Saya duduk berbicara dengan ayah saya tadi selepas buka puasa. Suatu bicara yang menguntum jiwa. Saya bicara, bagaimana kelam-kabut jadinya sekarang di DBP, dan tanggapan orang luar terhadapnya, bagaimana majalahnya yang kini tidak tercetak sedari Julai (Jun hanya boleh didapatkan di beberapa toko sahaja memandangkan percetakan dan pengedaran yang maha lewat oleh pengusaha swastanya), penjualan murah buku dan kamusnya di beberapa tempat dan pameran, masalah buku teks yang kemungkinan melanda masalah mencapai tarikh edar ke sekolah yang sudah ditentukan (dan masyarakat hanya tahu menuding bukan?), penjauhan sasterawan terhadapnya, sasterawan yang memilih menerbit bukan di bawahnya, dan pelbagai lagi tomahan dan kata-kata kurang manis terhadapnya.
Dan saya katakan kepadanya, "lantaran itu, ramai yang saya kenal, mengatakan, DBP sudah mandul, tidak relevan lagi..."
Ayah saya memaling ke dinding, sebelum memerhati saya, "Dan mereka itu orang yang berputus asa, baik kepada institusi perjuangan itu, juga diri mereka sendiri."
Jika pemerintahan Melaka pincang kerana sultannya, apakah yang dilakukan oleh Hang Jebat? Apakah dibakarnya seisi istana, atau rajanya mendapat laba? Hang Jebat mendepani sultannya. Derhaka kepada penzalim. Bukan lambang atau kerajaannya.
Dan DBP itu sebuah institusi yang bukan calang-calang dirinya. Sudah ramai yang lupa dan buat-buat lupa, sudah ramai yang lena. Termasuk mereka yang di dalamnya. Ia sepatutnya bukan organisasi birokrat, terikat kemas dengan pengurusan ikutan sistem kementerian dan mesin kerajaan yang bukan-bukan. Ia melangkaui sistem. Ia melangkaui politik. Cara geraknya sepatutnya bersemadi dengan seni dan sastera. Bagaimana mahu mengurus sastera dan seni? Hal ini yang sudah banyak dilupakan.
Jadi apakah adil bangunan dan rumahnya dipersalahkan, atau orang yang ada di sebaliknya. Ya, saya patut disalahkan, antaranya, kerana berada di situ. Ketua-ketua saya patut dipersalahkan kerana memimpin di situ. Kerani kami, peon kami, pegawai sistem kami, kewangan, undang-undang kami. Sama-sama memikul dosa tersebut. Dosa yang dilakukan terhadapnya, sejak sepuluh tahun dahulu sewaktu 5 bahagian utamanya diswastakan.
DBP dan perjuangannya sepatutnya dirasai oleh semua, kejayaannya patut diraikan orang, bukan hanya kakitangannya. Atas sebab itu, amatlah pincang jika hanya 1000 anak di bawahnya sahaja yang mengenali sakit dan sihatnya. Menanganinya juga bukan seperti menangani organisasi membuat duit, atau berjawab dengan KPI dan ISO. Ia mempunyai roh yang lain, yang jauh lebih suci dari itu. Itulah yang wujud pada kobar pemimpin dan pengarang sewaktu mula ia bergerak lantas berkembang, sehinggalah zaman akhir 90-an. Dan mulalah itu, kita kedengaran ada orang-orang yang pincang, yang membawa selain dari perjuangan. Mereka membawa kepentingan diri.
Kepentingan dirilah, dalam mana-mana pemerintahan dan tamadun, serta ruang organisasi yang menghancurkan gagasan itu. Inilah tangan-tangan ghaib yang melakukan dosa, wajah-wajah pelakon yang menyusun segala dalang wayang di balik layar. Siapakah yang memulakan birokrasi dan segala yang melemahkan tapak sasterawan untuk mendekati DBP? Siapa yang mula menabur janji perubahan yang kononnya untuk kebaikan, lantas menjadi petanda kemerosotan? Siapa yang menulis dan mewartakan perjanjian, sehingga menteri pun terpukau dan terdiam dengan mainan saktinya?
Kini badan swasta itu menghadapi krisis yang paling menakutkan, khusus anak-anak buahnya yang komited kerja. Ruangnya yang berjiran di wisma putra sudah dikatakan perlu dikosongkan. Anak-anaknya dikatakan perlu "bercuti". Paling mengejutkan, tiada kata-kata bendera putih lagi seakan ia masih kuat, walaupun laporan perhatian masyarakat sudah kenal dengan masalah kewangannya. Ramai orang yang geram kerana ketiadaan majalah yang biasa diedarnya. Apakah dalang yang di balik segala penyakit ini juga turut menjadi dalang di balik keberanian lancang ini?
Inilah yang harus disiasat dan ditelaah betul-betul. Dalam satu-satu badan, kuman harus dikenali lantas diberi ubat. Ini termasuklah anak-anaknya, baik yang di atas sehingga yang di bawah. Kepedulian harus tinggi untuk menangani hal ini. Saya pernah duduk mendengar kata Baha Zain yang sungguh relevan dalam menangani hal-hal DBP, khusus perjuangan sasteranya. Paling mengejutkan, apa yang dikatakan oleh beliau, yang jauh sudah lama meninggalkan DBP, lebih dekat dan relevan daripada apa yang dipercadangkan oleh Anwar Ridhwan (yang menumpukan bengkel bakat baru dan dokumentasi, yang saya pelik masih tiada sistem berkesankah untuk digerakkan dengan sistematik dan menyeluruh?), serta Salleh Yaapar (yang terlalu sibuk mendekati hal yang akademik sifatnya) di dalam wacana yang sama. Beliau mengenali masalah yang sebenar-benarnya, dan mengatakan secara jujur berkenaan masalah akar umbinya. Dalam satu masa, beliau bertanya, "Apakah ada lagi yang meneruskan Keris Mas, Usman Awang di sini?" Khalayak majlis terus menjerit, tidak ada (ini berkenaan dengan personaliti di DBP, juga penerus mereka yang dikenali sebagai pengarang). Ini sesuatu yang mengganggu. Lantas persoalan lagi disampaikan, jika adanya pembinaan insan dan penggunaan insan di TEMPAT dan RUANG yang betul. Hal inilah yang benar-benar mencucuk dalam sanubari para pemimpinnya. Lebih menyakitkan, siapa yang ada di dalamnya, siapa yang ada bakat, siapa yang menulis, siapa yang boleh menggerak, siapa yang mengenali para penulis, siapa yang mendekati para penulis dan para penulis menghormatinya. Inilah, yang sampai kini, masih samar-samar dalam mata para pemimpinnya.

12 comments:
Khabarnya [menurut Harakah] DBP rugi berjuta-juta setiap tahun selepas di berikan hak pencetakan [kalau tak salah] kepada pihak swasta.
Haih..orang tak pandang DBP dah sekarang. Semacam kalau ada okey, tak ada pun okey juga. Tak terasa rugi.
Lama-lama nanti DBP pun tutup nanti. Harap tidaklah. DBP dekat sini pun macam mati segan hidup tak mahu. Buku lama-lama pun masih tak terjual. Jual separuh harga pun orang tak beli.
Sayang sekali kalau DBP itu berkubur akhirnya...Satu langkah berani harus diambil untuk menghidupkan kembali DBP itu sendiri. DBP kena bersaing hebat dengan penerbit2 lain yang ada sekarang.
Diakui memang susah nak dapat buku2 terbitan DBP di kedai2 buku utama. Kedai2 buku biasa lagi la tak namapak.
Sungguh sakit hati bila susah nak dapat buku2 terbitan DBP. Tak tau lah siapa yang salah..tapi bagi saya pemasaran buku2 DBP lemah.
DBP harus dan mesti wujud kerana bahasa itu budaya bangsa. Tapi ia mestilah sentiasa relevan dengan arus semasa.
Saya sokong DBP tapi kalau orang lain dah hilang keyakinan dengan DBP macam mana?
Dari BHarian semalam:
Godam: 'Jangan biarkan DBP terus tenat!'
Bersama Salbiah Ani
2011/07/28
PERMASALAHAN penerbitan dan pengedaran majalah mahupun buku terbitan DBP selepas penswastaan Bahagian Percetakan dan Pemasarannya berkuat kuasa 2002, mencapai tahap nazak apabila 10 majalah terbitan badan berkanun terbabit isu Julai gagal berada di pasaran.
Perkara ini sudah pun dalam pengetahuan penulis pada awal Julai lalu apabila seorang pengarang veteran di utara tanah air menghubungi penulis bertanyakan apakah majalah terbitan DBP bagi isu Julai turut tidak berada di pasaran Kuala Lumpur, sebelum akhirnya satu e-mel menyusul berhubung perkara sama.
Sebenarnya, penulis sudah beberapa kali membangkitkan isu terbabit dalam Sastera, Berita Harian, termasuk Moleknya duduk semeja, berbincang pada 21 Januari 2010 dan terakhir, DBP Serah Laporan (12 Mei 2010).
Dalam laporan terbabit turut dimaklumkan bahawa pengurusan kanan DBP sudah pun mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 9 April 2010.
Bagaimanapun nampaknya isu terbabit tidak selesai sehingga kini, mengakibatkan semua 10 majalah terbitan DBP termasuk Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Dewan Budaya dan Dewan Masyarakat, gagal menemui pembaca.
Risikan penulis kepada beberapa sumber yang rapat dengan badan berkanun terbabit mendedahkan Dawama tidak berupaya menerbitkan semua majalah DBP kerana berdepan dengan masalah ketiadaan stok kertas.
Alasan terbabit amat tidak masuk akal memandangkan sebagai badan percetakan dan penerbitan, apalagi selepas diswastakan, sepatutnya Dawama mempunyai pelan jangka pendek berhubung simpanan kertas untuk kegunaan syarikat.
Malah ‘wajib’ juga mempunyai stok jangka panjang yang mengambil kira turun naik harga komoditi terbabit di pasaran dan menjadi sebahagian daripada strategi dalam perkiraan menstabilkan untung rugi dalam perniagaan!
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2011072812184520110728121845/Article/index_html
Sepatutnya Utusan yang dapat penswastaan. Lanun hijack
Rumusannya berilah tugas kepada ahlinya. Kerajaan perlu reprivatise dengan serahkan tugas kepada UTUSAN/PTS joint management.
daengar cerita, bangunan yang tinggi gah tu pun, dari kalangan kawan2 Anwar Ibrahim semasa beliau meneraju kementerian pendidikan.. betul ke?
Sesuatu pekerjaan kalau diberikan kepada orang yang bukan bidangnya akan menjadi kucar-kacir.
membaca tulisan Ku Seman yang amat jelas, dah sah siapa yang benar dan siapa yang salah..
rujuk:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm
gua nak ambil alih DBP. amacam?
dengar ketua2 dia sekarang semua jenis takut nak buat tindakan, semua jaga tengkuk masing2.. takde telur! dah pupus dah ketua2 macam zaman dulu..
nak dekat pilihanraya nie... utusan printcorp akan ganti dawama... satu perjanjian baru akan ditandatangani... eloklah tu...
Post a Comment