Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Tuesday, April 16, 2019

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007

Saya sedang dalam proses menghimpunkan kesemua senarai pemenang (dan jika ada, calon senarai pendek) Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Mohon bantuan sesiapa untuk membaiki fakta atau ejaan dalam senarai di bawah. Tahun dalam hal ini ialah tahun mula karya diterbitkan.

HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA
TAHUN 2006/2007

Kategori Buku

Novel
Senarai Pendek:
Cakra Waruga oleh Arena Wati (Penerbit UKM, 2006)
Sangeetha oleh Azizi Haji Abdullah (DBP, 2006)
Bedar Sukma Bisu oleh Faisal Tehrani (DBP, 2007)
Harga Sebuah Maruah oleh Azizi Haji Abdullah (DBP, 2007)
Mahabbah oleh Shahnon Ahmad (DBP, 2007)

Pemenang: Bedar Sukma Bisu oleh Faisal Tehrani (DBP, 2007)

Kumpulan Cerpen
Senarai Pendek:
Hati yang Terusik oleh Peter Augustine Goh (DBP, 2006)
Hujan Putih oleh Jasni Matlani (DBP, 2006)
Fajar Merah di Lembah Ringat oleh Buang Haji Umar (DBP, 2006)
Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus oleh Nisah Haron (Ujana Ilmu, 2006)
Simpang oleh Mohd. Kasim Mahmud (DBP, 2006)
Mencari Uuuuu oleh Nahmar Jamil (Pustaka Dewan Puisi, 2006)
Di Kaki Mimbar oleh Ghazali Lateh (Cerdik Publications, 2007)
Mekar Sakura di Mimbar Cinta oleh Ilham Hamdani (PTS, 2007)
Teori 1+1=3 oleh Chacho Haji Bulah (Cerdik Publications, 2007)
Catatan Seorang Muda oleh Abu Hasan Morad (Cerdik Publications, 2007)
Masitah oleh Mawar Safei (DBP, 2007)
Hati Perempuan oleh Saadiah Ibrahim (DBP, 2007)

Pemenang: Mekar Sakura di Mimbar Cinta oleh Ilham Hamdani (PTS, 2007)

Kumpulan Puisi
Senarai Pendek:
Kristal di Laut Bulan oleh Siti Zaleha M. Hashim (DBP, 2006)
Cintamu Umi oleh Suhaimi Haji Muhammad (DBP, 2007)

Pemenang: Kristal di Laut Bulan oleh Siti Zaleha M. Hashim (DBP, 2006)

Kumpulan/Buku Drama
Senarai Pendek:
Muzikal Kampung Baru oleh Hatta Azad Khan (DBP, 2007)
Jeda Nur Iman oleh Dahiri Saini (DBP, 2007)
Hikayat Qaziq oleh Siti Jasmina Ibrahim (DBP, 2007)

Pemenang: Hikayat Qaziq oleh Siti Jasmina Ibrahim (DBP, 2007)

Kajian Sastera
Pemenang: Dunia Sahibul Hikayat oleh Noriah Taslim (DBP, 2006)

Kumpulan Esei/Kritikan Sastera
Senarai Pendek:
Drama Melayu Tradisional, Moden dan Pascamoden oleh Mana Sikana (DBP, 2006)
Esei-esei Kritikan Feminis dalam Kesusasteraan Melayu oleh Siti Hajar Che Man (Penerbit USM, 2007)

Pemenang: Drama Melayu Tradisional, Moden dan Pascamoden oleh Mana Sikana (DBP, 2006)

Biografi/Autobiografi
Senarai Pendek:
Dalam Ribuan Mimpi Gelisah: Memoir oleh Said Zahari (UPD, 2006)
Memoir Yang Quee Yee Penyusun Kamus Anak Penoreh oleh Yang Quee Yee (Penerbit UKM, 2006)

Pemenang: Dalam Ribuan Mimpi Gelisah: Memoir oleh Said Zahari (UPD, 2006)

Novel Remaja
Senarai Pendek:
Puisi untuk Esdyzuar oleh Nisah Haron (DBP, 2007)
Jeriji Kasih oleh Ramlah Abd. Rashid (DBP, 2007)
Manikam Kalbu oleh Faisal Tehrani (DBP, 2007)

Pemenang: Manikam Kalbu oleh Faisal Tehrani (DBP, 2007)

Kumpulan Cerpen Remaja
Pemenang: Tiada

Kumpulan Puisi Remaja
Pemenang: Tiada

Kumpulan/Buku Drama Remaja
Pemenang: Tiada

Novel Kanak-kanak
Senarai Pendek:
Ateng Kerja Gila-gila oleh Jusang Bolong (Cerdik Publications, 2006)
Tumpas oleh Hashim Abdullah (Cerdik Publications, 2006)
Azrul Wira Anak Laut oleh Hassan Omar (K Publishing, 2006)

Pemenang: Azrul Wira Anak Laut oleh Hassan Omar (K Publishing, 2006)

Kumpulan Cerpen Kanak-kanak
Pemenang: Tiada

Kumpulan Puisi Kanak-kanak
Pemenang: Tiada

Kumpulan/Buku Drama Kanak-kanak
Pemenang: Tiada


Kategori Karya Eceran

Cerpen
Pemenang:
“Cinta Puncak Sagarmatha” oleh Rozais al-Anamy (Mingguan Malaysia 9 April 2006)
“Jerebu dalam Blog Mak Andeh” oleh Fudzail (Berita Minggu 14 Mei 2006)
“Pusaka Cendana” oleh Nisah Haron (Mingguan Malaysia 21 Mei 2006)
“Hadiah untuk Cikgu” oleh Jais Sahok (Dewan Sastera Ogos 2006)
“Syair Asahab Mel” oleh Siti Zaleha M. Hashim (Dewan Sastera September 2006)
“Che Soleh Rial” oleh A. Rahman CM (Berita Minggu 21 Januari 2007)
“Namaku Madam Sara” oleh Muhd. Mansur Abdullah (Dewan Sastera Julai 2007)
“Bila Bulan Muncul” oleh Asmidar Alias (Dewan Sastera September 2007)
“Nilai Cinta Kami” oleh Azizi Haji Abdullah (Mingguan Malaysia 9 September 2007)
“Lintah” oleh Anwar Ridhwan (Berita Minggu 9 Disember 2007)

Puisi
Pemenang:
“Diamnya Malam” oleh Nahmar Jamil (Dewan Sastera Januari 2006)
“Sumpah Setia Tanjung Piai” oleh Nisah Haron (Berita Minggu 29 Januari 2009)
“Catatan Panjang Tentang Suami Skizo, Isteri Skizofrenia, Wanita Skizofrenik” oleh Zaiton Ajamain (Dewan Sastera Februari 2006)
“Hujung dan Pangkal” oleh Abizai (Dewan Sastera Mac 2006)
“Malam Rosiah” oleh A. Samad Said (Mingguan Malaysia 21 Mei 2006)
“Mereka yang Mendaki Maqam Percintaan” oleh As-Suhaimi (Suhaimi Haji Muhammad) (Antologi Asyik, DBP, 2006)
“Pohon Bahasa Perkasa” oleh Raja Rajeswari Seetha Raman (Antologi Mekar Bunga, Pustaka Nusa, 2006)
“Terlalu” oleh Shapiai Mohd. Ramly (Berita Minggu 6 Mei 2007)
“Seorang Pelakon” oleh Nimoiz T.Y (eSastera.net Edisi 4 2007)
“Wanita dan Laut” oleh Mahaya Mohd. Yassin (Antologi Mengutip Manik Waktu yang Masih Tersisa, DBP, 2007)

Drama
Pemenang: Tiada

Esei/Kritikan/Kajian Sastera
Pemenang:
“Citra Subaltern, Comprador dan Ambivalence dalam Novel-novel Jong Chian Lai: Analisis Studi Budaya” oleh Mohamad Saleeh Rahamad (Jurnal Pengajian Media Malaysia 9:1, UM, 2007)
“Cabaran dan Kesetiaan dalam Karya Adaptasi” oleh A. Wahab Hamzah (Dewan Sastera Disember 2006)
“Pengabaian Ilmu dalam Karya Sastera” oleh Faisal Tehrani (Dewan Sastera Jun 2006)
“Kaedah Bahasa Feminisme dalam Kritikan Sastera” oleh Siti Hajar Che Man (Dewan Sastera Februari 2006)
“Peranan Utama dalam Menasihati Pemerintah Negeri Berdasarkan Manuskrip Hukum Maksiat di Kelantan” oleh Jelani Harun (Kesultanan Melayu Kelantan, DBP, 2006)


*Berdasarkan laporan dalam Dewan Sastera Mac 2010.

No comments: