Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Wednesday, February 27, 2008

Kate, enlighten me about k-ei8t



Tajuk: k-ei8ht
Oleh: Para Penulis Sindiket Sol-jah
Terbitan: Sindiket Sol-jah
Tahun: 2007

Sinopsis:
Sekumpulan cerita pendek yang berlaku di sebuah blok, dikenali sebagai K8 di mana seorang gadis bernama Kate mati sepertimana Kim Novak di dalam Vertigo.

Rasa:
Buku ini mempunyai niat yang sama dengan buku The Book of Other People yang diselenggara oleh Zadie Smith- menghimpunkan sekumpulan penulis untuk bercerita tentang watak-wataknya.

Jika watak-watak dalam buku Zadie Smith itu bercerita atau berlaku di mana-mana geografi dan latar masa yang tertangkap dek manusia, ruang cerekawala k-ei8t tertumpu di latar Blok K8 (nyaris kesemuanya), sebuah rumah pangsa kos sederhana di Kuala Lumpur. Ideanya tampak seperti sekumpulan penulis tua yang mengaku muda lalu bermain-main dengan satu retorik metafizika "apa kata jika dunia ini punya kebenaran dengan Efek Rama-rama?" (nyaris-nyaris- tetapi beginilah manusia filem Hollywood mendapatkan idea filem, kautahu?) sewaktu masing-masing sibuk merokok makan getah kunyah dan minum neskafe ais pada hari hujan derai di tepi flat di sebelah DBP. Tetapi, woooo, mainan kecil-kecilan (seperti idea peperangan buat Napolean) ini membuak kepada satu pengumpulan 'perkaitan alam' yang boleh membuat mayat-mayat para Asas50 meloncat-loncat.

Ini adalah kerana keberanian para Sindiket Sol-jah bermain dengan perkara-perkara yang dikira taboo atau 'melampau batas' nilai-nilai murni Dasar Kebangsaan Negara, walaupun mungkin tidak seberani mana.

Nilai itu satu perkara, yang paling baik ialah, para penulis Sol-jah di sini seakan banyak belajar (atau langsung memprotes) usaha Haruki Murakami membentuk dunia gabungan metafizika dan budaya pop dalam pencirian sastera pasca moden. Mungkin gaya dan tingkat kematangan Murakami dengan para penulis Sol-jah jauh berbeza, tetapi "pergi mampus dengan itu!" Yang penting adalah penciptaan mitos K8, dunia yang mengelilingi Kate sebelum/sewaktu/selepas Kate membunuh diri dan watak-watak yang dimainkan oleh para penulisnya, telah berjaya membuak satu dunia yang benar-benar tampak sureal tetapi sekali gus tampak real.

Mainan plot yang diusahakan sendiri sudah membuat kesongsangan naratifnya memikat: persoalan yang mula dibuka akan 'kematian Kate' dan 'tujuan' untuk mencari bagaimana Kate dibunuh ditransenden kepada komponen-komponen watak yang tidak 'sedar' pun kepentingan kewujudan Kate. Di sini, apa yang dapat dicapai oleh para penulis Sol-jah ialah bukannya mencari justifikasi dalam kematian Kate seperti genre sebuah novel penyiasatan tetapi makna dan kepentingan individualisme real dan sureal yang mengelilingi kematian Kate itu. Secara pendek, hidup, baik dimulakan dengan kematian atau kelahiran, perlu dirayakan (baca: the mystery of death opens up the mystery of life itself). Secara tidak sengaja, cetusan naratif ini membuak satu keinginan berbunga yang sangat humanis dan sangat optimis akan kehidupan 'sementara' yang diberi Tuhan ini. Dan secara ironisnya, walaupun pada waktu 'mati' seperti yang dipaparkan dalam cerita Usman tulisan Vovin.

Antara kesusahan dalam pembacaan k-ei8ht terletak dalam pembauran gaya dan wacana satu-satu cerita, walaupun cerita-cerita ini berkait dan mengait. pada satu cerita kita disedari dengan watak yang menggunakan naratif kata ganti diri "Aku", dan tiba-tiba berubah kepada "Dia". Kemudian, dalam setiap cerita, terbuka satu penelahan yang sangat individualis dengan struktur yang sangat bermain-main dalam kata-kata, latar dan penerusan cerita. Ini adalah perkara-perkara cabaran yang dihadapi oleh saya sewaktu membaca. Tetapi saya sedar juga, oleh kerana kepelbagaian suara dan bau watak-watak ini dengan cerita-cerita mereka yang mereka anggap penting pada waktu kematian Kate, terjadilah satu pemahaman bahawa pengalaman mengenal manusia memang melalui cabaran dan memerlukan pemahaman yang berbagai dan terbuka. Sebenarnya, ini adalah 'kenakalan' mainan penulis Sol-jah. Ia semacam satu mainan roda Freud-Jung dan pemahaman simbol terhadap psikologi manusia- cerita-cerita di dalam k-ei8t yang anda pilih 'dekat' kepada anda ("oh, saya suka yang ini") sebenarnya adalah cerminan identiti dan keinginan secara tidak sedar anda kepada diri anda, manusia lain dan dunia yang mengelilingi anda; satu pemahaman sebenar terhadap kesenian surealis dan kuasa yang dicetuskan kepada penerima.

Buat saya sendiri, saya mempunya beberapa cerita yang saya gemar. Tetapi bolehlah saya rumuskan bahawa walaupun ada beberapa cerita yang tidak matang, ia telah ditolong dengan perkaitan cerita-cerita lain yang kuat dan berjiwa yang telah dengan secara sendirinya mengangkat kepentingan cerita yang dibuat main-main itu, lalu di sini, membentuk satu dunia yang bulat dan terisi. Dan ini adalah kekuatan k-ei8t.

k-ei8t mungkin dipersenda-sendakan sebagai karya 'mainan', karya eksperimen budak-budak yang baru kenal menulis, bahan 'ikutan barat', dan lain-lain lagi definisi yang dicalitkan terhadap genre 'memberontak' sebegini, tetapi mengikut perjuangan Sindiket Sol-jah, walaupun mungkin tidak sebohemian perjuangan Beat, telah memberi tanda bahawa k-ei8t adalah tujuan murni para ahli Sindiket Sol-jah untuk mengubah bentuk dan latar daif kesusasteraan Melayu sekarang yang statik, dan mereka sudah lima batu tercapai ke situ.

6 comments:

sinaganaga said...

Wow! Bho ho ho!

Anonymous said...

Ala yang cakap keight tu kerja main-main, jeles kut. GUe rasa Keight bagai langit dengan bumi, kalu nak dibandingkan dengan buku mengandungi puisi-puisi syok sendiri yang kakak suruh kau ulas tu. Tak payahlah ulas di sini nanti di maskara nanti kita cerita.


Oh kalau ada masa kakak akan emel satu puisi mengada-ngada yang diangkat sebagai ilham dewa-dewi dari langit untuk kau hayati.

jiGOMorrison said...

Aku tergelak bila sampai sini,

"Ini adalah kerana keberanian para Sindiket Sol-jah bermain dengan perkara-perkara yang dikira taboo atau 'melampau batas' nilai-nilai murni Dasar Kebangsaan Negara, walaupun mungkin tidak seberani mana."

...walaupun mungkin tidak seberani mana.

Aku nak tulis lebih-lebih, tapi kesian pula kat kawan-kawan lain, tak pasal-pasal masuk peti sejuk. He he!!

Mereka cakap, nak mencarut ok lagi, tapi kalau sentuh politik berlebih-lebihan, jangan sekali!

Sufian said...

Bagus buku macam ni... tapi sayang, cetakan terlalu sedikit, dan tak ada publisiti...

Oi gua pun tak dapat beli, cetaklah lagi!

Lily Abdullah said...

WL tak pandai ulas buku. Dia kurang ilmu,dia cuma pandai beli dan baca(baca: kadang kala dia beli untuk hiasan sebeberapa purnama kemudian baru dibaca)

fadz said...

Nag: bowowowowow hohohohoh ah.

Kak Mar: TRUE.

Jigo: ye ke, saya dgr lain pula. muahahah

Sufian: Yeah, itu fasal ia kena pegi itu Gerak Budaya. Eh, wa masih on tau, wa tgh edit ni...

WL: eh, pandai baca pun kira bagus.. saya pun tak pandai ulas tapi saya rasa, saya tulislah.