Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Sunday, November 4, 2007

Beraya Ke Rumah Kawan Azwan

Saja nak buat kalian semua iri (dengan niat baik). Ini ialah rumah kawan saya, Azwan, seorang maha guru penyair (memanggil dirinya sebagai penyair miskin, yang sememangnya lumrah bagi puak jenis ini di Malaysia). Beliau banyak mengajar saya tentang sastera, dan lebih-lebih lagi tentang puisi. Sebenarnya beliau lebih 'alim dalam muzik dan puisi, dan saya, filem (bukan sastera), khususnya filem seram. Tetapi kami banyak bertukar-tukar pendapat dan berbincang pelbagai topik, khususnya filem dan sastera. Beliau pernah mengucapkan kata mutiara ini kepada saya (kerana saya benci dan tidak faham puisi):

"Kalau anda tidak kenal lagi akan puisi, anda tidak kenal lagi akan sastera"

Bertemu dengan beliau memang menyeronokkan. Dan memang, semacam 'dadah' buat saya yang inginkan kawan berbicara tentang perkara yang saya suka. Pendek kata, bayangkan murid yang tergila-gila bayang akan gurunya, suaranya, ilmunya, cintanya (yang membawanya dekat dengan Ilahi, jangan kau ingat yang bukan-bukan pula!), lalu bila pintu zawiyah gurunya dibuka buat jemaah datang untuk berzikir khawajagan, segala rasa cinta itu akan terisi sekali lagi. Hah, macam itu lah.

Satu lagi tentang rumah kawan saya ini, ia semacam air pancur keilmuan indah. Di setiap dinding, sudut dan bilik ada buku! Dan bukunya bukan calang-calang (yang saya sendiri tidak berani membacanya). Inilah taman firdausi buat saya. Saya selalu berseloroh dengan dia, kalau saya tinggal sewa di situ, alamat saya tak pergi kerjalah, dok menelaah dan menelaah setiap sudut dindingnya.
The 'Beat' Avenger.
"Beat it!" he said.



Vovin sedang mengamati judul buku-buku
yang berderetan mencakar bumbung di dalam rumah Azwan.

8 comments:

Anonymous said...

Kakak bukan jeles dengan Fadz tapi jeles dengan kawan Fadz tu...hallamak banyaknye buku yang dia baca!!!

Anonymous said...

Alah irinya baca mengalaman Fadz bersama Mursyid tercintehhh. Kapan pintu zawiyah guruku kan terbuka ye, macam dah merajuk dan tak akan terbuka terus.

Fadz hati-hati terhadap keghairahanmu mengenai gurumu itu, takut ada orang mengalami insomnia. Insomnia huh!

fadz said...

tak perlu iri. saya pun macam org cerca dalam lambakan lautan manusia.

Amyz! said...

pehh.. kalah pay less. :-p

fadz said...

amyz, awak akan menangis kalau tengok judul2 buku tu..

Anonymous said...

I've told Kak Min dalam belog dia yang I goblog because I was moved by her gold chain story...thi hihihi...

Anonymous said...

fuiyyooo..susun buku tanpa almari buku...idea yang menarik..memberi ilham. Tapi camner nak ambil buku paling bawah atau ditengah..macam bahaya je

Anonymous said...

kak mar, huhu, pe citer tu?

amira, dah cuba, senang, semua yg berat dan besar letak paling bawah, macam baju berlipat, bila angkat, tarik jaga2.. tips dari azwan, huhu