Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Tuesday, February 12, 2008

3 Kupas Kismat

nota: Maaf, saya mengambil masa yang lama untuk 'tidur'. Dalam proses hibernasi saya, sebenarnya saya sudah menghabiskan 3 buah buku. Dan tangan saya gatal untuk menulis tentangnya, walaupun sedikit kerana impak yang membawa saya terus menghabiskan ketiga-tiga buku ini.

Tajuk: Where Monsoons Meet: A People's History of Malaya
Oleh: Musimgrafik
Terbitan: SIRD
Tahun: 2007 (terbitan pertama: 1979)

Sinopsis:
Sebuah buku grafik yang memperkenalkan sejarah tanah Malaya dalam bahasa Inggeris, dari awal abad ke-14 sehingga kemerdekaan Malaya daripada penjajah.

Rasa:
Sebuah buku yang senang dibaca, mencuit sekali gus membuka pelbagai soalan dan persoalan tentang proses masyarakat Malaya (saya tidak kata Melayu di sini) memahami akan 'perbalahan' (simbol terhadap monsun) dan dinamisme kuasa luar yang membentuk Malaya, dari abad ke-14 sehingga perjuangan rakyat untuk membebaskan negara daripada hasutan penjajah.

Membaca buku ini semacam saya menelaah buku-buku grafik 'Introduction to' yang saya dipaksa beli oleh pensyarah saya sewaktu belajar sains sosial dulu (dan banyak menolong pun). Paling penting, ia memberi ruang dan satu sisipan 'lain' terhadap perjuangan rakyat Malaya, lebih-lebih lagi sewaktu pemerintahan British sewaktu ambang Perang Dunia Kedua.

Persoalan-persoalan yang dikemukakan segar, walaupun pada hujungnya, ia lebih berbau 'sosialis', ia masih membuka ruang buat pembaca menafsir pelbagai sisi sejarah dengan membandingkan sejarah yang umum diketahui di dalam buku teks sekolah. Perkara pentingnya ialah, ia berjaya membawa persoalan kritis tentang sistem 'divide and rule' British yang benar-benar telah mencipta sebuah negara perkauman yang dapat dirasa sehingga sekarang. Walaupun buku ini memakarkan satu pembukaan yang positif, beberapa tempat seperti memaparkan Onn Jaafar meminum wain dan para sultan mandi sama dengan orang puteh, walaupun fakta dan ilustrasi memaparkan 'sinis', fakta-faktanya masih seakan berbelah pada satu pihak dan menuduh pihak yang lain. Pun begitu, perkara-perkara inilah yang membuatkan buku ini mesti dibaca untuk mengupas dan mencari lagi kebenaran di balik sandiwara, baik topengan kerajaan ataupun pihak lawan tentang pembentukan Malaya dan apa yang membuat Malaya itu Malaya.




Tajuk: Watchmen
Oleh: Alan Moore
Terbitan: DC Comics
Tahun: 1986

Sinopsis:
Selepas Perang Dunia Kedua dan kedatangan Perang Dingin, dunia memang seakan-akan akan kiamat. Masuk watak-watak bekas adi perwira yang tiba-tiba diskandal apabila seorang daripada kawan mereka, The Comedian dibunuh. Lalu beberapa adi perwira bergabung dan menyiasat, dalang di balik rancangan jahat ini.

Rasa:
Saya meminjam buku ini daripada Azwan Ismail. Pada mulanya, saya tidak suka akan jalan cerita novel grafik ini yang terlalu banyak 'kata-kata', lebih-lebih lagi segmen komik pelaut di atas kapal yang karam di tengah lautan. Tetapi, setelah menyelusuri watak Rorschach, lebih-lebih lagi sewaktu beliau ditangkap, cerita novel ini mula 'menjerat' saya, lalu baharu segmen komik yang dilakarkan (dan mula tampak gelap dan gelap) mengikat terhadap novel grafik yang sememangnya antara novel grafik terulung abad ke-20.

Bukan sahaja psikologi dan sejarah watak di dalam novel ini yang dijaga dengan lancar dan baik oleh penulisnya. Tetapi ceritanya yang berlapis-lapis, mempunyai tema 'apokalips', 'sindir', 'sejarah alternatif' dan terutamanya sindiran terhadap mual Amerikana zaman itu sangat mengejutkan. Malah, pengakhiran novel ini adalah antara pengakhiran novel yang sangat memuaskan buat saya. Malah, penceritaan 'Heart of Darkness' di mana memaparkan bagaimana perjalanan manusiawi ke alam sisi gelapnya, memaparkan bagaiaman sejarah, walau bagaimana dikitar sekali lagi dan sekali lagi, memaparkan manusia yang bertabii merosakkan dan memusnahkan sebelum memusnahkan dirinya. Dan inti pesimis ini yang ingin 'dibetulkan' oleh sebuah watak dengan pemahaman yang sangat menakutkan.

Dan paling menakutkan, novel ini secara tidak sedar SUDAH memberi ramalan kepada Amerika akan satu 'serangan apokalips' yang terus boleh mengubah pandangan angkuh polisi dan jati Amerika, maka satu 'Orde baru' boleh tercetus dengan Amerika tidak mengambil tempat di dalamnya, tetapi, setelah 9-11, kita lihat dan sedar, Amerika masih bangkit untuk bertindak.






Tajuk: No God But God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Oleh: Reza Aslan
Terbitan: Arrow Books
Tahun: 2007

Sinopsis:
Sebuah buku sejarah tentang Islam, daripada awal Rasulullah s.a.w. dan zaman Jahiliyah sehingga ke zaman sekarang dengan pemahaman antara pluralisme dalam Islam dan fanatikal dalam Islam di negara dan rakyatnya yang memenuhi muka bumi ini.

Rasa:
Buku ini dihadiahkan oleh Azwan kepada saya buat hari jadi saya. Baru kali ini saya membacanya. Saya perlu berterus-terang, buku ini secara peribadi lebih senang dan seronok buat saya daripada buku Karen Armstrong yang lebih bersifat akademik.

Buku ini semahu-mahunya memaparkan Islam seakan dari kaca mata seorang yang Islam tetapi mempunyai pendirian tidak 'menghukum' dan tidak meng'ajaib'kan agama suci ini. Maka inti-inti yang dipersembahkan memaparkan satu pengisian yang sekali gus jelas, kritis dalam bahasa yang senang dan lancar walaupun mengambil beberapa pengertian daripada para cendiakawan dan pengkaji Islam. Ramai pembaca Islam mungkin melancarkan kemarahan akan ini, lebih-lebih lagi apabila Reza lebih senang mengambil sumber rujukan daripada pengkaji barat. Tetapi perlu diketahui bahawa inti yang reza ambil, Reza ambil dengan segala waspada dan jaga-jaga dalam pengertian seorang Islam dan seorang saintis sejarah yang mahu memahami Islam. Malah, dengan penulisan sebegini dapat 'membuka mata' orang bukan Islam bagaimana Islam itu memang sebuah agama yang sempurna (dibuktikan oleh Reza dengan petikan-petikan yang dipilih secara teliti tanpa perlu menjaja perkataan 'sempurna' itu) yang didalangi oleh ahli hukum dan agama yang tidak sempurna (dipaparkan pada setiap detik sejarah, seperti sekarang yang didalangi oleh al-Qaeda dan para Wahabi). Malah penulisan sebegini, saya jumpai terdapat banyak dalam buku-buku pemahaman agama dan kupasan kritis yang ditulis oleh bekas-bekas pelajar pondok di Indonesia, memaparkan satu kematangan dan ciri penulisan yang tidak menuduh tetapi memaparkan kesemua fakta tanpa mengambil benar-benar satu sisi.

Walau bagaimana pun, pada bab terakhir buku ini, Reza membawa satu agendanya yang memperkatakan akan kesucian 'pluralisme' dalam Islam. Saya faham bahawa pluralisme yang ingin dibawa oleh Reza ini lebih bersifat universal (yang mana Reza membuktikan, bagaimana sarwajagatnya Rasulullah s.a.w. serta para sahabat, dan kemudiannya beberapa ulamak Islam memahami isu politik semasa yang disesuaikan dengan agama), membuka pemahaman orang Islam terhadap orang bukan Islam dan sebaliknya. Tetapi 'pluralisme' di sini juga mungkin akan dipersoalkan, lebih-lebih lagi dalam bidang estimologi peristilahan (seperti beberapa perkataan Arab yang dimasukkan dalam konteks budaya orang Melayu), pemahaman Aqidah, dan sejarah. Tetapi perkara-perkara inilah yang perlu diperbincangkan oleh para agamawan kita sekarang sebelum memberi keputusan yang terkakhir. Reza setia terhadap sebuah agama Islam yang 'berevolusi', dan ini sebenarnya yang mungkin sedikit dipersoalkan, apa sebenarnya yang ingin Reza sampaikan tentang 'pembaharuan'. Sungguhpun begitu, Reza telah memaparkan satu pembukaan yang baik dalam meja diskusi tentang masa depan Islam, dan apa yang perlu para ulamak buat untuk menjaga agama yang telah disempurnakan oleh Allah buat kekasih dan umatnya ini.

7 comments:

Anonymous said...

Saya telah membaca buku No God but God tahun lalu... dan ia antara buku yang sangat saya suka. Bahasanya yang mudah dan cara penulisannya yang lebih kepada 'bercerita' menjadikan ia antara buku berbahasa Inggeris yang paling cepat saya habiskan.

Apa yang paling saya ingat tentang buku ini, saya membawanya bersama untuk menghantar adik ipar saya mendaftar di UKM. Sebagai teman menunggu. Ketika sedang sibuk mengangkat barang, saya memberikan buku itu kepada isteri untuk dijaga. Apabila balik ke rumah malam itu, saya dapati buku itu hilang. Rupa-rupanya isteri saya meletakkan buku itu atas bumbung kereta, memang tak ada harapan akan berjumpa lagi. Dua hari saya bermasam muka dengan isteri. Haha! Nasib baik dia ganti balik selepas itu.

Tentang isinya, saya tidak mahu komen banyak, sekadar merasakan persembahannya begitu objektif.

Where Monsoons Meet pula saya baca bulan lalu :)

Saya tulis di sini: http://mudin001.com/2008/02/05/januari-dan-apa-yang-aku-baca/

Wassalam.

fadz said...

salam tok mudin!

Saya dah cuba bukak, tak dapat le apa2 dlmnya..pelik bin ajaib..tak tahu lah saya, PC pejabat..

Anonymous said...

oh ya... blog saya ada masalah dilayari dengan IE6 dan kebawah.

Cuba guna Mozilla Firefox atau IE7.

:)

Anonymous said...

Kakak sedang membaca satu buku yang telah diusahakan oleh DBP, dan orang kuatnya ialah Hamid Othman. Dalam buku itu ada menceritakan semasa perang di zaman nabi dulu ada musuh yang cepat-cepat mengucap kalimah syahadah kerana takut mati. Sahabat-sahabat mempertikaikan syahadah lelaki itu, tapi nabi kata, biarkan! Dia kini seorang Islam.

Kakak percaya apa yang kakak baca. Apa pula pandangan kau? Adakah kakak sedang membaca sebuah buku propaganda pemerintah yang mau men"down-grade"kan Islam?


Mardhiah

Sufian said...

Rotchschild?

fadz said...

opssss... sori.....

fadz said...

Kak mar, itu terpulang pada hak masing2.. Apa yang Kak Mar dapat daripada pembacaan itu yg penting..

mudin, opis wa mmg guna IE, belum update, wa buta IT!