Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Thursday, July 29, 2010

On Writing Stephen King



Tajuk: On Writing: A Memoir of the Craft

Oleh: Stephen King
Terbitan: Hodder & Stoughton
Tahun: 2000

Sinopsis:
Separuh memoir, separuh ceramah Stephen King tentang hidup dan perkembangan menjadi penulis, penulis yang berhemah dan menulis untuk hidupnya.

Rasa:
Saya amat mencemburui Stephen King, malah dalam sejarah diri saya, pernah dalam satu ketika menolak untuk membaca novel-novelnya, atas kepopularitinya (saya menyangka, buat apa saya kayakan seorang penulis apabila beliau sudah jutawa, baik saya beli novel orang lain yang jauh lebih baik tetapi tidak popular). Betapa ceteknya saya kerana apabila mendalami buku ini, saya sedari, bahawa Stephen memang mempunyai bakat (malah melangkaui bakat yang sedia ada), hanya beliau agak bernasib baik (beliaulah yang menemukan sastera dan seram boleh bercantum membentuk karya yang berwibawa, ini bermula dengan Salem's Lot, malah hal dan fenomena inilah yang diikuti seterusnya oleh penulis seram sehingga sekarang. Tetapi rujuk di mana beliau dapat idea mencipta novel ini, ya, dari novel popular Peyton's Place).

Buku ini memberi saya banyak ilmu dalam penulisan dan etikanya, serta bagaimana King melihat, bahawa semua penulis adalah serupa (kecuali beberapa penulis tahap dewa seperti Hemmingway), mereka semua manusia. Malah kemanusiaan inilah yang dibawa oleh King (saya tidak menyukainya sangat atas beberapa teks dan dialognya yang mengikut dialek pedalaman Amerka) dalam novelnya. Ini amat penting. Beberapa hal berkenaan tatabahasa juga boleh dijadikan sumber kekuatan dalam penulisan (lari daripada terlalu menggunakan/menerangkan ilmu bantu, sepertimana yang rakus dilakukan oleh penulis muda tempatan sekarang [ya, bagi King, CERITA lebih penting daripada IDEA atau ILMU], lari daripada terlalu menerangkan, lari daripada menggunakan kata penerangan kerja atau adjektif yang lewah).

Paling memikat saya ialah hal-hal halus dan intimasi yang King tulis tentang dirinya, isterinya dan keluarganya, ianya sekali gus lawak dan sedih. Satu hal yang saya hormati, King tetap dengan pendiriannya untuk tidak "melacurkan diri" dengan menulis sesuatu yang dia tidak mahu atau mampu (cth. di Malaysia, untuk menjadi popular, kita perlu menulis novel cinta). King menyatakan bagaimana penulis seperti Grisham, Brown, Rowling, yang kesemuanya pernah ditolak manuskrip mereka (seperti King sendiri), malah mereka mendapat tempat mereka atas ketulusan mereka menulis, merasai yang apa mereka tulis itu betul, dan paling utama menulis untuk hidup (menulis itu hidupnya). Azam ini amat-amat saya tekuni dan saya percayai.

Saya mendapat semangat baharu daripada membaca memoir ini.

8 comments:

Jef Hadi said...

bro. nk tnya satu lah. memandangkan bro ni pengkubu buku. hehe.

so, bro mngkn tau, knapa harga buku import mahal gila.

lepas tuh, kertas mcm kertas suratkhabar.

apesal eh?

fadz said...

Kertas macam surat khabar? hahahahahahaha, sastra boy, lu ni lawaklah... kertas yg "pudar2" ni sebenarnya kertas "mahal" dan disukai oleh pembaca Barat dan termasuklah pembaca Malaysia.. Kertas ni elok sebab tak ada "glare" macam kertas putih yang digunakan oleh kita, senang dibaca di mana-mana (kajian dibuat).

Bahan import mmg mahal, tgklah berapa cukai nak bawa masuk buku tu.. itu tak masuk harga buku tu di pasaran mereka (lagi bestseller, lagi terkenal nama, lagi mahal).. Serius sebenarnya di sana (cth UK), harga buku tu dikira murah berbanding dengan tiket wayang, malah dekat2 SAMA. Sebab itu buku senang terjual di sana (kini mereka pun menghadapi masalah rakyat mula kurang baca buku). Di Malaysia, tka yah gi buku import, buku tempatan tu 3x lagi mahal dari harga tiket wayang, betul tak?

MARSLI N.O said...

Sdr Fadz: Sekadar berkongsi kisah sebagai pemburu dan pencari buku. Saya membeli buku ini dengan harga RM 5.00 untuk edisi kulit keras cetakan tahun 2000. Anggapan saya, bodoh benar penjual yang memurahkan harga buku ini. Tentu saya segera membayar harganya tanpa fikir dua kali. Memburu buku sama layaknya memburu permata bernilai. Sekali dapat berbaloi.

MARSLI N.O

fadz said...

Tuan Marsli, saya cemburu! Di mana dapat buku tu?

MARSLI N.O said...

Sdr Fadz. Lambat saya menjawab. Di satu kedai buku di Kuantan. Yang memang tak banyak orang sangka menyimpan banyak mutiara.

MARSLI N.O

fadz said...

Salam Tuan Marsli, wah, ni macam satu kemestian jika ke Kuantan.. boleh tuan nyatakan alamatnya dan cara untuk ke sana (jika saya naik bas/teksi).

azhar said...

saya pon nak ke Kuantan cari kedai buku ini.

saya juga menyukai karya Stephen King..juga ada buku 'On Writing' ini.
rasa nak baca balik...
hmm mana pula saya letak buku ini..

encik kerani said...

Sudah menekuninya buat kali ke dua, dan saya juga bukan peminat Stephen King.
Buku yang sangat membakar semangat. (Dan kadang2 agak kelakar!)

Kalau versi malaysia, saya pernah baca Karya Nan Indah, Faisal Tehrani. Tetapi macam tidak puas pula. Terlalu banyak berkhutbah, terlalu sedikit how-to.