Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Friday, February 29, 2008

Mengumpul Penulis Fiksyen Sains & Sains Fantasi

Salam sejahtera,
Saya mencari kawan-kawan yang ingin menulis genre di atas kerana kini kerana ada sebuah penerbit swasta gergasi membuka peluang kepada saudara saudari menghasilakn genre sebegini untuk diterbitkan.
Saya hanya perlu lihat determinasi saudara-saudari serta (kerja penulisan tidak terbengkalai di tengah jalan, kalau boleh sudah ada manuskrip) idea yang disentuh dalam cerita itu.
Sila beritahu saya secepat mungkin.
Tak, ni bukan main-main, ni betul-betul ...

18 comments:

Anonymous said...

Sayang, psiko thriller lucah ala-ala fatal attraction tak de publisher mau terbitkan ka? Boleh le kakak berduet dengan si Azwan tu yek.

Anonymous said...

Betul ke fadz? Prospek yang bagus...bagaimana dengan skopnya? adakah ia dalam lingkungan fiksyen sains tempatan ataupun menyeluruh (Global)?

fadz said...

Kak Mar,

Memandangkan penerbit ini sebuah penerbit komersial umum, perkara-perkara 'lucah' memang tidak sesuai.

Anon,

Serius! Dua-dua bentuk boleh!

Anonymous said...

Alamak patahlah hati kakak mau jadi kaya-raya dan terkenal macam Kak Min Gubra pada tahun 2008 nih!:)

Korakora said...

bagaimana dengan sainf fiksyen yg mempermain2kan realiti politik?

fuh.. angan2!

Anonymous said...

Nazmi wake up man,

Itulah realitinya, ko yang berobrak-abrik berimaginasikan ada penundi hantu, ada konspirasi menginaya ahlul bait, ada holy grail, Christ Clone etc etc etc. Wal hal kami hanya manusia biasa yang sama terkial-kial untuk menyesuaikan diri dalam globalisasi yang ganas ni.

Kalau ada cakap-cakap aku yang menyinggung perasaan dan hati nurani kau aku mintak maaf. Sumpah wallahi, aku bukan nak bikin provokasi suweh pada KEPEZI 2003Zaharah yang trick me untuk baca bahan picisan tu. Aku mana tau beza picasan ka atau bukan.

Anonymous said...

Nazmi;

Otai sci-fi, Orson Scott Card kata bahawa sci-fi adalah wadah untuk membicarakan isu-isu manusia secara lebih objektif.

Di bawah selindung alien-alien atau robot-robot, penulis tidak perlu politically correct (sangat).

Anonymous said...

Saya setuju 100% dengan Firdaus. Nazmi cubalah bawa berbaik sangka ye yang sci-fi hanya menyatakan kerisauan penulis saja bukan nak berpolitiking.

Contoh, masa saya di kolej saya terkesan dengan The Brave New World, yang menyatakan kebimbangan terhadap kehidupan yang berkelas dan berkasta.


Cerita-cerita fiksyen seperti Universal Soldier, IA, waima Frekeinstain adalah kebimbangan sebab dan akibat jika manusia terlalu mengikut hawa nafsu, dah lupa tuhan, obsess menuju kepada kesempurnaan. Mencipta robotlah sebab mau yang sempurna dan tidak ada masalah MC, nak cuti kawen, cuti beranak, cuti bini beranak, cuti ama mati, nenek mati, segala tuk nenek cutilah. Cut cost lagi tak payah nak hantar pergi sekolah, pergi kursus, semua robot, perisian komputer boleh bikin. Hari ni keluar kilang, esok terus boleh kerja. Itu saja, bukannya mengkucar-kacir, menghentam, menyindir, memperlekehkan sesiapa.

Sekadar menzahirkan kebimbangan obssessi manusia dalam menuju kesampurnaan, mau cantik, lawa, lambat tua, tenang, kuat, tak suka marah-marah, sehingga terpaksa telan prozac, supliride, habatus Sauda, kismis doa, segala tok nenek makanan supliment, sprulinala, omega 3la ntah apa-apa tah.

Sanggup bikin cloning, melabur berbillion-trilion ringgit pada kejuruteraan genetik, entah mana tau satu hari kawinkan cloning + robotik? Atau tanam saja chip dalam otak macam cerita Matriks tu. Mungkin anda kata saya merapikkan yang bukan-bukan, tapi manusia dan teknologi sedang berusaha ke arah tu. Memang ada dana dan natural resourse di alirkan ke sana. Saya bukan anti teknologi kejuruteraan genetik dan Artificial Intelligent, tapi biarlah berpada-pada agar tidak melanggar humanity. Itu aje.

Saya juga bukan anti-kesempurnaan, tapi biarlah secara natural, perlahan dan beransur-ansur seperti memilih pasangan yang baik dari susur galur keturunan yang baik-baik, membaca buku-buku yang baik-baik, menjaga diri dari dosa, mengamalkan diet yang sihat, cara hidup sihat dan amalan-amalan kerohian yang bersesuaian dengan anutan dan kepercayaan masing-masing. Itu saya sokong, tapi kalau nak cloning, nak botox, nak face lift, pembedahan plastik, nak robot sctrictly NO NO, melainkanlah jika anda pengamal agama Shinto yang memang sayangkan robot-robot! :)

hehe dah jadi ruang melepaskan perasaanlah pula, Diela jangan mare ye...pinjam blog Fadz je.

cik puan daun said...

wooo.. usaha yang bagus fadz.. :)


kak mar: panjangnyaa.. sampai tak larat saya nak baca.. kak.. nah valium 2 biji.. *ops!!!*

fadz said...

Kak Mar, hehe, teruskan usaha anda, heheh!

Nazmi, boleh aja, asalkan karyanya PANDAI.

Firdaus, haaa, ini rupanya putera sai-fai yg akan menggegar persada fiksyen sains kita, mau join the group atau tak? atau terikat dgn PTS?

fadz said...

ya, saya masih menunggu!

kalau ada yg nak: fadliakiti@gmail.com

Anonymous said...

alamak! Dah separuh jalan dah ke Mahligai Syurga tapi sy bikin dalam keadaan 'mood' supaya kebahagiaan penulisannya terpancar sesuai dengan tajuknya. (kadang2 rasa nak bakar je buku tu!) hehehe. Insyallah terlebih skit date kot sbb dok serabut mikir hal kebahagiaan 15/3 ni hehehe ..jangan marah aaaa

sf

Anonymous said...

Fadz; Saya tak terikat dengan PTS, sebab PTS memang tak ikat penulis. Idea memang ada tapi saya perlu tahu siapa yang menawarkan dan apa yang ditawarkan.

Sebaik-baiknya, saya mahu lihat contoh perjanjian penerbitan. Kalau peguam saya kata ia adil dan saksama macam PTS, saya seronok sahaja nak join the group. :D

Anonymous said...

aisey, lom ada idea baru la nak join... huhu...
|o_O|~kangaq

Anonymous said...

sains fantasi ni mcm mana?

lord of the ring tu sains fantasi ke?

fadz said...

sf, tak pe:)

firdaus, sila hubungi saya kalau mahu tahu butir-butir lanjut. Atau temui saya di Gerai DBP Sabtu ini atau Alaf21.

Kangaq, tak pa, simpan dulu, biar eram betul2..

anon, sains fantasi ialah satu istilah yang digunakan oleh peminat purist FS (Fiksyen Sains atau Science Fiction) membandingkan FS, Fantasi dan sains fantasi (selalunya disingkatkan sci-fi atau sai-fai). Sains fantasi membaurkan kedua-dua elemen dalam FS serta fantasi, maka ia dimengertikan bukan FS asli. Ini adalah 'polemik' pihak peminat dan pengkaji FS. Pun begitu, istilah sains fantasi ini sudah digunapakai dengan meluas (kadang kala sebagai Science & Fantasy) termasuk rancangan satelit "Sci-Fi Channel" (menyiarkan apa jua bentuk filem/program FS, fantasi, dll.)

Secara umum, LOTR dibayangkan sebagai 'fantasi' (penulisnya membayangkan sebuah 'hikayat' daripada fantasi, kerana ia bercita-cita membina sebuah fiksi 'hikayat' buat orang Inggeris yang kehausan hikayat asli) dan langsung tidak menyerupai cereka sains. Pun begitu, LOTR diletakkan di bawah rak "Sci-Fi" atau "Science & Fantasy" di kedai buku jika anda perasan.

Untuk makluman saya juga mengalukan penulisan berbentuk 'fantasi'.

Anonymous said...

Maknanya, sy beri sinopsis kat bro dulu

pastu kalo bro approve, baru leh tulis eh?

-Mayat-mayat cinta-

fadz said...

cik daun, terima kasih, nak cuba?

firdaus, mahu cerita lanjut, sila emel saya seperti emel di atas..

Anon, ya, kalau boleh emelkan saya sinopsisnya.. di dalam emel itu saya akan bercerita lebih panjang lagi, terima kasih.