Saya Sedang Membaca

Kronikel Etanol oleh Hafizul Osman |Tunggul-tunggul Gerigis oleh Shahnon Ahmad | Atlantis: The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Santos | The Mind of The Malay Author oleh Muhammad Haji Salleh | Joseph Anton: A Memoir oleh Salman Rushdie

Wednesday, July 11, 2007

Maskara 2: Antara Gugup & Gempita

I, who stand alone
Waiting to be devoured
by the masses

Maskara 2 berlangsung lagi pada 7 Julai 2007. Saya begitu terharu apabila kebanyakan daripada kawan-kawan saya seperti Adam, D', Ted, Azlina (dan kawannya, Nana), Jude (dan kawannya), Junaidi serta saudara saya, Fasha datang pada malam itu untuk memberi sokongan. Yang lain itu, biarlah saya fikirkan yang baik-baik sahaja, walaupun mungkin, saya akan fikir dua kali jika mereka menjemput saya untuk majlis-majlis mereka (haha, acah saja).


Acara itu begitu meriah, malah lebih 'peluh' dari acara Maskara yang pertama. Pembukaan daripada Attokz sebagai juruacara membuatkan malam itu penuh dengan rasa 'zaman-zaman silam istana Melayu'. Saya anggap, beliau antara juruacara yang terbaik yang pernah saya hadiri dalam majlis sastera Melayu, kerana skrip beliau, penuh dengan bunga-bunga dan kekuatan dan kelantangan beliau menarik para penonton ke pentas, membuat saya lebih berdegup kerana saya sendiri dijemput untuk membaca karya saya nanti.


Acara dimulakan dengan kumpulan Gemala Kasturi dengan mainan gendang dan serunai mereka yang mengasyikkan, mengena gaya Attokz yang menitah seperti hulubalang (tok dalang) di raja yang memberitakan majlis malam itu yang penuh kemeriahan.


Spyz memulakan pembacaan dengan sajak "Aku" Chairil Anwar. Spyz agak gugup, tetapi cuba membaca dengan lancar karya "Aku", di mana saya sedikit terkilan, kerana, walaupun idea pembacaan karya itu sebenarnya boleh membaca "apa-apa" yang diingini oleh penulis, semahu-mahunya, penulis itu membaca karyanya sendiri untuk dikongsi dengan penonton. Apa-apapun, percubaan Spyz itu perlu dikagumi kerana keinginan beliau memaparkan, dan sehingga kini, bahawa pengaruh Chairil Anwar itu setentunya ada dengan beliau, juga kita sebagai penggemar atau pun penulis susastera Melayu, dan sentiasa akan memberi penghargaan kepada penyair nusantara berwibawa ini.


el-Maniq dan Esis kemudiannya memberi satu persembahan yang provokatif, dengan menampilkan pentas itu sebagai 'tandas', lalu memaparkan satu persembahan pentas (bukan sepenuhnya pembacaan karya) tentang kepenggunaan dan kuasa kapitalisme terhadap rakyat (dengan simbol rokok). Ideanya kuat dan memberi himpunan fokus terhadap khalayak malam itu, walaupun mungkin, kita mahu mendengar dengan lebih 'berkuasa' lagi retorika yang berjalan pada malam itu melebihi MISI Faisal Tehrani, tetapi bagi saya, persembahan itu sudah cukup memaparkan idea yang mahu disampaikan oleh kedua-dua kumpulan duo dinamik itu.


Azwan Ismail kemudiannya menghantar 'sihir' kepada kami semua dengan pembukaan sajak "Aku Sihir Kau"nya. Bagi saya, walaupun Azwan malam itu agak sedikit gugup, dan tidak selantang persembahannya pada pembacaan sek-san, beliau membuka keberanian yang baharu dengan sajak-sajak beliau yang sememangnya provokatif dan sangat mendalam. Sajak "Aku Sihir Kau" itu pun, memberi kekuatan lapisan yang dalam tentang kepelbagaian kuasa manusia mempengaruh, baik dari segi fizikal (politik, manusiawi) sehinggalah spiritual (tahyul - kuasa Tuhan). Pendalaman beliau denga puisi-puisi beliau boleh lagi didengar dengan sajak "Mari Berbunuhan" yang boleh saja diertikan sebagai sindiran pergaduhan/persengketaan bodoh, baik dalam mana-mana jenis persengketaan dua pihak yang berlainan pendapat, baik dua buah negara sehingga dua orang individu. Paling penting, beliau jujur dalam sajak-sajak beliau, walaupun menyindir, dengan memaparkan seadanya keinginan manusia itu, dalam kelemahan (atau boleh saja dilihat sebagai kekuatan) dalam menegakkan idealisme mereka masing-masing. Dengan itu, beliau mengakhiri pembacaan beliau dengan sebuah sajak 'beat', untuk memaparkan pengaruh beliau yang datang daripada kuasa kumpulan penyair itu.


Alif Firdaus pula telah membawa keseronokan (setelah pelbagai keseriusan dalam ketawa) bagi khalayak dengan persembahan silap matanya. Memang membawa geli-hati dan keseronokan warna-warni pada malam itu.


Kemunculan saya pula membaca, perlulah saya katakan, begitu gugupnya saya kerana, berhadapan dengan penonton sememangnya lebih menakutkan dari masuk bertemu dengan doktor gigi. Tidak perlulah saya, fakir yang hina ini menjelaskan kebobrokan yang saya lakukan pada malam itu.


Pyan Habib pula membawa semangat tinggi, seakan bukan mendeklamasi sajak, tetapi meluahkan manifesto keinginan dan penghormatannya terhadap malam pembacaan karya itu, susastera dan perjalanan susastera itu yang dilaluinya dahulu. Teringat saya dengan 'Bard' atau panglipurlara Istana dahulu, yang memberi kuasa puji-pujian dan semangat kobaran terhadap khalayaknya untuk mengerat semangat berperang/beringat-ingat atau apa-apa, Pyan Habib sememangnya seorang penyair yang sangat disegani kerana karismanya.


Selepas itu, beberapa pembaca yang turut membaca sewaktu sessi 'open mike'. Esis sekali lagi ke pentas dengan persembahan yang paling diingati, UKI bersama el-Maniq, memaparkan nafsu dan keinginan manusia itu tidak pernah ada akhirnya.


Mat Jan turut mengambil pentas dengan karyanya yang cukup membawa nostalgia tentang anak-anak muda cuba membangunkan sebuah kumpulan 'rocker'- satu persamaan dengan filem Mamat Khalid itu, dengan 'wit' dan mainan bahasa Mat Jan yang amat segar dan menyeronokkan.


Atokkz juga turut membaca karyanya yang begitu mengasyikkan dan sindiran, beliau ini akan mengikut rentak penyair tersohor kita usman Awang.


Roy turut membaca karyanya dari Mantra, suatu luahan jujur tentang manusia yang tidak hipokrit mendepani masyarakat yang normanya 'talam dua muka'.


Taf Teh pula (awek ini banyak namanya) meluahkan dua sajaknya dari Mantra, dua-duanya sajak kuat (walaupun kita agak tidak dengar suaranya) tentang kemanusiaan dan kesakitan manusiawi yang dirasai oleh beliau. Beliau adalah di antara penyair yang perlu diberi tumpuan pada masa-masa hadapan.


Nimoiz TY juga turut akhirnya memberi persembahan dengan sajaknya yang menyindir tentang manusia yang susah mahu ikut tatasusila lagi, menutup tirai pembacaan karya hari itu.
Bagi saya, kepelbagaian Maskara 2lah yang membuatkan majlis itu sungguh meriah (daripada karya sehingga makanannya), kerana kebagusan susunan persembahan yang membuatkan penonton tidak penat dan resah. Walaupun saya agak terkilan apabila beberapa penonton biasa yang saya tanya, mereka menyukai 'kelantangan' dan 'persembahan terbaik jatuh kepada'. Apakah mereka ingat ini satu peraduan seperti AF? Memang itu baik, memberi nilai terhadap beberapa persembahan, tetapi mereka juga perlu ingat, malam itu ialah malam PEMBACAAN. Yang penting, dan paling penting ialah pembacaan karya itu SAMPAI kepada khalayak, walau bagaimana kelakar atau seriusnya pembacaan itu. Adakah bila pembacaan itu tidak ada 'lawak', maka persembahan itu 'membosankan' seterusnya? Dari situ sahaja, kita boleh membaca khalayak jenis apa yang kita 'produce' dalam budaya mengaprisiasi susastera. Memang ia tidak salah, tetapi kerana itu, kebagusan Maskara bila mencampur-baru seronok, geli hati berserta karya-karya serius, melankolis serta provokatif, untuk memaparkan kepada khalayak biasa yang sentiasa mahukan keseronokan, dalam hidup manusia ini, lapisan realitinya lebih dalam dari apa yang mereka sangkakan, dan itulah yang berjaya dipaparkan oleh Maskara 2 malam itu.

17 comments:

Amir Mukhriz said...

i. aku sendiri kurang setuju jika ada yang membicarakan 'siapa yang terbaik' di kalangan pembaca naskhah. ini sebenarnya majlis santai. santai tetapi memberi 'makna' di dalam erti kata hubungan dua hala antara pembaca, pendengar, dan bahan bacaan yang menjadi 'isi' pada hubungan yang dibentuk itu. aku tak mau satu hari nanti, ada yang menolak untuk menjadi pembaca naskhah maskara, dengan beralasan, 'aku tak pandai, tak tere, macam yang lepas-lepas'.

ii. aku suka fragmen yang kau pilih untuk baca. sejujurnya, aku sangka, mark itu, mak. bila aku dah sedar yang mark itu mark, baru aku teruja dengan beat 'jangan pandang belakang' yang kau tampilkan.

iii. tahniah :)

fadz said...

maafkan saya kawan, memang saya mahu membuka satu 'pendahuluan' tentang Rogue dan Mark di dalam asrama anak yatim yang dijaga oleh biarawati tu, tapi dah sampai ke depan, saya jadi 'blank', huhuhuhu..

Tifani Teh said...

Apa, mak tu bukan emak?

Ok fadz, lain kali kita semua jangan label2 siapa pembaca MASKARA terhebat. Berfikiran positif, kesilapan dan kelemahan penonton boleh diperbaiki.

Dan, tahniah kepada si 'transformer' yang mampu mengghairahkan Caya Langkara. Uhuk...

fadz said...

wah, tifani, jgn lah ambil pusing dan perasaan...bukan awak yang saya maksudkan.. saya saja je tanya beberapa org luar golongan penulis mlm itu. Dan juga tentangan saya terhadap Azman Ismail yang memperlekehkan anak-anak muda mlm itu dengan laporan Utusannya, mengatakan anak-anak muda ini (kita) cetek ilmu dan cuba lihat kehebatan Pyan Habib.
Ia semacam menyuruh anak pipih ikut ibunya mengarak matahari, sedang anak pipih itu sudah sedia tahu kematangan ibu pipih itu (bukankah jemputan Pyan mmg bertujuan utk kita mempelajari sesuatu, serta satu penghormatan tinggi kepada kewibawaan beliau dlm dunia penyairan Melayu ini? Maka apa perlunya Azman jadi polis dan tok guru mengajar kami yg dahagakan ilmu?). Takkah Azman itu 'bengap' sedikit? tapi yang penting, misi Maskara mlm itu berjaya dengan warna-warni. Itu yg saya suka.

Serunai Faqir aka SF said...

Saya dengar baca novel sdr tempohari, bagus sekiranya diterbitkan. Jangan mudah kecewa sekiranya manuskrip ditolak. Teruskan sahaja perjuanganmu.

fadz said...

terima kasih SF :)

ajami said...

Salaam fadz..

tompang lalu.. aku terbaca kat majalah KLue psl website/contest nih!... dateline 24july!... cepattt!

http://www.apostrophegallery.com/

ajami said...

Salaam fadz..

tompang lalu.. aku terbaca kat majalah KLue psl website/contest nih!... dateline 24july!... cepattt!

http://www.apostrophegallery.com/

hani_chan said...

June 8, 2007 2:37 AM
fadz said...
nazrulhani, terima kasih..rajinny awak, tiga blog!


hi fadz...
2 of the blogs were recommendatn of my courses...
the latest blog is 4 sesaja...rasa cam ada x kene je bl x blogging nih ;-P

ewahh...kali nih awk salah sorg pbaca naskah ekk...congrats! cam best jer MASKARA tu...rs cam nk pegi jer...ble ker??!

hani_chan said...

salam fadz...
ewah dr pendengar+pkritik...awk da jd pbaca naskah MASKARA 2 ekk! congrats!...curious to now 'kebobrokan' u'v done...errr stage phobia???

2 of my blogs were for my courses...the latest-my words- is just to fullfil my needs in being an active blogger...rasa cam jeles jer tgk blog awk...ngeh! ngeh! ngeh!

fadz said...

wah, mmg rajin..
pegilah, saya dah habis turn, next month, 4 of august org lain pula:)

hani_chan said...

alamak...on the 4th august tu sy tlibat dgn camping sekolah la plak...huhuhu :-(

mohamadkholid said...

baru jumpa blog sdr...

fadz said...

takpelah Hani...pegi kem, ikut kempen kerajaan.

en kholid, salam dan marhaban.

hani_chan said...

iyer la tu...
almaklumlah...
"SAYA YANG MENURUT PERINTAH"
kene plak sy dilantik oleh GPK ko-ku sbg penolong kem komandan 3...aisey boghek botu tugas kali nih :-(

zubin said...

ada cerita menarik dari Melaka, pasal transeksual, hari tu pun kita dah buat Selipar Jepun, ada jugak isu tu. Lawatilah www.svarnabhumi.blogspot.com dan www.saloranseni.blogspot.com

fadz said...

hani, maap le, hehe

zubin, okays... me, myself belum tonton lagi.