Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Wednesday, April 23, 2008

Bacaan Naskhah Hikayat Nakhoda Muda

Kultus Taburan Bunga sebelum majlis bermula.
Satu budaya unik!

Peserta pertama yang berjaya menambat hati saya untuk terus kekal di tempat duduk serta benar-benar menghayati naskhah klasik ini. Pembukaannya benar-benar menggetar jiwa dan saya percaya ramai yang terdiam dengan 'penceritaan'nya.


Em, saya suka kat awek ni ...


Peserta paling menarik pagi itu. Bro yang paling selamba dan sporting.
Pakai baju kerja lagi! Tapi saya tertarik dengan tali lehernya.


Tai dolar Amerika!
Kau dapat tangkap 'pun'nya?


Antara peserta terbaik pagi itu, dan memang pun,
dapat tempat kedua. Sangat menghiburkan.



Peserta V mengayun suara sambil
mengayun tangan.


Nenek bersimpuh sambil membaca.
Spek mata asli ke nek?

Peserta X menarik perhatian penonton.


Tuan Pengerusi yang bijak memberi
bimbingan kepada penonton tentang jalan cerita hikayat yang dibaca.

Pentas berbentuk pelamin, menarik!
Rasa seakan 'raja sehari' untuk sehari.



Saya berada di sini semalam.
Terus terang majlis ini memberi sesuatu buat saya dan tidak pernah saya rasakan, bagaimana Tok Selampit atau Tukang Cerita bercerita. Majlis bacaan naskhah klasik Melayu ini boleh menjadi satu acara kultus (cult) yang menarik diikuti oleh orang Malaysia. Penyampaian, aturcara dan peserta yang memasukinya sendiri sudah berjaya mencipta satu aura 'kelainan' dalam memahami penceritaan, teks lama serta proses mendengar kisah-kisah lama Melayu (dan jangan terkejut, cerita yang disampaikan sebuah cerita 'cross dressing' setaraf komedi Shakespeare!). Acara siram bunga melur(?), dengan perkakas seakan mahu masuk meminang serta bunga dan daun serai membawa satu dunia mistikal kepada penonton. Saya seakan dalam dunia kayangan, dunia mistikal Melayu. Saya seakan mahu bergurindam panjang dan bertutur "ewah" jika pencerita berjaya menarik perhatian saya.
Hanya mungkin, majlis berjalan terlalu panjang buat saya (satu petanda baik sebenarnya kerana memaparkan ramai peserta, dan mengejutkan ramai orang muda yang sanggup menyertai dunia mistikal ini yang mungkin sudah lama ditelan zaman). Kalau boleh, eloklah ada sessi saringan di mana perserta untuk majlis itu dipilih (dibuka untuk tontonan orang ramai). Saya percaya, lebih ramai yang tahu tentang majlis ini, lebih ramai yang tertarik mahu jadi pendengar/pencerita.
Bayan ada melaporkan tentang majlis ini dengan lebih terperinci:
http://psittacula.wordpress.com/2008/04/24/baca-naskhah-dan-erti-kepuasan/
Hanya saya terkilan, peserta yang benar-benar menambat hati saya hanya mendapat hadiah sagu hati kerana 'tidak mengikut gaya pencerita zaman dahulu'. Saya percaya para ketulenan (purist) tetapi saya juga percaya pada perubahan, improvisi dalam proses penyampaian (lebih-lebih lagi khalayak sekarang sudah berubah mentaliti dan budaya mereka) cerita. Persoalan bahawa Tukang Karut bercerita pada orang istana atau rakyat mahu berperang (ingat, konteks cerita Nakhoda Muda yang dibaca lebih sesuai buat orang istana atau rakyat biasa yang hanya mahu berhibur lalu ambil manfaat, bukan mahu berperang) memang benar dari segi sejarah, tetapi:

1) rujukan sumber pertama kita hanya terhad pada beberapa pencerita yang masih hidup, yang mana gaya mereka yang diikuti pencerita sekarang (yang mengikut tradisinya), yang tak mungkin merangkumi kumpulan pencerita lain yang mempunyai pelbagai lagi gaya penceritaan pada masa dahulu

2) tidak mungkin pencerita pada masa dahulu mengikut satu mazhab sahaja (mengikut tema cerita) dan menarik perhatian dengan gerak laku dan suara, mesti ada yang bersikap serius bila bercerita, bernazam dari awal hingga akhir atau pelbagai lagi yang mungkin tidak kita ketahui.

Saya tidak menolak 'traditionalist', malah ia satu alat yang perlu DIPELAJARI dahulu oleh peserta sebelum improvisi, tetapi saya tidak menolak pencambahan gaya lakonan teater moden buat penonton sekarang yang lebih sofistikated. Ini kena dengan seorang Tok Dalang wayang kulit yang saya kenal, mengatakan perlunya percubaan 'baharu' dalam penceritaan supaya menarik perhatian penonton sekarang yang memahami budaya 'sekarang'. Mungkin tidak perlulah ditekankan sangat, tetapi perlu memberi ruang pada mereka yang sanggup bereksperimen dan menunjukkan kelainan.
Apa-apa pun, saya tentu akan mengikuti majlis bacaan ini pada tahun hadapan. Ini adalah kerana peserta 'juara' dan 'naib juara' sudah membentuk 'pengikut'nya, sebagaimana bila seorang petinju terkenal akan beradu tenaga dan diikuti oleh pengikutnya. Melihat dinamisme ini, baik daripada penyampain peserta, reaksi penonton adalah satu yang sangat memikat.

4 comments:

Layla Haq said...

Pendapat yang bernas.

Nasib baik gambar saya yang berdiri statik macam tiang lampu tidak dipaparkan di dalam blog ini. Hahahha...

Apa pun, saya masih bersetuju dengan pendapat juri. ya, kita harus meneliti sejarah bagaimana sebenarnya asal penceritaan berbentuk hikayat ini. Memelihara nilai tradisionalnya dengan cara pembacaan yang betul bukan sahaja memberi gambaran tentang keindahan sastera lisan zaman dahulu, malah memperkaya nilai semasa yang ada sekarang.

Pendapat saudara tidak salah. Mungkin juga selepas ini boleh diadakah baca naskhah klasik versi moden agar hikayat lama yang telah dibukukan ini terus di minati generasi muda.

Anonymous said...

salam Bayan, nasib baik saya tak sempat, hehe :)

Ya, saya pun setuju, tapi itulah juga POINT yang saya nak kemukakan: Bagaimana kita tahu yang mazhab penceritaan itu sahaja yang BENAR, bagaimana yang lain yang tidak dikenali?

Anonymous said...

askm fadli,
thanks masukkan gambar akak(nenek pakai spek mata tak asli tu..)
tahun depan joint sekali ye..!

Anonymous said...

salam kak, kak memang menarik, tahun depan pinjam spek :)