Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Wednesday, January 30, 2008

Sedang Sibuk Menghibernasikan Diri Untuk Novel Seterusnya



Salam,

Maafkan saya kerana sudah agak lama tidak memasuki blog dan melakukan penulisan. Sudah ramai penulis yang bertanya dengan buku-buku mereka yang sudah mereka berikan kepada saya, mengapa saya tidak mengulas atau berpetah seperti dulu. Maafkan saya kerana saya dalam proses menyelesaikan novel ketiga saya yang kiranya antara novel 'diam' yang hanya sesuai dibaca di kalangan kawan-kawan dan kenalan saja. Entah, saya rasa takut pun ada, rasa seronok pun ada, rasa sedih pun ada bila menulis novel ini (ibu saya selalu memarahi saya kerana terlalu terikut perasaan bila menulis cerita-cerita saya yang tak seberapa). Sebenarnya, projek ini dirancang oleh kawan terdekat untuk disatukan bersama karyanya. Saya pun tidak mahu menulis panjang, mungkin 100 halaman sudah cukup. Tapi kini, novel (atau novelet, saya tidak begitu pasti) itu sudah hidup dan berkembang dengan sendiri, ia meminta dirinya untuk membesar sendiri jadi saya iyakan dan biar ia membonceng tubuhnya ke titip pintu. Jadi kawan saya sedari, ia pun kata, biarlah bayi itu seorang. Saya biarkan. Isinya mungkin bukan kesenangan semua orang, sedikit rempah fantasi, sedikit seram, sedikit hal-hal masa kini, hal-hal yang menyentuh sisi gelap hati manusia (Dr. Rahman memanggilnya eksperimentasi tapi saya tahu secara sedar saya tidak berniat langsung menulis dalam kesedaran eksperimentasi), mungkin tidak sehebat Srenggege atau Naratif Ogoshonto, kiranya macam karya budak-budak mahu capai alamiah surreal lah kot.


Nama novel ini pun pelik:


Amnesia ialah ubat rindu kami kepada Hecate


ps: Saya akan ke malam Maskara 2 Februari ini memberi sokongan kepada sahabat membaca serta kenalan baharu (saya begitu teruja untuk mendengar sedutan filem Kamal Hassan dilakonkan oleh dua wanita Tamil kita, saya juga peminat Kamal Hassan!), dan ya, saya bawa bersama 'benda itu' kalau ada orang nak beli, dan ya, ada lagi vcd/dvd dan buku yang saya hamparkan untuk sapaan dan rampasan para hadirin (sepertimana yang diceritakan oleh Sinaganaga bila Jimadie Shah terus mencopet sebuah buku "Percuma ni?" lalu masuk ke dalam kantung seluar dalamnya, bangga betul saya) ...

7 comments:

Anonymous said...

Jumpa di sana. Minta Asain 4 buah bule?

Mardhiah

Anonymous said...

hye yang..
dah de sedutan kulit belakang ye??
hehe..
best of luck..
mmuuuaxx!!

Anonymous said...

'Batu'kan kami dengan novel/novelet ini nanti! Hohoho!!!
~o_O~ kangaq

Anonymous said...

kak mar, tak jumpa pon..!

mrs fadz, tq.sss!!

kangaq, aku batukan, kau kematukan, boleh? muahahahah

Unknown said...

gedembai? wah, cepatnya! kena sumpah dengan prof ke ni?

Tumpang lalu bosss. hihi

1 said...

kalau aku aku copek lagi. hehe. aku dapat bumi manusia dan pengantar ilmu makna. aku tangkap bumi manusia sebab mungkin aku kena 'sumpah' dengan pram, aku tak pernah boleh habisan baca tulisan dia. tak tau kenapa. thanks a lot.

fadz said...

ainin, prof dah sumpah telaga tujuh..!

jimadie, org kuat..ampun tuanku..! btw, lepas ni copek je banyak2