Saya Sedang Membaca

Kronikel Etanol oleh Hafizul Osman |Tunggul-tunggul Gerigis oleh Shahnon Ahmad | Atlantis: The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Santos | The Mind of The Malay Author oleh Muhammad Haji Salleh | Joseph Anton: A Memoir oleh Salman Rushdie

Tuesday, May 31, 2011

Jalan Harmoni Ke Stesen Hang Tuah

Ada satu tempat yang agak unik di kawasan tempat kerja saya. Jalannya kecil tapi bermakna, berdekatan dengan Victoria Instituition, bersebelahan dengan pangsapuri murah dan berdekatan Stesen Hang Tuah. Tiga tempat ibadat utama etnik kita terletak di sebelah-menyebelah jalan, masjid, kemudian tokong Cina dan kuil India. Terdapat satu kontradiksi, mungkin "agama baharu" buat penduduk, iaitu orang-orangnya, lebih-lebih lagi yang keluar masuk dari stesten LRT Star tersebut:

Setiap kali petang,
Mataku singgah beri penghormatan,
Tokong merah di bawah pohon,
Sebelah kuil loceng berdering,
Dan kubah Mohgul putih Shah Jahan,
Masing-masing setempat memanggil
umatnya beribadat.

Lantas si pendatang bergegas pergi,
Baju dipakai wajah bodhistiva,
Datang import dari Amerika
Yang baru dua minggu melawatnya
Dalam mimpi atau konsert,
Yang separuh duit gajinya jadi milik dewa,
Agar dia mencapai hidup
Serahmat dan berkat hidup si dewa,
Punya awek cantik dan mewah setiap kembara.

Aku kemudian lihat,
Seorang tua tanpa sepatu,
Memijak poster Maulidur Rasul
Rasulullah dan Allah dalam rumi
Menjadi alas tumit dan jari
Menadah tangan mohon simpati
Agar dia mencapai hidup
Serahmat dan berkat si pejalan kaki,
Punya rumah untuk pulang,
Punya makanan di meja makan.

2 comments:

kingbinjai said...

Menarik

Ilham Ainol said...

ah!
hidup polos direncahi materi, hedonisme dan apa-apa lagi.

yang di luar tidak sukar ditebak,yang sulit dan ruwet tersarang di dalam.

di stesen LRT Hang Tuah,aku cuma menemui nama Tuah yang mulai terhakis keTUAHan daripada lidah dan gerak kerja bangsaku.

dasar anak berTUAH!