Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Monday, April 15, 2019

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011

Saya sedang dalam proses menghimpunkan kesemua senarai pemenang (dan jika ada, calon senarai pendek) Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Mohon bantuan sesiapa untuk membaiki fakta atau ejaan dalam senarai di bawah. Tahun dalam hal ini ialah tahun mula karya diterbitkan.


HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA
TAHUN 2010/2011

Kategori Buku

Novel
Pemenang: Baldatun Thoiyyibatun oleh Pelita di dalam Kaca (Kamaludin Endol) (Pustaka Kanzun Mahfiyyan, 2011)

Kumpulan Cerpen
Pemenang: Serigala dan Sekuntum Tulip oleh SM Zakir (DBP, 2010)

Kumpulan Puisi
Pemenang: Khazanah Segala Rimbun oleh Marzuki Ali (Penerbit USM, 2011)

Kumpulan Drama
Pemenang: Tiada

Kajian Sastera
Pemenang: Tiada

Kumpulan Esei/Kritikan Sastera
Pemenang: Lisan dan Tulisan: Teks dan Budaya oleh Noriah Taslim (DBP, 2010)

Biografi/Autobiografi
Pemenang: Tiada

Novel Remaja
Pemenang: Bimasakti Menari oleh Sri Rahayu Mohd. Yusop (UPD, 2011)

Kumpulan Cerpen Remaja
Pemenang: Tiada

Kumpulan Puisi Remaja
Pemenang: Tiada

Kumpulan Drama Remaja
Pemenang: Tiada

Novel Kanak-kanak
Pemenang: Beruk oleh Azizi Haji Abdullah (Al-Ameen, 2010)

Kumpulan Cerpen Kanak-kanak
Pemenang: Tiada

Kumpulan Puisi Kanak-kanak
Pemenang: Pantun dan Syair (untuk Sekolah Rendah) oleh Muda @ Daud Yusof (DBP, 2010)

Kumpulan Drama Kanak-kanak
Pemenang: Tiada


Kategori Karya Eceran

Cerpen
Pemenang:
“Benarlah Kata Angin Itu, dan Saya Meneruskan Perjalanan” oleh Mawar Safei (Mingguan Malaysia 7 November 2010)
“Usus” oleh Azmah Nordin (Dewan Sastera Januari 2010)
“Kocak di Rimba” oleh Jong Chian Lai (Dewan Sastera Februari 2011)
“Orang Budiman dan Negeri Seribu Gunung” oleh Mohd. Lutfi Ishak (Mingguan Malaysia 12 September 2010)
“Tubuh Tanpa Aura” oleh Azizi Haji Abdullah (Dewan Sastera Februari 2011)
“Kisah di Sebuah Taman” oleh Jasni Matlani (Dewan Sastera Januari 2010)
Sepanjang Lorong Mimpiku oleh Malim Ghozali PK (Dewan Budaya Februari 2010)
“Bunyi” oleh Saifullizan Yahaya (Dewan Sastera April 2010)
“Taaruf” oleh Aidil Khalid (Mingguan Malaysia 19 Disember 2010)
“Garis Sempadan” oleh E Pian Pro Poul (Dewan Sastera Januari 2010)

Puisi
Pemenang:
“Permainan Mimpi” oleh Baha Zain (Dewan Sastera Januari 2010)
“Dalam Persekitaran Kata-kata” oleh Baha Zain (Dewan Sastera Februari 2010)
Selamat Berpisah, Wahai Dalangku oleh Rosli K. Matari (Dewan Sastera Mac 2010)
“Seluas-luasnya dan Setenang-tenangnya” oleh Arbak Othman (Mingguan Malaysia 13 Jun 2010)
“Ingatan kepada Kawan XXIV” oleh Zaen Kasturi (Mingguan Malaysia 17 Oktober 2010)
“Suluk Rohaniah II” oleh A. Muziru Idham (Tunas Cipta Disember 2010)
“Belajarlah Memahaminya- Gunung Ledang” oleh Shapiai Muhammad Ramly (Antologi Bingkisan Ledang, Nusajaya, 2010)
“Nota Kecil Saat Menyeberang Usia II” oleh Fahd Razy (Mingguan Malaysia 13 Februari 2011)
“Tanah Diciptakan Angin” oleh SM Zakir (Dewan Sastera Jun 2011)
“Suatu Ketika di Kaki Kinabalu” oleh S. Iqram (Antologi Ekstasi Cinta, eSastera Enterprise, 2011)

Drama
Pemenang:
“Cinta Si Pemain Pedang” oleh SM Zakir (Pentas Julai/September 2011)
“Mat Piah dan Mr. Blackway” oleh Mahizan Husain (Dewan Sastera November 2010)

Esei/Kritikan/Kajian Sastera
Pemenang:
“Salah Tanggapan Terhadap Interlok oleh Fatimah Busu (Dewan Sastera April 2011)
“Hubungan Melayu-Cina dalam Cerpen Melayu” oleh Mawar Safei (Dewan Sastera Jun 2010)
“Falsafah Kehidupan Seni Komunikasi Teromba” oleh Mohd. Rosli Saludin (Dewan Sastera Mei 2010)
“Karya Agung” oleh Noriah Mohamed (Dewan Sastera Disember 2011)
“Konsep Sejarah dalam Karya Histografi Melayu Tradisional” oleh Siti Hawa Haji Salleh (Dewan Sastera Ogos 2011)
“Dari Bahasa Kata ke Bahasa Gambar” oleh Siti Jasmina Ibrahim (Dewan Sastera November 2010)

No comments: