Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Friday, April 24, 2009

Kenapa Saya Tak Henti-henti Menonton Persembahan Lagu Untukmu






Baru selesai kerja di ofis (ya, Jumaat, tapi ada kerja!) dan bila sudah tensi, saya kadang-kadang buka You Tube untuk dengar lagu-lagu klip video yang bagus untuk hilangkan tensi, dan memang lagu ini dengan persembahan pada malam AJL oleh Meet Uncle Hussain (Ketemu Pak Hussain) merupakan persembahan yang terhebat pernah berlaku di siaran tempatan kita (buat saya). Campuran okestra dan rock malam itu paling menjadi antara kesemua (walaupun persembahan Faizal Tahir) persembahan AJL, malah banyak hal persembahan/lagu/seni kata yang mereka berjaya pecahkan tingkatan kompleksitinya.

Antaranya ialah, lihat wajah para kumpulannya serta penyanyinya: meletakkan solekan "Joker - Why So Serious" (sempena filem terbaik buat para remaja, Dark Knight dan status cult lakonan serta tragedi yang menimpa watak Jokernya) bukanlah satu perkara "bukan sengaja" (mengikut populariti cult waktu itu antara anak-anak muda) tetapi dilakukan dengan penuh erti dan sedar. Lihat wajah dan mimik penyanyi (dia menggunakan wajahnya yang kelihatan lucu tetapi sekali gus sedih, sekali gus tidak tentu secara subtle), dan anda bukan sahaja jumpa Joker (yang dipermainkan) sedih, tetapi coretan "The Scream" hasil artis tersohor, Edvard Munich!



The Scream menampilkan narotik dan keterasingan ekstrem individunya terhadap sekelilingnya (Semua ini mimpi ngeri? Di mana aku? - tanya kepala itu).

Lihat lirik Lagu Untukmu. Buat muda-mudi, ia merupakan lagu "putus dengan awek/balak". Sila selam lagi, ada mesej-mesej politikal yang tersimpan. Mereka (kita) tidak mahu menjadi boneka yang dikawal oleh jari-jari (pertubuhan, atau konsensus moral masyarakat). Mereka lain. Hal ini sekali gus berkait dengan perjuangan hak kemanusiaan (baik untuk feminisme, perkauman, agama dan seksualiti) dan, secara tidak sengaja menyampai maksud ketidaktentuan layar politik yang berlaku sekarang (rakyat - kuasa politik - individu - institusi berkait dengan perlembagaan negara).

Meet Uncle Hussain membawa perkara ini di dalam persembahannya: narkotik, anti pertubuhan, mempersoalkan kelaziman ("guna hati dan akal fikiranmu"). Ya, kita juga jumpa melodramanya (tujuan okestra, tujuan solekan air mata di pipi penyanyi, lirik seakan balada, permulaan yang lembut dengan mainan violin, dengar suara latar - satu pencerahan sedang berlaku, Meet Uncle Hussain mahu kita juga mengikut mereka mencapai pencerahan:), tetapi apabila kita dengar terus, kita jumpa semangat marah, protes, menolak dan "yang ingin dibebaskan" (dengar bagaimana penyanyi menjerit, seperti seorang bayi yang seksa, keluar dari "rahim" ibunya - ingin mencapai pencerahan untuk dibebaskan daripada mengikut konsensus dan kelaziman yang ditentukan institusi). Lagu ini melangkaui makna lazimnya, ini menyebabkan lagu ini, serta persembahan malam itu, antara sejarah buat Malaysia.

Saya berharap Meet Uncle Hussain mencipta banyak lagi lagu-lagu sedemikian yang mencabar, dan bukan menjadi sebuah "one hit wonder" sahaja.

Untuk kawan saya di Sungai Buloh yang penat bekerja dengan mendepani "establishment" seperti saya, saya tujukan lagu ini buat kamu.

1 comment:

Diana Afandi said...

Hmmm... Siapa agaknya kawan awak di Sungai Buloh itu ya...?