Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Monday, September 24, 2007

Berbuka di Pavilion Bukit Bintang KL

Semalam saya berbuka di Pavilion. Waduh, hebat tempat itu. Seakan 'adik' kepada Siam Paragon di Bangkok. Macam biasa, sudah tentu saya cari kedai buku. Di situ setakat ini, ada Times Bookstore yang terletak di tingkat paling atas.
Saya tidak berapa lepak Times. Entah, saya ada masalah dengan syarikat Singapura atau saya tidak suka koleksi buku-buku bahasa Melayunya. Entah. Apa yang saya tahu, Times di Pavilion, satu kemasukan baharu franchais untuk kedai buku 'mega' di Malaysia (di KLCC selalu saya tak pergi). Saya perlu katakan, hanya ada tiga buah kedai buku yang selalu saya kunjung, Kinokuniya KLCC (paling saya gemari, kesemuanya yang saya mahu ada, kecuali buku saya!), MPH Mid Valley (kerana buku-buku yang paling 'latest' akan sampai di sini dahulu. Dulu, buku penulis Ring, penulis Nightwatch sampai ke sini dahulu, malah simpanan buku filemnya adalah yang terkini) dan Borders (sebab dekat dengan tempat kerja saya). Bolehlah saya kata, kedai buku Times di pavilion akan jadi tempat keempat yang saya akan selalu lepak. Saya pergi jenguk, 4 PERKARA adakah tempat ini akan menarik perhatian saya.. Kita lihat...



Ruang/Dekorasi


Nampak menarik, luas. Teringat Borders di Oxford dan London (tidak, Borders di KL 'cozy', itu satu 'plus'). Tetapi entah kenapa, Kinokuniya KLCC masih tersemat sebagai ruang persekitaran terbaik buat sebuah kedai buku.




Buku Filem




Koleksi yang menarik, tetapi masih belum dapat melawan Kinokuniya KLCC dan Borders (baik The Curve, BTS) dan MPH Mid Valley. Semuanya tanpa balut plastik. Tunggulah Times untuk lihat buku anda dirobek-robek oleh orang Malaysia yang suka membelek.





Buku Susastera


Borders mempunyai koleksi buku sastera yang menarik, dan mempunyai 'plus' kerana bulan 'bargain books'nya. Kinokuniya tempat di mana saya selalu membeli buku sastera kerana beberapa penulis yang saya suka dan gemar, atau jika saya perlu mencari seorang penulis, Kinokuniya tidak pernah mengecewakan. Times tampak menarik, malah ada beberapa judul yang jarang dilihat di Kino dan Borders ada di sini. Seperti yang saya terjumpa di atas.



Buku Susastera Melayu

Di sinilah Times perlu dikutuk kerana berjaya meletak novel pop di bawah Sastera Melayu. Saya tahu dahulu Borders pun begitu, tetapi kini Borders mempunyai koleksi beberapa buku susastera yang agak baik dan terkini. Terbaik adalah Kinokuniya. Saya harap rak ini akan diubah secepat mungkin dengan buku-buku yang lebih 'tepat' dengan tujuan rak itu.

Keseluruhannya, kalau saya berjalan-jalan di sini, sudah tentu saya akan menjenguk sebentar. Apa-apa pun, selamat datang Times. kita tunggu apa 'bargain' yang anda boleh beri sebaik Kinokuniya dan Borders.

6 comments:

Nisah Haji Haron said...

Salam Fadz,
Mengapa tak tegur mereka tentang gambar yang terakhir tu. Kalau tak ada orang yang menegur, sampai bila-bila pun rak itu akan diisi buku-buku sedemikian.

fadz said...

dah tanya adik (nampak tudung belakang panel?) sales girl tu. Dia kata itu je yg deme aga, mungkinlah.. Dia macam takut bila saya tegur.

zaki zainol aka kangaq said...

"Dia macam takut bila saya tegur."

Saya dok bayangkan mcmana la gamaknya bro tegur sampai dia ketakutan... ehehe...

fadz said...

Maybe becoz i was looking at her 'bitty'? hehehe (pengaruh Little Britain)

Anonymous said...

Betullah tu raknya...Malaysian Literature...Takkan nak gantikan dengan Malaysian Trash...

fadz said...

Sekurang2nya letaklah Malaysian Pop-Art, huahahaha..