Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Saturday, April 11, 2009

Ke Kuantan dan Kuala Terengganu Untuk Tugas

Pada 6-7 April lepas, saya berpeluang untuk bergerak ke Pejabat KekWa Kuantan dan Kuala Terengganu (ya, memenatkan!) untuk menyampaikan borang dan syarat penyertaan Pertandingan Monodrama Adaptasi Cerpen Wilayah Timur anjuran DBP Wilayah Timur. Kuantan merupakan bandar "zaman MRSM" saya di mana saya belajar hidup berjauhan dengan keluarga untuk pertama kali (suka dan tak suka, ha ha). Buat pertama kali saya masuk ke dalam Kuantan (atau Kuantan Bharu!), saya terkesima, seperti rusa masuk kampung, saya semacam melihat sebuah bandar yang asing buat saya. Saya jadi lebih sedih apabila saya tak dapat menemukan MRSM Kuantan tempat saya belajar dahulu, menyedihkan kerana jalan-jalannya dan bangunan-bangunannya terlalu asing, menolak memori dan nostalgia saya jauh-jauh, memaksa saya menerima "pembaharuan" yang saya lihat di depan. Malah Kuantan dahulu bolehlah dibanggakan sebagai bandar terbersih seluruh Malaysia. Sekarang, ia tidak lagi begitu (kini, tampuk ini diambil oleh Kuching).

Adakah salah untuk aku ke belakang
melihat tanda-tanda yang ditinggalkan
oleh taulan dan lawan
dengan nama dan gerak yang tercoret
pada tiap pokok dan bukit

Dulu pokok-pokok dan bukit-bukit
menjadi milik kami, kerana nama yang ditinggalkan
kerana erti yang dinilaikan

Aku di tengah jalan-jalan asing
peta baru yang menolak pokok-pokok bernama
bukit-bukit bermakna
utara jadi selatan
tidak memilih untuk mengenal aku lagi
Ia boleh berdiri tanpa nama
diberi oleh anak-anak remaja
Hanya tertera
Nadi hidup untuk melupakan
Maju tuju untuk harapan.

2 comments:

zakri said...

oi datang terengganu tak call aku!

fadz said...

alah, kejap je, tak de masa pun nak dok rehat kat sinun..