Saya Sedang Membaca

Kronikel Etanol oleh Hafizul Osman |Tunggul-tunggul Gerigis oleh Shahnon Ahmad | Atlantis: The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Santos | The Mind of The Malay Author oleh Muhammad Haji Salleh | Joseph Anton: A Memoir oleh Salman Rushdie

Thursday, April 5, 2012

Ulasan Ini Buat Shafaza Zara Syed Yusof

Selepas Nabila, Shafaza atau lebih senang saya panggil Zara memohon saya mengulas cerpennya. Apalah yang ada dengan saya mahu mengulas cerpen-cerpen mereka yang begitu seronok sekali dibaca?

Seperti cerpen "Barista Cinta" (BC) dalam Antologi Kopi, Zara ini seorang penulis menarik. BC bagi saya merupakan analogi komplikasi kehidupan. Awal-awal lagi hal ini diterakan dengan pemahaman, "rasa" kopi itu kepada seseorang dan "nilai" terhadapnya, dan ia tidak berhenti di situ sahaja, nilai itu kemudian diperlihatkan dalam bentuk perhubungan manusia, dan ini yang menarik.

Saya merasakan, kebanyakan cerpen dalam antologi ini pun menampilkan perhubungan sesama manusia, dan ini logik untuk meletakkan "kopi" sebagai subjek di antara. BC mempunyai cakupan menarik ini dengan pendedahan yang sedikit "kotemporari sosial".

"Kotemporari sosial" ini berkaitan pula dengan seks, agama dan politik (walaupun tidak disentuh secara sedar, mempunyai konotasi prasedar) dan bagaimana subjek seperti "kopi" yang memberi "nilai" terhadap hidup dan kedalaman tindakan, psikologi dan motivasi satu-satu individu itu. Ini dilakukan mikro terhadap beberapa watak yang dinyatakan dalam cerpen Zara, paling tampak, watak "Imam Affan" yang dikaitkan dengan kopi-seks. Hal seksual ini amat mencuit dan menampar, langsung tidak akan pernah boleh terlihat disiar dalam mana-mana media perdana, tetapi amat berkesan sebagai pemahaman konteks penggunaan media dan "penjualan diri" para politikus sekarang kepadanya. Kesimpulan: hipokrisi. Sinikal ini yang dimainkan.

Saya menyenangi suara dan nahu Zara. Ayatnya pendek-pendek dan berkesan, tidak perlu banyak berbicara atau menerangkan, cukup menyatakan aksi, melakukan dialog dan yang lain yang menyelubungi imaginasi, walaupun kekuatan imaginasi "lucah" (baca: bukan erotis, tetapi LUCAH) Zara boleh tahan, mengejutkan ia datang daripada seorang wanita, dara pula tu. Zaman sudah berubah. Saya perlu akur itu.

3 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Lucah katanya.
Nampaknya saudara Fadli juga, memahami BC di sebalik bukan erotisme (tapi LUCAH) juga.

Dan Kontemporari sosial itu sesuatu yang mahal dari pemahaman saudara Fadli yang saya sangat terharu. Ada orang tidak dapat memahaminya dan terima kasih kerana menulis ini.

Dan ya, harap ulasan Ko KB, Ku KL saya tidaklah mencacatkan pandangan orang lain pada novelet cantik tersebut :)

Khairul Muzammil said...

lucah dari seorang dara. entah kenapa aku kurang berkenan dengan lucah beliau. aku lebih suka lucah yang ditampilkan Ridhwan Saidi.

Anonymous said...

sedapnya lucah dara ni