Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Thursday, March 27, 2008

Ke Kursus Ke Kursus

bengkel
kertas

kerja
saya


Tiga hari berikut yang lepas, saya ke kursus, anjuran Bahagian Penerbitan Sastera DBP di Port Dickson. Pelbagai pengenalan kawan baru, rasa, dan imbau yang berlaku. Tetapi saya sedar sesuatu: kitaran yang sama tetap akan berlaku (gaya dan hasil penovelan) kerana kekangan daripada mentaliti yang tercipta daripada akta penerbitan, kebiasaan editor dan penulis. Hanya pengucapan daripada Dr. Anwar Ridwan serta seorang profesor dari UM membawa retorik dan pengharapan: perlunya satu kebebasan, baik penerbit, juga penulis untuk melangkau apa yang tidak pernah terjangkau. Saya mengambil beberapa contoh:

1. Penulis seperti Micheal Crichton atau Dan Brown BUKAN sasterawan. Hasil kerja mereka adalah berlandaskan 'popular' atau genre fiksyen spekulastik, malah hasil kerja ini sebenarnya kesinambungan daripada hasil kerja Amazing Stories dan beberapa majalah fiksyen sains, seram, fantasi dan detektif yang membangun utuh pada 50-an (selepas Perang Dunia Kedua). Hanya, fakta yang dikemukakan oleh Crihcton dan Brown itu yang 'sofistikated', dan diulam dalam bentuk detektif/misteri/seram/dll. Contoh 'sastera' yang keluar daripada fiksyen spekulastik ini (yang dipanggil pasca moden, menggabung satu pemahaman kepada satu pemahaman baharu, yang mana, nilai 'sastera' itu jadi samar) adalah Folcault's Pendulum yang ditulis oleh Umberto Eco (idea yang seakan sama dengan Da Vinci Code, ditulis lapan tahun lebih awal daripada buku Brown itu). Bahasa yang digunakan Crichton dan Brown adalah bahasa senang (strategi menarik pembaca yang memang 'takut' akan istilah sains dan bukan penggemar fiksyen sains), malah sederhana baik. Persoalan: adakah buku-buku hasil mereka boleh dianggap sastera dalam mentaliti pengkaji sastera mutakhir Malaysia? Apakah itu sastera?

2. Idea mengambil latar sejarah, dengan laras bahasa sejarah (kuno) sudah lama dibuat di Indonesia, malah sewaktu saya ke sana baru-baru ini, ada beberapa novel sebegitu yang keluar (tentang sejarah/fantasi konflik tamadun Majapahit). Malah, Saksila Lekir(1995) adalah sebuah contoh baik di Malaysia yang ditulis dengan baik oleh seorang Malaysia (saya belum membacanya, tetapi daripada pemerhatian yang saya terima, pembaca membayangkan ia sehebat Lord of the Rings hasil Tolkein itu). Beberapa hasil karya novel Anugerah Utusan turut menggunakan gaya sama. Di England kini, menjadi trend buat penulis menggunakan bahasa 'lama' (gaya Shakespeare, Wilkie Collins, atau Austen) dengan latar zaman lampau (Zaman Victoria dan lain-lain) dengan isu-isu yang agak moden (cth: Sarah Waters menggunakan gaya lama dalam menyulami persoalan feminsme dan lesbianisme pada abad 18- awal 19). Maka, persoalan Dr. Anwar tentang penggunaan bahasa 'lama' itu tampak berat sebelah dan sebenarnya kurang impak. Gaya-gaya begitu sudah banyak digunakan (contoh terbaik: Arjuna Hati), malah penulis seperti Gore Vidal sudah lama menggunakannya, malah kini, gaya itu diperlihat sebagai lapuk, kalau tidak pun berunsur 'popular' dan bukan sastera (seperti novel barat Alexander, Rome dan Cleopatra). Pengajaran: penulis perlu diberi kebebasan yang seluas-luasnya dalam menjemput aspirasi yang mereka 'senangi' dan mahu terokai. Di sini, berlakulah kesegaran, yang mungkin, editor sendiri tidak sedar boleh berlaku.

3. Penulis tampak sudah tahu ke mana mereka mahu pergi, malah, kebanyakannya mempunyai idea-idea bernas yang boleh dibangkitkan seupaya penulis antarabangsa. Satu kes baik: dalam kursus itu, diketahui beberapa penulis telah melakukan suatu penulisan bersama menghasilkan sebuah novel. Rencah kepelbagaian ini suatu perkara menarik dan ditunggu-tunggu berlaku dalam persada sastera. Saya ketahui, di Malaysia, terdapat novel yang dihasilkan daripada sistem novel bersiri E-Sastera.com. Sindiket Sol-Jah juga sudah melakukannya. Perkara yang menarik yang keluar daripada ini ialah, dari segi pendekatan pengkritik sastera 'mengenali' karya, ia perlu mengambil pendekatan yang berbeza dengan teori teknik yang mungkin berbeza untuk memahaminya (antara yang terbaik, pemahaman kepelbagaian identiti dalam menghegemoni sebuah idea yang satu). Di Indonesia sendiri, sudah tercipta beberapa novel sebegini. Adakah para penerbit takut 'melangkau' pembaharuan ini kerana masalah pembayaran royalti, atau para pengkaji 'pusing' kerana suatu pencerapan baharu yang tidak terikut dek minda lama?


Banyak yang saya belajar sudah tentu. Paling seronok, adalah melihat proses hasil kerja Azizi Hj. Abdullah (saya berterus-terang, saya tidak suka kelantangannya, tetapi saya suka idea-ideanya, ya, saya tidak suka orang yang terlalu lantang dan tidak tahu berlapik), di mana telitinya beliau menghasilkan satu-satu perwatakan atau latar. Sememangnya ia sangat mengujakan melihat hasil kajian/gambaran beliau.


Apa-apa pun dengan klise, kursus itu sememangnya membawa pengalaman manis buat saya yang dapat bertemu rakan-rakan baru dalam kelompok penulis muda. Dan saya begitu optimis, mereka akan, suatu hari nanti, mengubah latar sastera Melayu kepada suatu yang akan diikut-ikut orang.


8 comments:

Anonymous said...

u look sangat kurus in this pic..
eat more and jaga kesihatan..

Anonymous said...

:) rajinnya menulis huhu...keep up the good work - Saad

sinaganaga said...

Ya la, you look so kurus lately ni, eat more and work less la my pren!

I pun tak suka kat Azizi macam you jugalah (walau pun suka jugalah bukunya). Ha ha.

ulasbuku said...

Hai Fadli, bakpe mu nampok kurus kering ni? Tak cukup tidur? Kalu mu kahwin gerenti gemuk semula...:)

fadz said...

mickey, thx.

saad, u too bro..!

naga2, cant, dha sebati dlm darah!

mx, trimas!

Anonymous said...

Sdr Fadli,

Rayau-rayau jumpa blog anda.
Saya baru buat blog rahmatharounhashim.blog.com/. Novice lagi.

Anonymous said...

Jumpa blog anda dalam pelayaran maya.

Saya baru buat blog. rahmatharounhashim.blogspot.com/

Salam Karya.

fadz said...

Dr. Rahmat Haroun?? Terkesima saya!!