Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Friday, April 20, 2007

Pengantar Kesusasteraan Bandingan

Tajuk: Pengantar Kesusasteraan Bandingan
Penyelenggara: S. Jaafar Husin
Terbitan: DBP
Tahun: 1994

Sinopsis:
Buku ini memuatkan sepuluh buah kertas kerja yang dibentangkan dalam satu seminar kecil yang dianjurkan oleh Bahagian Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Penerbitan buku ini merupakan salah satu daripada objektif Bahagian apabila seminar tersebut dirancangkan. Sepuluh kertas kerja yang ditulis oleh para sarjana dari universiti-universiti tempatan ini, mencakupi pelbagai aspek teori dan penerapan Kesusasteraan Bandingan.

Rasa:
Sebuah buku yang sangat baik jika anda baru hendak tahu tentang sastera bandingan. Menariknya, idea tentang sastera bandingan dan apa yang diperlukan di dalamnya (memperlihatkan dan memperbandingkan pelbagai jenis disiplin, genre dan bangsa penulis/pembaca) diperjelaskan bukan sahaja dengan pemerhatian-pemerhatian yang berdasarkan daripada teori-teori barat, tetapi rata-rata sarjana tempatan yang cuba memperlihatkan suatu keberanian dalam memahami sastera bandingan; penguasaannya, kepentingannya, cabarannya dari segi tempatan.

Satu daripada artikel di dalam buku ini yang ditulis oleh Zawiyah Yahya, amat bermanfaat dalam memahami ‘pembacaan’ mengikut kaca mata tempatan dalam memahami karya zaman kolonial (pembaca/penulis pasca-kolonial), meneliti dengan sedalam-dalamnya makna kedua-dua sisi, dari sisi kaca mata barat, serta sisi orang tempatan. Artikel ini sahaja sudah nyata buku ini perlu dibeli, juga artikel Lee Erwin, A. Wahab Ali, Shahlan Mohd. Saman dan Baharussin Ahmad.

Sebuah buku yang, walaupun tidak santai, mempunyai nilai akademik yang tinggi bagi sesiapa yang baru mahu mengenali sastera bandingan, atau pengkaji sastera ataupun peminat-peminat sastera.

3 comments:

noor ain nawawi said...

buku ini masih ade lagi ke dipasaran. bagaimana saya boleh memperolehi buku ini...

noor ain nawawi said...

buku ini masih lagi ada dipasaran. dimana boleh saya mendapatkan buku tersebut...

fadz said...

salam, cuba rujuk "kedai koperasi DB"P, "google"kan atau rujuk dwnmasyarakat.dbp.my atau prpm.dbp.gov.my untuk pautan. Pautannya ada di belah kanan blog ini (rujuk Kedai Buku). TK.