Tajuk: Gerakan Freemason Sedunia: Falsafah Freemason Yang Telah Didedahkan dan Ditolak
Oleh: Harun Yahya
Terbitan: Saba Islamic Media
Tahun: 2005
Oleh: Harun Yahya
Terbitan: Saba Islamic Media
Tahun: 2005
Sinopsis:
Buku ini memuatkan pendedahan tentang pergerakan Freemason, dan falsafah disebalik persatuan rahsianya yang penuh berahsia daripada pandangan seorang sarjana Islam.
Rasa:
Buku ini bukan sambungan ‘Da Vinci Code’. Bukan. Tetapi mempunyai gaya ‘konspirasi’ yang agak dekat, dan langsung tiada semangat cereka (oh ya, kedengaran Dan Brown menang sedang menulis sebuah buku baru tentang persatuan Freemason, iaitu ‘The Soloman Key’).
Pada mulanya, buku ini semacam sebuah lagi buku dakwah, dengan retoriknya yang panjang-panjang membidas Freemason, Yahudi, Kurafat dan Munafiq. Tetapi semua ini berubah (dan bagi saya, berjaya mencapai objektif buku ini, iaitu memaparkan falsafah sebenar Freemason dan keinginan falsafah mereka ini disebar luaskan) pada dua bab akhir buku ini, memaparkan dengan terang-terang (walaupun para skeptik akan masih mempersolakannya) apakah roh sebenar persatuan ini, apa yang mereka mahu ubah, dan bagaimana mereka mahu melakukannya.
Beberapa perkara dalam buku ini menarik, malah memaparkan bagaimana dengan senyap, pihak Freemason ini berjaya menumpaskan satu per satu negara supaya ‘tunduk’ di bawah falsafahnya. Paling menarik adalah bagaimana Harun Yahya mengaitkan teori Humanisme dengan ajaran aqidah ahli sihir Mesir dan Kabbalah, dan bagaimana ajaran ini disalurkan secara ‘senyap’ dalam pengajaran Darwinisme. Seakan-akan memang, kesemua ‘ajaran sains moden’ ini satu konspirasi yang terancang dan sangat cerdik.
Perkara yang saya belajar (ya, saya pun belajar sesuatu daripada buku ini) ialah, JANGAN jatuhkan sistem kesultanan Melayu kita, kerana golongan ini sebenarnya ialah sistem khalifah yang dibawa oleh Nabi (bukan sahaja Rasulullah) yang mempercayai satu ‘karomah’ itu hanya turun pada satu-satu keluarga yang tertentu dan keluarga ini memang bertanggungjawab terhadap masyarakat yang diperintahinya. Harun Yahya memaparkan, bagaimana, sebelum puak Freemason ini menjalari ajaran ‘humanisme’ (maknanya, pengkajian terhadap manusia yang sudah sempurna, iaitu kesemua manusia itu sempurna, dan mereka hidup tanpa dicipta oleh sesiapa, mereka berjaya kerana mereka menumpaskan makhluk lain), mereka menjatuhkan dahulu raja-raja mereka, kerana raja-raja ini dibawah naungan Pope Catholic, dan kedua, tanpa raja, sesiapa pun boleh menerajui negara (konsep humanisme).
Sebuah buku yang menarik, walaupun tetap didaktik pengolahannya.
6 comments:
dan Mastika pun sedang mengupas isu Freemanson ini dlm bbrp sirinya skrg.
Fadz, jika berkelapangan, tulislah tentang Kabbalah dan Scienctology (maaf kalau salah eja) yg popular sebagai anutan selebriti barat
salam embun...kalau bolehlah...oh, Mastika juga menulis tentang ini? menarik tu..
fadz...aku letak entrini kt blog aku n kredit to u too skali orait..skrg aku tgh mengupas organisasi freemason di malaysia..buku yg aku bace Freemasonary Resapi Politik Malaysia? karya Ibnu Abbas keluaran tahun 1989..pertama kali isu freemason disebut di malaysia sekitar tahun 70-an
k1z, owait
salam semua!sy nak tahu mcmana sy boleh order buku 'gerakan freemason sedunia'!boleh bagi no contact?
sy mmg suka baca buku berkenaan sbb utk mengetahui perancangan freemason utk menghancurkan islam!at least kita sbg org islam boleh bersedia dari segi mental & fizikal untuk mghadapi ancaman t'sebut!baru sekarang mata & hati saya terbuka n ternampak pergerakan & perancangan freemason utk menghancurkan melayu dan islam!Alhamdulillah Allah telah menggerakkan hati saya utk mencari artikel bkenaan freemason/illuminati.
Think, gerakan freemason untuk menghancurkan umat yang tengah menganuti agama yang di turunkan Allah S.W.T
n tidak ada pun untuk menghancurkan bangsa
Hidup ISLAM!
Post a Comment