati dalam perjalanan cerita yang membawa kepada akhirannya, menjelaskan sebab dan akibat pertempuran manusia-mandroid. Malah punca kekejaman mandroid terhadap manusia kemudiannya dapat difahami dan melarik rasa simpati pembaca apabila penulis menyingkap layanan dan sikap manusia terhadap mandroid-mandroid itu sendiri, sebelum bermulanya era peperangan ini. - Bunny baby


ps: Terima kasih Bunny Baby:) Ulasan anda begitu teliti dan jujur.

6 comments:

Bunnybaby said...

Sama-sama. Heehee :-p
Saya tak pandai mengulas menggunakan bahasa tinggi dan 'bombastik' seperti Fadz. Sekadar pandangan kecil dari kaca mata sendiri...

fadli akiti said...

bunny, bombastik ke ulasan2 saya? aduhhh..

Zaifulnizam 'AttOkz' Wgrn said...

Bro,
Aku masih tak sempat nak tangkap SAGA HORIZON. ye lah, kunun nya mao membandingkan dengan cetakan 'bawah tanah' yg terdahulu. Manala tau SAGA HORIZON yg tercantas lebih seru. :P

Apa pun, tahniah! Esok (20/8) dpt jmptn dari Alaf21 x, utk pelancaran Trilogi Novel RAM?

fadz said...

slm atokz! eh, ada facebook tak? ya, saya mungkin ke sana kalau ada pengangkutan, kalau takde, saya tak gi..

Zaifulnizam 'AttOkz' Wgrn said...

Bro, smlm ko dtg kejap je ye ngan SF? Ermm..xsmpt nak jmpa ko la. Facebook aku tak bikin lagi. :P

Saga Horizon byk kena cantas ker?

fadz said...

atokz, sori ah.. mmg terpaksa sebab kerja bro.. tak leh lama, kak wan pun kata 2pm, rupanya 3pm. takut bos marah nanti... (saya tak nak jadi Melayu yang suka ambil kesempatan).

Ermm.. Saga Horizon ada lah 'major changes' yg saya pun suka:)