Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Thursday, August 13, 2009

Mereka PUN Menghadapinya

Pada minggu lepas, saya telah menghadiri Festival Filem NETPAC-Asia Yogyakarta di Yogyakarta Indonesia sebagai pengkritik filem tempatan. Dalam satu sesi forum, ahli panel serta pengarah terkemuka Daun di Atas Bantal, Garin Nugroho telah memaklumkan beberapa realiti anak muda Indonesia sekarang.

Di antara yang menarik, beliau memaklumkan bahawa anak muda Indonesia sekarang, juga massa yang umum sudah tidak lagi mengambil buku sebagai bahan utama menimba maklumat. Bahan digital audio visual (filem, televisyen, video) merupakan bahan yang lebih cepat dan pantas dicapai oleh anak muda sekarang. Bahan digital buat Garin, membawa revolusi baharu, menggantikan bahan buku dan industri penulisan Indonesia.

Adakah ini benar?

Saya mengajukan soalan ini kepada seorang rakan panitia festival, Cik Frida. Cik Frida menyatakan dengan jujur, ada kebenaran dalam ungkapan kata tokoh pengarah itu, lebih-lebih lagi buat masyarakat umum di Indonesia. Hanya kota-kota universiti seperti di Yogyakarta, Bandung, pusat industri buku di Jakarta dan kemungkinan Surabaya yang pesat dengan pembelian buku sastera dan bukan sastera. Di kawasan lain Indonesia, memang buku dilihat sebagai hal yang menyusahkan untuk dibeli. Malah masalah novel popular lwn. novel sastera juga wujud, hanya tidak diendahkan dan diuwar-uwarkan seperti di Malaysia. Kebanyakan kawan di situ pun, kebanyakannya sudah tidak mengenali Anas K. Mihadrja, Armani Paje, Hamka, dan Putu Wijaya. Novel Pak Pram pun ada yang masih terkial-kial mahu selesaikan bacaan (kerana letih membacanya). Novel-novel serta majalah yang senang, padat dan cepat atau komik lebih disenangi oleh anak muda sekarang di Indonesia.

Jadi, apa lagi strategi yang perlu dibuat untuk memasyarakatkan sastera kepada khalayak yang gila digital dan bahan padat dan cepat zaman sekarang?

5 comments:

lutfi said...

Salam Fadz.
Ada satu syarahan perdana yang menyentuh hal ini di UKM. Budaya visual, aku lihat akan menjadi satu 'bahasa' anak muda khususnya pada abad 21. Ia telah dihuraikan oleh ramai orang, termasuk golongan futuristik - seperti Naisbitt. Malah, kerana budaya visual ini jugalah, ramai yang kecewa dan pesimis, termasuk nobelis - Naipaul yang bertindak tidak manu menulis novel lagi.
Aku ada menyentuh hal ini sedikit dalam kertas kerja aku di Perhimpunan Penulis muda di Air keroh tempoh hari. Mungkin agak keterlaluan, aku melihat budaya viusal ini punya potensi untuk 'mendinasorkan' sastera yang berasaskan sistem tulisan. Tapi bila aku lemparkan kepada khayalak - khayalak macam tak faham, atau buat-buat tak sedar.

rowena ridzuan said...

salam fadz,
maaf, ini tak berkenaan dengan post ini.

soalan 1:
sumbangan untuk ZINE sai fai itu hakciptanya masih pada penulis ke?

soalan 2:
sekiranya tak layak disiarkan untuk ZINE sai fai,boleh tak si penulis hantar pada penerbitan lain?

fadz said...

lufti, terima kasih kerana makluman.

Rowena:
1. hakcipta masih dgn penulis

2. Sudah tentu boleh hantar pada penerbit lain.

Unknown said...

Tntang ZINE,

brapa panjang setiap karya itu?

fadli akiti said...

gombong, pendek2 pun takpe.. 2-8 halaman ok lah