Tajuk: Kitab Pengetahuan Hantu Malaysia
Susunan: Azhar Abdullah
Terbitan: Matahari Books
Susunan: Azhar Abdullah
Terbitan: Matahari Books
Tahun: 2008
Sinopsis:
Buku ini mengupas beberapa persoalan yang selama ini tak berani ditanya. Kenapa wanita-wanita yang kematian suami lebih menyenangi Hantu Raya? Bagaimana cara untuk menangkap kepala yang terbang bersama-sama ususnya? Apakah yang harus kamu lakukan jika kamu mendengar bunyi "kak-kak-kak" di tengah malam? Terokai asal-usul, sifat-sifat dan tumit-tumit Achilles roh pelabagai bangsa yang menghantui Malaysia.
Sinopsis:
Buku ini mengupas beberapa persoalan yang selama ini tak berani ditanya. Kenapa wanita-wanita yang kematian suami lebih menyenangi Hantu Raya? Bagaimana cara untuk menangkap kepala yang terbang bersama-sama ususnya? Apakah yang harus kamu lakukan jika kamu mendengar bunyi "kak-kak-kak" di tengah malam? Terokai asal-usul, sifat-sifat dan tumit-tumit Achilles roh pelabagai bangsa yang menghantui Malaysia.
Rasa:
Sememangnya buku ini layak untuk leksikon setiap peminat seram Malaysia, baik filem atau buku. Bukan kerana apa-apa, tetapi genre sebegini hanya sekali dalam berdekad lama baharulah kita dapat ketemu sesuatu yang selamba dan sesegar ini.
Koleksi "hantu" Danny Lim ini kiranya berjaya mengumpul pelbagai "hantu" yang menggelarkan Malaysia sebagai tanah kubur mereka. Apa yang menarik, kitab ini juga mahu menyamai (atau tidak pun menggelarkan dirinya sebagai sebuah) satira buku komik, A Devil's Dictionary susunan Ambrose Bierce yang melampirkan "perbendaharaan kata" tentang Iblis "dan sekutunya" dalam permainan humor. Hantu lebih "melangkau" kerana bukan sahaja mempamerkan "hantu" (secara seloroh: lihat Hantu Kum Kum dan Orang Minyak dalam buku ini) tetapi fungsi dan sejarahnya yang benar secara pendokumentasian serta masih "menggeletek" kita dengan kaitan politik/tabloid/semasa dan budaya popnya.
Kumpulan "hantu" ini termasuk juga hantu-hantu dari Sabah dan Sarawak, kaum Cina dan India Malaysia dengan semangat tempatan. Anda bolehlah pilih hantu kesayangan anda di dalam buku ini (seperti mana saya ketahui seorang kenalan saya yang memang menyayangi dan menyimpan Anak Kerak dan banyak menggunakannya apabila masuk mahkamah untuk mengacau peguam lawan atau menyusahkan menantunya yang dia benci).
Terjemahan dilakukan oleh Ahmad Kamal Abu Bakar, yang sedikit-sebanyak telah mengurangkan rasa "gelihati" yang ada dalam karya asal Danny Lim, ini adalah kerana proses terjemahan Ahamd Kamal kadang-kadang terlalu "langsung", ia menjejaskan maknanya dalam bahasa Melayu. Contoh yang paling tampak ialah:
Hantu-Hantuan
Satu nama yang amat sesuai untuk roh gema yang tinggal di dalam hutan.
(Hlm. 42)
(Hlm. 42)
Pun begitu. pengisian dan persembahan buku ini sendiri sangat menarik. Ilustrasi yang dibikin oleh Mohd Kadir (dekat dengan gaya ilustrasi Clive Barker buat saya!) sememangnya menarik dan menjelmakan alam gelap yang mistikal sekali gus menyeronokkan. Sebuah buku yang sememangnya dibuka pada setiap malam kliwon!
4 comments:
Saya bukan peminat hantu, tetapi bila baca review yang ini, rasa mahu memilih salah satu hantu juga untuk diminati dari buku ini.
hah bacalah aku merapu komen pasal even kat final tu, tapi beum habis, dah pukul 5pagi kat us, jap lagi nak gi kelas plak, kena buat readinglah! Aku kat Brown University, Rhode Island
tidak silap saya, pengarang Maskiah Masrom telah merujuk buku ini untuk menghasilkan karya beliau. namun menurut beliau, deskripsi beliau tentang alam ghaib berdasarkan buku tersebut, ada kesilapan sehingga ada orang yang menyatakan 'org di belakang marah'!
najibah, boleh baca, tapi saya syorkan edisi Inggerisnya.
dr. zul, waoooohh..
Salam Ilham, ahh, menarik, boleh diperpanjangkan kepada danny lim.
Post a Comment