Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Sunday, January 5, 2014

Murtad


Tajuk: Murtad
Oleh: Hasrul Rizwan
Terbitan: Fixi
Tahun: 2012


Sinopsis:
Adam dan Akhil bertugas sebagai pembunuh upahan yang membunuh orang Islam-Melayu yang murtad. Adam dan Akhil juga terjumpa dengan gadis-gadis cantik yang sesuai dijadikan isteri. Adam dan Akhil bertemu dengan ruas apabila berhadapan dengan seorang bapa samseng yang sudah lama murtad yang berdendam untuk membunuh Adam dan Akhil. 

Rasa:

Ulasan ini pendek sahaja kerana novel ini merupakan antara novel yang tidak memberikan saya kepuasan, malah terasa amat kecewa. Sudah lama saya peram dan tidak tahu mahu bermula bagaimana (saya sudah lama habis membacanya). Sebenarnya premisnya amat menarik, malah kerana premisnyalah saya membelinya: bayangkan jika ada orang Melayu yang membunuh Melayu kerana mereka dah murtad. Isu yang dipermainkan ini memberikan ruang yang sangat menarik untuk diteliti (walaupun sebenarnya premis ini pernah dibuat dalam sebuah novel entah siapa punya, Menara Gedembai) tentang suara risau dan sinis masyarakat terhadap isu murtad uar-uar pihak agama (pihak berkuasa agama yang tidak ada kuasa apa-apa mengubah jiwa orang). Kemudian, ditambah dengan slanga Utara Hasrul yang memikat untuk menghidupkan dunia kampung datang ke bandar (atau bandar yang kampung), menyamarkan lagi maksud "urban" novel-novel Fixi.

Namun pulpa tinggal pulpa. Saya tidak setuju dengan hal itu, kerana ada juga novel picisan yang jelas baik dan berpadu seperti Cekik dan Kasino (ramai yang kata Kelabu, tapi saya belum baca novel itu). Dan saya pasti cerita-cerita segar ini perlu untuk menyampaikan sisi lain tentang keadaan dan pengalaman semasa kita. Namun saya tersinggung dengan gaya dan penceritaan Hasrul yang amat memenatkan saya. Ini bukan kerana tema atau diksi Utaranya, tetapi cara Hasrul menyusun (dan kadang-kadang terasa cuba menggemukkan cerita) kisah. Yang paling penting, ini novel ngeri, novel ngeri sepatutnya menggerakkan keterujaan dan debaran, seperti yang dibuat dengan baik oleh Gina Yap, Syaihan Syafiq, dan Dayang Noor.  Kita tidak jumpa hal itu dalam novel ini, walaupun terdapat penyimpangan menarik pada akhir cerita dan pinjaman plot soap opera ayah-anak (Star Wars pun pinjam, tidak apa). Entah, tulisan Hasrul hanya polos dan menjemukan. Dia perlu mengasah pensilnya untuk menulis naratif yang lebih baik lagi. Saya berharap sekuelnya tidak seperti yang ini.

7 comments:

Mamü Vies said...

Samalah. I thought Murtad was disappointing, and a snorefest.

HasrulRizwan said...

Terima Kasih! :)

anak kacukan darat dan laut said...

took me three month to finished the reading... and...... cliche.

anak kacukan darat dan laut said...

took me three month to finished the reading... and...... cliche.

Pei Pan said...

Saya baca hanya dua bab dan letak kembali di rak. Sampai sekarang tak sambung baca. Cerita memikat, plot lemah, gaya penceritaan tak menarik.

Saya suka Cekik & Kasino. Hanya dua novel ini saja terbaik dari Fixi. Kelabu tak begitu memikat hati.

Asrama (Muhammad Fatrim) sudah baca?

fadz said...

Asrama belum lagi.

Unknown said...

I think the book is nice... simple plot yet heavy meaning... in fact that is the fundamental of atory writing...