Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Wednesday, October 15, 2008

Hadiah Hari Jadi Khas Buat Seorang Rakan

Kelmarin hari jadi seorang rakan. Dia sangat baik sebagai seorang rakan, saya yang teruk, selalu saja merajuk, tapi Alhamdulillah rakan saya pandai pujuk. Pertama yang saya sedari daripadanya, yang lain daripada kawan yang selalu saya berkawan, ialah gayanya yang tertib menawan, bila zaman-zaman sekarang, susah saja nak berteman, teliti susila dan adab yang mampan, rupanya ada juga yang masih kenal budi, dan tahu gerak laku menunduk diri.


Sebenarnya saya banyak belajar daripadanya kerana saya tahu diri saya kecil, lagi-lagi bila di kelilingi rakan-rakan yang hebat-hebat. Saya tahu dia seorang rakan yang baik, walaupun punya 'songeh' berjustifikasi. Tetapi biasalah, itu lumrah manisan manusia, dan itu yang buat dunia dan fahaman saya tentangnya berwarna-warni.


Ini adalah hadiah hari jadinya daripada saya, sebuah sajak. Emosi sajak ini senang, sudah tentu tentang lontaran suka-duka selama saya mengenalinya dan cuba memahaminya (atau mungkin sejak dia yang menyampah dengan perangai saya, haha). Ya, ia semacam satu semangat seorang budak menghadiahkan belon untuk kawannya pada satu pagi cerah selepas hujan semalam. Dan belon itu berwarna-warni. Saya takut juga kalau dia tak faham nanti, hehe.


Seronoknya Berkawan (buat Aima)

Seronoknya berjabat tangan
hingga mulut tak habis kamit
segala mantera tentang manusia
dan gunungnya
dan tumbuhan yang melata
hingga dalam gelap cahaya.

Seronoknya titih berjalan
hingga tak endah diketawa
oleh anak-anak hingusan
yang melatah tua dengan berahi
bila gigi payung bertemu tiang di tepi.

Seronoknya berhadap muka
bila buku dan bimbit jadi pemedih
dalam sekam yang memendam
untuk melantun ketidaksiuman.

Seronoknya madah bercakap
hingga seksa jadi manisan enak
yang kita kunyah dan hirap
hingga lumat
membentuk senyuman lengkap
di luar hujan mengetuk lebat.

Terima kasih kerana sanggup menerima tangan ini dalam permulaan.

3 comments:

Anonymous said...

Hihi..nanti bday i pun i nak pantun jugak tau...nak..hmm...present gak..nak makan sedap gak...nak..hmmm..apa lagi ye?..:)
-shana-

Anonymous said...

merci beaucoup pour un tres tres beau poeme mais je ne comprend pas.:)

Thanks for the friendship

fadz said...

ye la shana oi!!

Aimaz, wah, sekali dia cakap Peranchis lah (rujuk Pendekar Bujang Lapuk, hihihi)