Saya Sedang Membaca

Kronikel Etanol oleh Hafizul Osman |Tunggul-tunggul Gerigis oleh Shahnon Ahmad | Atlantis: The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Santos | The Mind of The Malay Author oleh Muhammad Haji Salleh | Joseph Anton: A Memoir oleh Salman Rushdie

Thursday, November 19, 2009

Buku-buku ITNM di MPH Mid Valley!


Sebenarnya, saya baru nak melambung-lambungkan nama MPH Mid Valley (kalau nak tunggu buku saya dijual oleh mereka, tak payahlah, tapi itu cerita lain) kerana apa yang mereka sudah buat untuk Sastera Malaysia, tetapi ada dua insiden yang telah menyinggung perasaan saya. Oleh sebab di MPH tidak banyak kerusi, jadi terpaksalah saya duduk atas tangga batu di kawasan tengah MPH. Tiba-tiba saya didatangi seorang pegawainya meminta saya jangan duduk di atas tangga dengan amat kasar sekali (biasalah, orang Malaysia). Saya tanya dia, di mana perlu saya duduk kalau begitu. Dia menunjukkan saya sebuah bilik legar yang mana, berderet pelanggan yang duduk membaca. Entahlah, saya tak tahu strategi MPH tetapi saya kini sudah faham sangat, kalau mahu berlibur dengan buku sambil membelinya, pergilah ke Borders Berjaya Times Square, Times Pavillion atau Kinokuniya KLCC yang tidak pernah menyinggung saya. Tetapi jika mahu terus pilih (browse) dan keluar cepat-cepat, pilihlah kedai buku MPH Mid Valley ya tuan-tuan dan puan-puan.

Hal keduanya, saya telah ditegur oleh pengawal keselamatannya kerana menangkap gambar rak buku ITNM yang ingin benar saya kongsikan kepada para pembaca tentang ANUGERAH buat kami para pembaca ini tentang rak ITNM ini. Ya, saya diminta untuk jangan ambil foto. Entahlah, saya tak tahu bagaimana lagi pencinta buku hendak berkongsi hal yang baik kepada kawan-kawannya tentang kemajuan MPH Mid Valley ini.

Baiklah, begini, ada dua perkara, malah berita baik buat para pembaca Sastera Malaysia.

Pertamanya, kelihatan koleksi buku berbahasa Melayu penuh dalam satu sudut di MPH Mid Valley, PENUH (menggantikan sudut buku-buku Nasrani yang kemungkinan kurang penjualannya). Malah tempat sasteranya juga bagus, bukan seperti yang berlaku tahun lepas apabila diletakkan (jauh) daripada pandangan pembaca. Malah ada pula rak PILIHAN MENARIK buat pelbagai buku terbitan pelbagai syarikat penerbit (dipilih oleh MPH, semacam Highlights atau Must Read). Syabas MPH Mid Valley!

Keduanya, ya rak buku yang mempamerkan buku-buku terbitan ITNM, wahhh! Saya sungguh teruja, malah sempat membeli beberapa buku terbitannya. Ada buku sastera Malaysia yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan ada juga buku antarabangsa yang diterjemahkan ke bahasa Melayu. Antara yang menarik adalah buku sastera Rusia yang dikumpulkan oleh Dr. Victor Pogadev (fonnya agak kecil), novel terjemahan Abdullah Hussain yang amat susah hendak dicari sekarang, novel terjemahan novel Shaari Isa yang amat ditunggu-tunggu, terjemahan Dunia Sophie (Sophie's World), dan pelbagai lagi judul-judul yang terus mengujakan saya (saya jujur, kalau saya tidak fikirkan wang, saya sudah tentu borong semua judul sastera di rak itu). Syabas ITNM! Syabas MPH Mid Valley kerana perkembangan baru ini!

7 comments:

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) said...

salam.
itnm apa ya?

Anuar Manshor said...

Memang pengawal di situ agak lorat, tapi itulah kerjanya. Kalau mahu gambar rak buku ITNM itu, aku ada. Mahukah? :)

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Fadli,
Saya salinkan posting tuan ini di blog saya http://universitipts.com supaya mesej tuan sampai ke pengetahuan pengurusan MPH Midvalley, sebab mereka memang membaca blog saya.

alifstyle said...

Syabas kepada semua pejuang buku Berbahasa Melayu. Nanti mahu tengok kedudukan komik temapatan pula di sana.

fadz said...

Affah, ITNM = Institut Terjemahan Negara Malaysia (betulkan Anuar?)

Anuar, takpe, tak yah..

Pn. Ainon, dialu-alukan puan, terima kasih.

alif, yeap, tapi cantik lagi kalau boleh letakkan sebelah menyebelah dengan komik barat dan manga..

Bunnybaby said...

Salam.

Kasihan, tapi janganlah lekas merajuk. Hairan juga, kerana setahu saya MPH Mid valley memang direka ruang dalamannya untuk pencinta buku berlibur. Mungkin pengawal baru kot?

Tambahan: jika mahu berlibur sambil membeli buku, singgah juga di Popular Book Store Ikano Power Centre. Ruang yang sangat luas dan selesa. Borders Berjaya kecik sangatlah ruangnya Fadz, tapi memang betul pengguna dibenarkan bersantaian di situ. Stafnya juga mesra pelanggan.

fadz said...

Oh, Popular Book Store terlalu besar.. huhu, tapi saya tak berapa suka Popular, tak tahulah kenapa, mungkin kerana namanya (opsss) atau koleksi judul majalah filemnya, entahlah, saya akan cuba sekali lagi, tk...

fasal mid valley itu, alah, biarkan, baru2 ini saja saya sempat membeli Into The Light nukilan Abdullah Hussain di sana, tapi mmg, saya takde kuasa nak duduk lama membelek buku..