Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Tuesday, March 10, 2009

Malam Gema Palestin & Wacana A. Samad Said


Ya, Azmeer atas pentas. Penonton jadi tak
keruan malam tu.


Caught ya! Masa depan negara di atas tangan dua
wanita ini yang tidak berhenti berceloteh sewaktu Pak Samad
bertitiah di atas pentas. Jangan salahkan anak murid ya jika
tidak memberi perhatian dalam kelas.


Penonton yang mencapai 1,000, pagi dan malam.

IPGM Kampus Kota Bharu,
24 Feb (9mlm - orang Kelantan budayanya suka ambil masa masuk dewan, terutamanya lelaki)25 Feb (9pagi - Pak Samad bercakap tentang diri dan buku, sayu dan getir, dengan Pak Norhisham menjadi pengacara sessi, yang wajahnya pertama kali saya lihat kelihatan seperti bayi, tiada dosa, dan beliau melihat saya dengan penuh sinis)

Menarik:
- Jangan gatal jadi pengurus pentas lain kali. Siksa, Tuhan saja yang tahu. Awak tu penulis, duduk dalam bilik menulis, bukan pergi luar cari orang dan suruh macam-macam.
- Maaf kata, tapi penyair muda malam itu lebih cergas dari penyair tua.
- Saya harap sajak-sajak kalian jadi doa.
- Maaf Pak Samad, tapi ada perbezaan antara puisi yang berkuasa bila dideklamasikan dan puisi yang berkuasa atas teks. Puisi yang Pak Samad baca malam itu elok dalam teks dan bukan untuk deklamasi, pagi itu, Di Balik Dinding Dewan adalah puisi yang sangat baik dideklamasikan.
- Maaf kata tapi Murai Bumi itu ialah sebuah simbolisme orang Melayu yang takut pada bayang-bayangnya sendiri.
- Suka bila Pak Samad mengaku beliau pernah berzina sewaktu remaja (dan tentu bertaubat!), lalu guru pelatih depan saya terganggu, saya ketawa di belakang, dan dia menoleh, "Betul ke Pak Samad macam tu?" Mat Rani kata, "Dah Lantai T Pinkie dan Salina tu apa?"
- Akhirnya Pak Samad mengaku, bahawa beliau sedikit menyesal dengan Al-Amin(apabila seorang peminatnya mengatakan itulah magnum opus Pak Samad), mengatakan kalau beliau tulis sekarang (selepas balik haji), banyak gaya dan teknik dan isi yang beliau tentu akan tukar. Ya, buat saya, Al-Amin itu gah dalam selok-belok bahasa dan acu sirah tetapi kosong dalam roh dan sentuhan tasawuf (kita tak merasa sayang, kita membaca sesuatu yang kering). Kemungikinan Pak Samad baru terasa sebegitu selepas balik dari Mekkah.

7 comments:

Anonymous said...

fadli, kdg2 majlis begini bergema di ruang kecil shj dan impaknya pun kecil. komen guru kena tgkap suka sembang2 tu... hahahah (kdg2 saya pun x tumpu perhatian jg semasa mesyuarat, perhimpunan dan dgr ceramah sb si tukang ckp tu ckp bnda yg saya x anggap pnting atau ngarut2 tp sy rasa dua guru ni dah mganggu org lain. lebeh baik depa kuar sembang kat luar daripada jd x sopan dlm mjlis) boleh jd org yg duk atas pentas tu kena lebih menarik- do something to atract audiens.
salam fadli.

fadz said...

hanisah, its not a matter of attracting the audience, its a matter of good etiquette and manners, and we, Malaysians seems to be lack of it. It doesn't mind if the person talking in front is a bore old man (for me, what Pak Samad's speech was very intriguing and highly important for the literary world, its a gem, such talks only happen in great literary gatherings). It would be better if the teacher trainee walk out of the hall AND TALK rather than interrupt the audience that are sitting there for the sake of hearing Pak Samad's speech. It's a matter of "keikhlasan" and it seems we Malaysians are not very aware of its implication. Pls Malaysians, be aware of this. If u dont like what u hear, or ure FORCE to attend the meeting, just raise up ur hand or just walk off.. it would do good for all of us.

Anonymous said...

maaf fad. betul kata fad, guru tu, tindak tanduknya menjadi teladan. saya tak kata sokong tindakan guru tu (rasanya dia dtg pun sb kena paksa dek pengetua). majlis begini (terutamanya sastera) pada masyarakat kita masih tiada maknanya. lainlah kalau acara hiburan, semua dtg nak jumpa artis. sebab itu saya ckp majlis begini masih belum mampu mengundang impak (itu pemerhatian saya - bukan pendirian saya) dan saya rasa kesal dgn mentaliti masyarakat yang masih memuja hedonisme.
bagi 2 guru itu - saya tidak buat mcm mrk. kalau saya x suka isi mesyuarat yg ngarut2 pun, saya baca buku atau majalah senyap2 - xkacau org.

napaknya komen saya dah jd salah fhm. boleh jd lain kali saya tak perlu bersuara. apapun, saya belum ucap tahniah krn bjaya menyempurnakan majlis besar ni. tetamu mencecah 1000 org memang satu kejayaan.
still :-)

fadz said...

hanisah, awak betullah, mesej tu bukan utk awak pun (walaupun awalnya ditujukan utk awak).. itu utk mereka yg mungkin akan cari alasan "aku tak patut berada di sini pun", dan ya, saya sokong cakap awak, baca buku atau majalah daripada berbual.. walaupun itu pun saya akan terkilan, haha..

tapi saya mmg teruja kalau mmg khalayak sastera 90% dtg utk sastera pada malam atau pagi itu, kerana konvensi sastera seperti KL Literary Festival yg ANTARABANGSA pun hanya dapat mengisi sekitar 30 orang dalam satu mejlis bicara. Dan tiu sesuatu yang antarabangsa malah lebih mengkagumkan pengisiannya..

Nazri said...

aku tak rasa Pak Samad mengaku dia pernah 'berzina' sebagai pengakuan menjolok alat kemaluan ke dalam kelamin wanita.

Mungkin 'berzina' itu perlu dibaca dan dihadam dengan lebih mendalam.

Ala, banyak benda yang kita tengok sampai nak kupas layer 18 lapis, alih-alih Pak Samad cakap macak tu kita ambik secara harfiah.

Ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh orang tua tu....

fadz said...

Nazri, ya, itu terletak pada pengertian masing2, malah aku anggap zina itu bermakna "hedonis" yang sememangnya hidup era zaman itu penuh dunia kabaret dan joget.

Anonymous said...

tiada puisi yang berkuasa atas teks atau puisi yang berkuasa bila dideklamasi... segala2nya terletak ditangan pempuisi sebenarnya. kalau dia berteriak, orang akan bersemangat dan beremosi, kalau dia bersahaja, orang hanya akan memandang..