Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Thursday, September 11, 2014

Jemput Hadir: Wacana Fikrah Ummah ke-8


Siri Wacana Fikrah Ummah ke-8

“Manusia Beradab ke Arah Modenisasi Alternatif”

YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud


18 September 2014 (Khamis) | 9:00 pagi | Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud ialah seorang ahli falsafah, pentadbir pendidikan, aktivis Islam, dan penyair. 

Pada tahun 1988 hingga 2002, beliau merupakan seorang perintis dan bekas Timbalan Pengarah Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (International Institute of Islamic Thought and Civilization, ISTAC). Beliau diundang ke ISTAC oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas untuk membantunya dalam hal ehwal akademik, pelajar, penerbitan, dan perpustakaan di ISTAC sehingga menjadi salah satu pusat pengajian Islam terulung di dunia Islam. 

Kini beliau bertugas sebagai Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia. Beliau juga pernah diangkat sebagai tokoh Karyawan Bulan Ini dalam Dewan Sastera September 2012. Beberapa buku, monograf dan makalah beliau dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, Turki, Jepun, Parsi, Rusia, Bosnia, Macedonia, Tamil, Mandarin, dan Arab.

Thursday, July 29, 2010

Tidak Akan Mengulas Karya Sai-Fai Di Sini

Salam,

Hanya mengumumkan, saya tidak akan mengulas novel/cerpen sai-fai di sini, sebagai ganti, akan diulas dalam laman Sai-fai.com yang sudah dibangunkan. Saya mendapat azam ini setelah habis mengulati novel Revolusi Nanik tulisan Nurul Izwazi Mohd Nor. Ya, ulasan itu akan dimasukkan dalam laman tersebut. Ulasan-ulasan saya yang lepas akan turut dimasukkan dalam laman itu.

Maka berkunjunglah ke Sai-fai.com.

Thursday, April 15, 2010

Alhamdulillah, Saya Menang :)



Yey! Tak pernah tau menang hal-hal kebangsaan ni.. hehe.. Terima kasih para penyokong, panel juri (Datuk Baha Zain dan Shaharom TM Sulaiman tu! GULP) dan ITNM.. sahlah, bahan karya Faisal Tehrani ni berhantu ah, sesiapa yang sentuh, mesti dapat emas.. macam sentuhan Midas!

Tahun depan buat lagi eh ;)

KUALA LUMPUR 15 April - Wartawan Utusan Malaysia, Mohd. Khuzairi Ismail muncul pemenang Peraduan Ulasan Buku Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) yang berlangsung dari 21 Februari sehingga 13 Mac lalu.

Wartawan Eksekutif di Meja Rencana itu memenangi peraduan berkenaan menerusi ulasan buku 'Keberanian Menggapai Harapan' dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Tempat kedua pertandingan itu dimenangi pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Muhammad Fadhli Al-Akiti menerusi ulasan buku The Prau With The Silent Soul dan membawa pulang wang tunai RM3,000.

Perunding pembangunan perniagaan, Faizal Riduan yang mengulas buku 'Adab Dialog Dalam Islam' pula memenangi tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengerusi ITNM, Datuk Dr. Sharuddin Md. Salleh dalam satu majlis di sini hari ini.

Dalam ucapannya Sharuddin berkata, peraduan yang dianjurkan menerusi blog dan laman sosial Facebook itu berjaya meningkatkan jualan buku terbitan ITNM melalui laman E-Beli Belah institut berkenaan.

Menurutnya, peningkatan jualan buku itu berikutan komen positif yang diterima daripada pengguna blog dan Facebook tentang peraduan berkenaan.

''Ia juga telah meningkatkan rakan laman Facebook ITNM daripada 1,500 orang kepada 3,442 orang sehingga hari ini. Peraduan ini bertujuan menghargai pembeli dan pembaca buku terbitan ITNM selain mahu menggalakkan budaya mengulas buku berdasarkan bahan yang dibaca," katanya.

Jelasnya, sebanyak 75 penyertaan diterima daripada individu berlainan latar belakang dalam peraduan itu.

Menurut Sharuddin, peraduan itu diharap dapat memugar budaya membaca dan meningkatkan aktiviti intelektual di kalangan masyarakat sekali gus meningkatkan produktiviti industri penerbitan buku di Malaysia.

Katanya, ini kali pertama Facebook digunakan sebagai medium pengantara peraduan berdasarkan aliran semasa yang memperlihatkan kecenderungan penggunaan laman sosial itu di kalangan masyarakat dunia.

Peraduan itu memerlukan peserta menulis ulasan buku-buku terbitan ITNM sama ada di blog atau nota Facebook peribadi dan kemudian alamat URL paparan ulasan buku itu dipautkan ke laman Facebook ITNM iaitu www.facebook.com/klikITNM.

Sebanyak 70 markah diberikan oleh pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang mengunjungi gerai ITNM manakala 30 markah diberikan oleh juri profesional.

Thursday, April 8, 2010

PENGUMUMAN PENTING KEPADA PESERTA BENGKEL PENULISAN SCI-FI & FANTASI



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia:

Kepada para peserta Bengkel Penulisan Sci-Fi dan Fantasi pada 13/6/2010. Mohon sediakan sebuah sinopsis atau rangka cerita atau rembesan idea yang hendak ditulis, lebih-lebih lagi untuk penulisan fiksyen sains. Idea berbentuk peta minda turut dialu-alukan.

Bawa idea/sinopsis/rangka cerita anda pada hari bengkel nanti. Atau e-mel kepada: fadliakiti@gmail.com sebelum 10/6/2010.

Terima kasih.

Fadli al-Akiti
Layari: http://ejenmanuskrip.blogspot.com/

Sunday, February 21, 2010

ANTOLOGI PUISI SEMPENA DENGAN HARI GURU

Sempena dengan sambutan Hari Guru pada setiap bulan Mei setiap tahun (16 Mei ), Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) dan Persatuan Penulis Selangor (PPS) berhasrat mengumpulkan dan seterusnya menerbitkan 1Antologi Puisi HARI GURU.

Justeru, KALAM dan PPS mengalu-alukan dan dengan berbesar hati menjemput semua para penyair dan penulis untuk menghantar karya masing-masing yang berbentuk puisi. Kepada setiap penyair dan penulis, setiap puisi yang ingin dihantar mestilah memenuhi ciri-ciri berikut, iaitu:

i) Taksiran puisi adalah terbuka, iaitu sama ada berbentuk tradisional (pantun, syair, nazam dan gurindam) atau moden (sajak).

ii) Tema puisi pula mestilah tentang jasa, pengorbanan, penghargaan dan seumpamanya tentang guru.

iii) Panjang sesebuah puisi tidak lebih daripada tiga (3) muka surat, kertas A4, ditaip langkau dua baris, jenis tulisan Arial dan saiz huruf 12.

iv) Setiap penyair dan penulis boleh menghantar tidak lebih daripada tiga (3) buah karya masing-masing.

v) Panel penyelenggara berhak untuk memilih puisi yang sesuai untuk diterbitkan dan akan memaklumkan kepada mereka yang terpilih.


Sebagai makluman kepada penyair dan penulis yang karya mereka terpilih dan tersiar, bayaran honorarium dan senaskhah antologi akan diberikan secara percuma. Oleh itu, setiap penyair dan penulis yang menghantar karya mesti menyertai sekali biodata ringkas dan alamat surat-menyurat dan no. telefon untuk memudahkan urusan penerbitan dan pemakluman.

Tarikh akhir penyerahan puisi adalah pada 25 Mac 2010 dan kepada penyair dan penulis yang berminat, sila kirimkan puisi tuan/puan melalui e-mel kepada Saifullizan Yahaya (saif@dbp.gov.my atau saif_hati@yahoo.com.my) atau Muhamad Ikhram Fadhly Hussin (ikhram@dbp.gov.my atau pahlawan313@yahoo.com.my) sebelum tarikh di atas. Untuk pertanyaan lanjut berhubung penerbitan antologi puisi tersebut, bolehlah menghubungi saudara Saifullizan Yahaya (016-3018645) atau Muhamad Ikhram Fadhly Hussin (012- 2908429).

Monday, July 6, 2009

Bengkel Cerita Rakyat DBP Wilayah Timur

Wah, ramainya!
Bapak Norhisham Mustaffa
memberi bimbingan

Paling kanan ialah Pak Nazel Hashim, sasterawan
terkenal yang banyak menghasilan novel kanak-kanak
yang bermutu serta memang amat terkenal dengan
cerpen-cerpen cerita rakyat luar negara.



Sunday, March 22, 2009

Pemenang dan Senarai Pendek Peraduan Novel MAIDAM dan DBP Wilayah Timur

Buat Pn. Nisah Haron,

Beberapa manuskrip novel telah dinilai dan daripada jumlah manuskrip itu, lapan manuskrip disenarai pendekkan sebagai manuskrip yang layak. Hanya tiga pemenang yang disediakan dan mereka adalah:

Wahyu Batu Bersurat oleh Abdul Fatah bin Abdullah
(Pemenang Utama)

Angin Dari Ulu oleh Azaha Othman
(Pemenang Kedua)

Ke Hujung Usia oleh A. Rahman CM
(Pemenang Ketiga)

Lima manuskrip novel lain yang tersenarai dan diiktiraf dalam senarai pendek termasuk (tanpa nama penulis):

Di Hadapan Masjid Al-Muqarrabin

Jihad

Menggapai Impian

Musafir Tak Bernama

Penjelmaan

Tuesday, March 10, 2009

Malam Gema Palestin & Wacana A. Samad Said


Ya, Azmeer atas pentas. Penonton jadi tak
keruan malam tu.


Caught ya! Masa depan negara di atas tangan dua
wanita ini yang tidak berhenti berceloteh sewaktu Pak Samad
bertitiah di atas pentas. Jangan salahkan anak murid ya jika
tidak memberi perhatian dalam kelas.


Penonton yang mencapai 1,000, pagi dan malam.

IPGM Kampus Kota Bharu,
24 Feb (9mlm - orang Kelantan budayanya suka ambil masa masuk dewan, terutamanya lelaki)25 Feb (9pagi - Pak Samad bercakap tentang diri dan buku, sayu dan getir, dengan Pak Norhisham menjadi pengacara sessi, yang wajahnya pertama kali saya lihat kelihatan seperti bayi, tiada dosa, dan beliau melihat saya dengan penuh sinis)

Menarik:
- Jangan gatal jadi pengurus pentas lain kali. Siksa, Tuhan saja yang tahu. Awak tu penulis, duduk dalam bilik menulis, bukan pergi luar cari orang dan suruh macam-macam.
- Maaf kata, tapi penyair muda malam itu lebih cergas dari penyair tua.
- Saya harap sajak-sajak kalian jadi doa.
- Maaf Pak Samad, tapi ada perbezaan antara puisi yang berkuasa bila dideklamasikan dan puisi yang berkuasa atas teks. Puisi yang Pak Samad baca malam itu elok dalam teks dan bukan untuk deklamasi, pagi itu, Di Balik Dinding Dewan adalah puisi yang sangat baik dideklamasikan.
- Maaf kata tapi Murai Bumi itu ialah sebuah simbolisme orang Melayu yang takut pada bayang-bayangnya sendiri.
- Suka bila Pak Samad mengaku beliau pernah berzina sewaktu remaja (dan tentu bertaubat!), lalu guru pelatih depan saya terganggu, saya ketawa di belakang, dan dia menoleh, "Betul ke Pak Samad macam tu?" Mat Rani kata, "Dah Lantai T Pinkie dan Salina tu apa?"
- Akhirnya Pak Samad mengaku, bahawa beliau sedikit menyesal dengan Al-Amin(apabila seorang peminatnya mengatakan itulah magnum opus Pak Samad), mengatakan kalau beliau tulis sekarang (selepas balik haji), banyak gaya dan teknik dan isi yang beliau tentu akan tukar. Ya, buat saya, Al-Amin itu gah dalam selok-belok bahasa dan acu sirah tetapi kosong dalam roh dan sentuhan tasawuf (kita tak merasa sayang, kita membaca sesuatu yang kering). Kemungikinan Pak Samad baru terasa sebegitu selepas balik dari Mekkah.

Friday, January 23, 2009

5 Penyair Kelantan Menapak di Stadium Kota Bharu









Patutlah Kelantan bumi bertuah. Semangat solidariti dan kesatuan terhadap sesaudara Islam tidak pernah dikesampingkan. Seperti yang diucapkan oleh wakil Siam di Kelantan pada Malam Perhimpunan Misi Cakna Palestin itu, "Jika dicuit pipi kiri, pipi kanan pun sakit juga." Pada 23 Januari 2009 itu juga, masyarakat Kelantan dan khalayak luar dapat mengenali 5 penyair Kelantan yang mendeklamasikan puisi khas buat pencabulan Palestin oleh Israel. Kesemuanya, Abham T.R., Abdul Hadi Yusof, Aminuddin Mamat (slot malam), Anuar Musa dan Fauzi Amir Gus telah melontarkan isi hati kebanyakan penduduk Islam terhadap keganasan tentera Israel terhadap anak-anak yang tak bersalah dan dianiayai. Rasa terpegun itu ada. Malah, pertama kali saya menonton bacaan puisinya di mana orang menggeleng kepala, menutup mata dan senyap, tiba-tiba menjerit takbir, menghayati setiap bait-bait penyairnya. Alhamdulillah. Suara sajak berkuasa menyampaikan maksud.

Malam itu juga, diadakan solat hajat untuk rakyat Palestin yang tertindas. Semoga Allah memakbulkan doa rakyat Kelantan kepada saudara semuslim mereka.

Tuesday, March 11, 2008

KLAB Festival


Promo di bawah buat pengedar dan peminat buku, lebih-lebih lagi yang cuba mencari buku-buku yang jarang (rare) dijumpai di kedai buku biasa.

The 1st KL Alternative Bookfest (KLAB) will be held on the weekend of 3-4 May, 2008 at The Annexe, Central Market. Held less than a month after the mammoth Pesta Buku KL (where you can buy as many text-books, romance novels and religious instruction manuals as you want), it will be held simultaneously with the very popular Art For Grabs event – but in a different room.


What is KLAB?


Basically a gathering of small, independent publishers who would like a popular venue to sell, launch and discuss books. We seek to fill 10-15 tables. Each table can be taken up by one publisher, or it can be shared between various people who each have books to sell. There are many interesting Malaysian books now being published; the trouble is, not many of them are readily available in the main bookshops. This is an opportunity to bring these books to the public, and to make the whole process fun lah.


6 tables have already been filled up; they are by Gerakbudaya, SIRD, Silverfish, Tokobuku, Kinibooks and Matahari Books. We seek 6-11 others. We are in negotiations to bring one publisher each from Singapore & Indonesia too.


Among the events we plan are:

- Book launch by Hishamuddin Rais

- Discussion of new books by Rustam Sani, Noraini Othman & Mavis Puthucheary, and others.

- A 'book give-away' where people can simply get rid of books they no longer want, for free. This will physically take up one corner of the room, where people can just leave the books. The idea is to make interesting books available even to those who can't afford to buy 'em. The remainder of the books will be donated, most likely to Ricecooker.

- Bilingual poetry slam, where the audience gets to vote for their favourite performers.Details:The fee per table (for both days) is RM100. The event is from 12-6pm both days. Deadline to receive entries (including payment) is April 26. (These details are identical to the ones for Art for Grabs. The only difference is that this event takes place in a different gallery room at The Annexe).


For further info, please contact me, Zulhabri Supian zulhabri@gmail.com or 019 3083804

Sunday, December 2, 2007

Maskara 5 - Perempuan Naik Tochang



Sebenarnya, saya tidak mahu menulis tentang majlis ini dan hanya mahu menghiburkan diri saya pada malam itu. Tetapi, saya perlu mengaku, pada malam itu, adalah Maskara yang paling menyeronokkan, paling besar, paling pelbagai dan paling ramai yang pernah saya pergi. Ucapan setinggi-tinggi syabas saya kepada Pink Platun yang handal mempengerusikan majlis serta Sindiket Sol-Jah yang banyak memberi bantuan.


Dengan tirai latarnya berlatarkan ampaian baju perempuan, sudah cukup membuat saya tersengih akan perlambangan kuasa, seksualiti, politik dan sosial yang ingin disampaikan pada malam itu. Hanya, saya merasakan ruang majlis sudah bertambah kecil kerana kesesakan dengan para penonton, maka menjadikan ruang duduknya makin panas. Ini akan memberi satu tamparan kepada Maskara kerana, seperti kawan-kawan yang saya pernah bawa, mereka kurang selesa dengan kepanasan ruang di tingkat bawah Rumah PENA. Mungkin para penganjur perlu memikirkan tempat atau alat penyejuk yang sesuai buat majlis itu.


Tema malam itu sangat segar- tentang perempuan: apa yang mereka ada dan apa yang mereka mahu. MC pada malam itu sungguh celoteh, seorang wanita memboyot, berlintup seksi hitam dengan penggayaan ala-ala Raja Azura kelas dua. Dia mungkin tidak seprofesional Zaifulnizam, tetapi perangai celotehnya yang bukan-bukan, santai, kekampungan dan tak kena tempat telah berjaya menyatukan agenda Maskara yang sebenar-benarnya: membaur pelbagai golongan seni ke dalam sebuah tempat di mana pelbagai golongan ini boleh bercekerama di bawah satu bulan yang sama. Malah, kadang-kadang dia 'menyampuk' kata penyampai di balik tirai, dan kadang-kadang dia membuak ketawa. Malam itu, saya dapat rasakan semangat bohemia kampung yang sungguh Melayu, sungguh unik, berjaya diangkat oleh MC perempuan itu, malah dengan perangainya, telah membuak keseronokan yang tidak eprnah saya tonton, mengingatkan saya kepada persembahan-persembahan Mak Nyah yang pernah saya tonton di jalanan, tetapi ini lebih baik, kerana MC ini seorang perempuan, dan dia membawa semangat 'peduli apa orang nak kata pada aku' yang sememangnya mewakili mesej tema wanita malam itu- bila wanita naik tochang. Pendek kata: She is irritating and loud at the same time, she shines!


Semangat santai bohemia kekampungan itu disampung berkuasa dengan pelbagai penulis-pembaca yang menyampaikan karya mereka. Saya perlu akur, pemilihan pada malam itu adalah pemilihan yang terbaik pernah saya tonton. Saya tahu, bila anda sudah pergi mendengar pembacaab di Seksan, atau di Top Hat, anda akan terkejut dengan pembacaan di Maskara. Ini adalah kerana, di Seksan, pemilihan pembacanya sungguh teliti, agak elitis dan agak serius. Anda merasakan anda di kalangan 'high breed' sastera walaupun mereka akan menafikannya. Ini termasuklah di Top Hat yang sungguh "English centric" di mana anda akan rasa 'terkeluar' sedikit jika anda tidak merokok, minum arak dan melayan jazz.


Di Maskara Rumah PENA, anda boleh jadi sesiapa anda mahu, orang boleh cemuh anda, orang boleh gelakkan anda, orang boleh sokong anda, tapi anda tetap akan kata, peduli apa? Inilah kekuatan Maskara. Dan pada malam Maskara 5, ia berjaya mencapai tahapnya yang terbaik.


Saya bertemu dengan 'laksa' penulis Islamik Ummi, terhibur dengan golongan penyair ala Indon pascaAADC si wanita dan dua perempuan bisu, bertemu dengan Bernice Chauly yang ditunggu-tunggu, Daun dan Bunga dari Pink Platun, dan Salimah Ibrahim si penulis pop terkenal yang juga menulis sastera serius. Kemudian, saya dapat mendengar Atok bertatih, Cikgu Sidek bernyanyi, Lutfi yang hebat dengan cerita politiknya, Tok Rimau dengan cerita hebatnya, Adi yang serius dan 'deep' dan Sinaganaga yang seronok. Malam itu, gelak ketawa, terhibur, serius, tersentuh, pelbagai rasa yang berjaya dipamerkan dan dikongsi, dan kita tidak perlu dengan arak atau sentuhan muzik jazz untuk terhibur dengannya.


Ummi yang memaparkan novel Islamiknya, mencuit perasaan dengan 'betapa serius'nya dia dengan karyanya yang 'memberi manfaat'. Hanya, dia perlu berjaga-jaga, jangan tampilkan 'pengkahiran' kepada penonton, kerana anda mahu memasarkan karya anda. Orang tidak mahu tahu tentang bagaimana anda mengakhiri cerita anda. Orang takkan beli novel itu bila anda dah beritahu akhrinya. Apa-apa pun, Ummi begitu bersemangat memaparkan perjuangannya.


Si perempuan dengan dua wanita bisu juga mencuit. Saya dibawa kembali pada bayangan penyair-penyair besar. Bait-baitnya yang memamah saya, menghibakan saya, membuat saya tersentak. Hati laranya menyakitkan. Hanya saya tergamam, tulisannya semua oleh lelaki (pandangan saya), walapun disampaikan dengan baik dan kuat oleh seorang wanita- memaparkan kadang-kala lelaki masih punya tangan atas terhadap keinginan dan niat wanita itu sendiri.


Selepas itu, kami berehat seketika. Saya sungguh kagum kerana, kebanyakan DVD dan buku yang saya beri secara percuma lama itu habis disapu oleh para hadirin.


Kemudian, Bernice Chauly, walaupun sekali lagi, memberikan karya yang bukan ditulis olehnya (jika saya salah dengar) tetapi Jit Murad, telah memberikan satu 'sisi lain' tentang seorang perempuan yang ditindas haknya sebagai seorang perempuan. Bernice, seperti biasa, memancarkan keseronokan dengan ceritanya yang pelbagai lapisan, membuak perasaan simpati dan geram terhadap sistem patriaki lelaki.


Kemudian kita diperdengarkan Salina Ibrahim, ya penulis jutawan itu yang kedua terkaya selepas Ahadiat Akasyah. Dia membacakan karya 'semi-snooze'nya tentang jati diri dan akar para wanita, cerita yang kami sudah banyak kali dengari tetapi didengarkan kembali pada malam itu. Salina memang seorang yang teliti dan sangat dekat dengan jati dan gaya perempuan Melayu, walaupun dalam hidup serba moden sekarang. Hanya ceritanya agak berpusing pada satu gelung yang nyata, terlalu nyata, ia membuak keinginan mengajar apa yang sudah sedia maklum.


Kemudian kita diperkenalkan dengan Daun dan Bunga, kedua-duanya penulis baharu wanita yang mempunyai semangat 'peduli apa aku'. Saya suka dengan penggayaan mereka dan semangat cerita mereka (walaupun ada satu bukan karyanya). Cerita mereka tidak lagi tertutup terhadap merintih keinginan wanita yang lemah, tetapi sikap individualis yang kuat, menyelusuri zaman moden serba maju dan pantas, di mana lelaki buat mereka adalah lelaki, seperti mereka, insan saja, tetap pandai dan bodoh seperti mereka. Ini saya dapat tangkap tersemat dalam karya Daun yang baik tentang persoalan pengenalan keJawaannya (walaupun isinya memaparkan persoalan identiti Melayu dalam masyarakat Malaysia yang maju). Persoalan bagi wanita bukan lagi tertutup pada mereka ditindas, mereka diduga dalam dunia yang lelaki dan bersistem menindih, tetapi mereka ingin memaparkan isu-isu lain juga yang membuat mereka ghairah, mereka seronok, dan ini bukan saja berkenaan anak, suami dan masakan.


Kemudian, terpapat Atokz dengan sajak 'bayi'nya tentang keganasan lelaki terhadap wanita dan keinginan wanita Mak Nyah seperti mana cerita Bernice Chauly. Kemudian, Lutfi yang pro-lelaki menyampaikan satu sisi cerita yang saya rasa dapat menghiburkan kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan. Selepas itu Adi, seorang penyair baru yang sangat menakutkan saya. Menakutkan saya kerana, bagi saya, Adi adalah suara baharu penyair tanah air kita. Sajaknyalah yang dibaca oleh si Perempuan dan dua wanita bisu pada awal majlis tadi. Adi memang seorang penyair yang sebenar, semacam kata-kata yang dilemparkan datang dari hatinya. Ketelitiannya dan penggunaan kata-katanya, aduh, tidak pernah ada Chairil Anwar menyiksa saya seperti yang Adi buat malam itu. Rugi besarlah jika para pengkaji sastera kita tidak kenal akan penyair hebat ini.


Kemudian, Cikgu Sidek juga hebat, membacakan puisi-puisi tradisionalnya dengan gaya yang ad hoc sekali. Beliau memaparkan, orang tua pun masih kuat lagi minyaknya. Akhir sekali, saya ditemukan pada pertama kali dengan Tok Rimau. Beliau juga sangat menghiburkan, dan sangat eccentric orangnya. Dan seperti biasa, Sinaganaga dengan keluaran 'bayi' baharunya telah membacakan sebuah karya yang baik tentang mendekonstruksi makna cinta. Bagi saya, majlis yang dibuat malam itu, langsung menghiburkan dan bermakna, sehingga habis pada 11 malam tidak merugikan buat saya menghadirinya.

Sunday, November 4, 2007

Beraya Ke Rumah Kawan Azwan

Saja nak buat kalian semua iri (dengan niat baik). Ini ialah rumah kawan saya, Azwan, seorang maha guru penyair (memanggil dirinya sebagai penyair miskin, yang sememangnya lumrah bagi puak jenis ini di Malaysia). Beliau banyak mengajar saya tentang sastera, dan lebih-lebih lagi tentang puisi. Sebenarnya beliau lebih 'alim dalam muzik dan puisi, dan saya, filem (bukan sastera), khususnya filem seram. Tetapi kami banyak bertukar-tukar pendapat dan berbincang pelbagai topik, khususnya filem dan sastera. Beliau pernah mengucapkan kata mutiara ini kepada saya (kerana saya benci dan tidak faham puisi):

"Kalau anda tidak kenal lagi akan puisi, anda tidak kenal lagi akan sastera"

Bertemu dengan beliau memang menyeronokkan. Dan memang, semacam 'dadah' buat saya yang inginkan kawan berbicara tentang perkara yang saya suka. Pendek kata, bayangkan murid yang tergila-gila bayang akan gurunya, suaranya, ilmunya, cintanya (yang membawanya dekat dengan Ilahi, jangan kau ingat yang bukan-bukan pula!), lalu bila pintu zawiyah gurunya dibuka buat jemaah datang untuk berzikir khawajagan, segala rasa cinta itu akan terisi sekali lagi. Hah, macam itu lah.

Satu lagi tentang rumah kawan saya ini, ia semacam air pancur keilmuan indah. Di setiap dinding, sudut dan bilik ada buku! Dan bukunya bukan calang-calang (yang saya sendiri tidak berani membacanya). Inilah taman firdausi buat saya. Saya selalu berseloroh dengan dia, kalau saya tinggal sewa di situ, alamat saya tak pergi kerjalah, dok menelaah dan menelaah setiap sudut dindingnya.
The 'Beat' Avenger.
"Beat it!" he said.



Vovin sedang mengamati judul buku-buku
yang berderetan mencakar bumbung di dalam rumah Azwan.

Tuesday, October 23, 2007

Pembacaan Karya di Seksan 27 Oktober 2007

Lembaran sedang berjalan, apa kata kita tambah beraya dengan sastera? Satu majlis pembacaan karya dijalankan di Seksan, Bangsar yang dikelolai oleh Madame Sharon Bakar (ada makan dan minum). Kalau anda rasa anda bukan bangsa to-tok, etnosentris dan boleh bercampur dengan pelbagai bangsa dan bahasa, silalah, jangan malu-malu, buat macam rumah sendiri ke majlis 'ilmu' ini, dan bolehlah beraya dengan para penulis, peminat serta pencinta buku (yang ada anak tu, hantar ke rumah jiran atau 'sewa' pengasuh, takkan anak anda manja sangat kot tak boleh ditinggalkan untuk sesaat? Kalau tak pun, bawak saja sekali walaupun nanti susah benar anda nak jaga).




Saya suka akan poster ni, seksi ("Oh, marilah bertemu bibir denganku, melihat bibirku bergetar dan berucap dan mengucap, kata-kata, bait-bait dan sosok-sosok kemahuanmu ... Oh!), buat kita 'ghairah' mahu menuju ke Seksan petang 3:30 Sabtu minggu ini.

Sila bawa juga kamera, kerana bukan sahaja tempat itu menarik, anda mungkin mahu bergambar dengan penulis-penulis bakal terkenal ini.

Monday, September 24, 2007

Berbuka di Pavilion Bukit Bintang KL

Semalam saya berbuka di Pavilion. Waduh, hebat tempat itu. Seakan 'adik' kepada Siam Paragon di Bangkok. Macam biasa, sudah tentu saya cari kedai buku. Di situ setakat ini, ada Times Bookstore yang terletak di tingkat paling atas.
Saya tidak berapa lepak Times. Entah, saya ada masalah dengan syarikat Singapura atau saya tidak suka koleksi buku-buku bahasa Melayunya. Entah. Apa yang saya tahu, Times di Pavilion, satu kemasukan baharu franchais untuk kedai buku 'mega' di Malaysia (di KLCC selalu saya tak pergi). Saya perlu katakan, hanya ada tiga buah kedai buku yang selalu saya kunjung, Kinokuniya KLCC (paling saya gemari, kesemuanya yang saya mahu ada, kecuali buku saya!), MPH Mid Valley (kerana buku-buku yang paling 'latest' akan sampai di sini dahulu. Dulu, buku penulis Ring, penulis Nightwatch sampai ke sini dahulu, malah simpanan buku filemnya adalah yang terkini) dan Borders (sebab dekat dengan tempat kerja saya). Bolehlah saya kata, kedai buku Times di pavilion akan jadi tempat keempat yang saya akan selalu lepak. Saya pergi jenguk, 4 PERKARA adakah tempat ini akan menarik perhatian saya.. Kita lihat...



Ruang/Dekorasi


Nampak menarik, luas. Teringat Borders di Oxford dan London (tidak, Borders di KL 'cozy', itu satu 'plus'). Tetapi entah kenapa, Kinokuniya KLCC masih tersemat sebagai ruang persekitaran terbaik buat sebuah kedai buku.




Buku Filem




Koleksi yang menarik, tetapi masih belum dapat melawan Kinokuniya KLCC dan Borders (baik The Curve, BTS) dan MPH Mid Valley. Semuanya tanpa balut plastik. Tunggulah Times untuk lihat buku anda dirobek-robek oleh orang Malaysia yang suka membelek.





Buku Susastera


Borders mempunyai koleksi buku sastera yang menarik, dan mempunyai 'plus' kerana bulan 'bargain books'nya. Kinokuniya tempat di mana saya selalu membeli buku sastera kerana beberapa penulis yang saya suka dan gemar, atau jika saya perlu mencari seorang penulis, Kinokuniya tidak pernah mengecewakan. Times tampak menarik, malah ada beberapa judul yang jarang dilihat di Kino dan Borders ada di sini. Seperti yang saya terjumpa di atas.



Buku Susastera Melayu

Di sinilah Times perlu dikutuk kerana berjaya meletak novel pop di bawah Sastera Melayu. Saya tahu dahulu Borders pun begitu, tetapi kini Borders mempunyai koleksi beberapa buku susastera yang agak baik dan terkini. Terbaik adalah Kinokuniya. Saya harap rak ini akan diubah secepat mungkin dengan buku-buku yang lebih 'tepat' dengan tujuan rak itu.

Keseluruhannya, kalau saya berjalan-jalan di sini, sudah tentu saya akan menjenguk sebentar. Apa-apa pun, selamat datang Times. kita tunggu apa 'bargain' yang anda boleh beri sebaik Kinokuniya dan Borders.

Wednesday, July 11, 2007

Maskara 2: Antara Gugup & Gempita

I, who stand alone
Waiting to be devoured
by the masses

Maskara 2 berlangsung lagi pada 7 Julai 2007. Saya begitu terharu apabila kebanyakan daripada kawan-kawan saya seperti Adam, D', Ted, Azlina (dan kawannya, Nana), Jude (dan kawannya), Junaidi serta saudara saya, Fasha datang pada malam itu untuk memberi sokongan. Yang lain itu, biarlah saya fikirkan yang baik-baik sahaja, walaupun mungkin, saya akan fikir dua kali jika mereka menjemput saya untuk majlis-majlis mereka (haha, acah saja).


Acara itu begitu meriah, malah lebih 'peluh' dari acara Maskara yang pertama. Pembukaan daripada Attokz sebagai juruacara membuatkan malam itu penuh dengan rasa 'zaman-zaman silam istana Melayu'. Saya anggap, beliau antara juruacara yang terbaik yang pernah saya hadiri dalam majlis sastera Melayu, kerana skrip beliau, penuh dengan bunga-bunga dan kekuatan dan kelantangan beliau menarik para penonton ke pentas, membuat saya lebih berdegup kerana saya sendiri dijemput untuk membaca karya saya nanti.


Acara dimulakan dengan kumpulan Gemala Kasturi dengan mainan gendang dan serunai mereka yang mengasyikkan, mengena gaya Attokz yang menitah seperti hulubalang (tok dalang) di raja yang memberitakan majlis malam itu yang penuh kemeriahan.


Spyz memulakan pembacaan dengan sajak "Aku" Chairil Anwar. Spyz agak gugup, tetapi cuba membaca dengan lancar karya "Aku", di mana saya sedikit terkilan, kerana, walaupun idea pembacaan karya itu sebenarnya boleh membaca "apa-apa" yang diingini oleh penulis, semahu-mahunya, penulis itu membaca karyanya sendiri untuk dikongsi dengan penonton. Apa-apapun, percubaan Spyz itu perlu dikagumi kerana keinginan beliau memaparkan, dan sehingga kini, bahawa pengaruh Chairil Anwar itu setentunya ada dengan beliau, juga kita sebagai penggemar atau pun penulis susastera Melayu, dan sentiasa akan memberi penghargaan kepada penyair nusantara berwibawa ini.


el-Maniq dan Esis kemudiannya memberi satu persembahan yang provokatif, dengan menampilkan pentas itu sebagai 'tandas', lalu memaparkan satu persembahan pentas (bukan sepenuhnya pembacaan karya) tentang kepenggunaan dan kuasa kapitalisme terhadap rakyat (dengan simbol rokok). Ideanya kuat dan memberi himpunan fokus terhadap khalayak malam itu, walaupun mungkin, kita mahu mendengar dengan lebih 'berkuasa' lagi retorika yang berjalan pada malam itu melebihi MISI Faisal Tehrani, tetapi bagi saya, persembahan itu sudah cukup memaparkan idea yang mahu disampaikan oleh kedua-dua kumpulan duo dinamik itu.


Azwan Ismail kemudiannya menghantar 'sihir' kepada kami semua dengan pembukaan sajak "Aku Sihir Kau"nya. Bagi saya, walaupun Azwan malam itu agak sedikit gugup, dan tidak selantang persembahannya pada pembacaan sek-san, beliau membuka keberanian yang baharu dengan sajak-sajak beliau yang sememangnya provokatif dan sangat mendalam. Sajak "Aku Sihir Kau" itu pun, memberi kekuatan lapisan yang dalam tentang kepelbagaian kuasa manusia mempengaruh, baik dari segi fizikal (politik, manusiawi) sehinggalah spiritual (tahyul - kuasa Tuhan). Pendalaman beliau denga puisi-puisi beliau boleh lagi didengar dengan sajak "Mari Berbunuhan" yang boleh saja diertikan sebagai sindiran pergaduhan/persengketaan bodoh, baik dalam mana-mana jenis persengketaan dua pihak yang berlainan pendapat, baik dua buah negara sehingga dua orang individu. Paling penting, beliau jujur dalam sajak-sajak beliau, walaupun menyindir, dengan memaparkan seadanya keinginan manusia itu, dalam kelemahan (atau boleh saja dilihat sebagai kekuatan) dalam menegakkan idealisme mereka masing-masing. Dengan itu, beliau mengakhiri pembacaan beliau dengan sebuah sajak 'beat', untuk memaparkan pengaruh beliau yang datang daripada kuasa kumpulan penyair itu.


Alif Firdaus pula telah membawa keseronokan (setelah pelbagai keseriusan dalam ketawa) bagi khalayak dengan persembahan silap matanya. Memang membawa geli-hati dan keseronokan warna-warni pada malam itu.


Kemunculan saya pula membaca, perlulah saya katakan, begitu gugupnya saya kerana, berhadapan dengan penonton sememangnya lebih menakutkan dari masuk bertemu dengan doktor gigi. Tidak perlulah saya, fakir yang hina ini menjelaskan kebobrokan yang saya lakukan pada malam itu.


Pyan Habib pula membawa semangat tinggi, seakan bukan mendeklamasi sajak, tetapi meluahkan manifesto keinginan dan penghormatannya terhadap malam pembacaan karya itu, susastera dan perjalanan susastera itu yang dilaluinya dahulu. Teringat saya dengan 'Bard' atau panglipurlara Istana dahulu, yang memberi kuasa puji-pujian dan semangat kobaran terhadap khalayaknya untuk mengerat semangat berperang/beringat-ingat atau apa-apa, Pyan Habib sememangnya seorang penyair yang sangat disegani kerana karismanya.


Selepas itu, beberapa pembaca yang turut membaca sewaktu sessi 'open mike'. Esis sekali lagi ke pentas dengan persembahan yang paling diingati, UKI bersama el-Maniq, memaparkan nafsu dan keinginan manusia itu tidak pernah ada akhirnya.


Mat Jan turut mengambil pentas dengan karyanya yang cukup membawa nostalgia tentang anak-anak muda cuba membangunkan sebuah kumpulan 'rocker'- satu persamaan dengan filem Mamat Khalid itu, dengan 'wit' dan mainan bahasa Mat Jan yang amat segar dan menyeronokkan.


Atokkz juga turut membaca karyanya yang begitu mengasyikkan dan sindiran, beliau ini akan mengikut rentak penyair tersohor kita usman Awang.


Roy turut membaca karyanya dari Mantra, suatu luahan jujur tentang manusia yang tidak hipokrit mendepani masyarakat yang normanya 'talam dua muka'.


Taf Teh pula (awek ini banyak namanya) meluahkan dua sajaknya dari Mantra, dua-duanya sajak kuat (walaupun kita agak tidak dengar suaranya) tentang kemanusiaan dan kesakitan manusiawi yang dirasai oleh beliau. Beliau adalah di antara penyair yang perlu diberi tumpuan pada masa-masa hadapan.


Nimoiz TY juga turut akhirnya memberi persembahan dengan sajaknya yang menyindir tentang manusia yang susah mahu ikut tatasusila lagi, menutup tirai pembacaan karya hari itu.
Bagi saya, kepelbagaian Maskara 2lah yang membuatkan majlis itu sungguh meriah (daripada karya sehingga makanannya), kerana kebagusan susunan persembahan yang membuatkan penonton tidak penat dan resah. Walaupun saya agak terkilan apabila beberapa penonton biasa yang saya tanya, mereka menyukai 'kelantangan' dan 'persembahan terbaik jatuh kepada'. Apakah mereka ingat ini satu peraduan seperti AF? Memang itu baik, memberi nilai terhadap beberapa persembahan, tetapi mereka juga perlu ingat, malam itu ialah malam PEMBACAAN. Yang penting, dan paling penting ialah pembacaan karya itu SAMPAI kepada khalayak, walau bagaimana kelakar atau seriusnya pembacaan itu. Adakah bila pembacaan itu tidak ada 'lawak', maka persembahan itu 'membosankan' seterusnya? Dari situ sahaja, kita boleh membaca khalayak jenis apa yang kita 'produce' dalam budaya mengaprisiasi susastera. Memang ia tidak salah, tetapi kerana itu, kebagusan Maskara bila mencampur-baru seronok, geli hati berserta karya-karya serius, melankolis serta provokatif, untuk memaparkan kepada khalayak biasa yang sentiasa mahukan keseronokan, dalam hidup manusia ini, lapisan realitinya lebih dalam dari apa yang mereka sangkakan, dan itulah yang berjaya dipaparkan oleh Maskara 2 malam itu.

Wednesday, June 20, 2007

Temu Ilmu: Prof. Naquib al-Attas




Apa: Diskusi Pemikiran Prof. Naquib al-Attas

Oleh: Sdr. Khalif Muammar (sarjana pemikiran Prof. Naquib dan penulis Atas Nama Kebenaran)

Bila: Ahad, 24 Jun 07

Masa: 3 petang

Di: Rumah PENA

Masuk: Percuma


Kalian tak kenal Prof. Naquib? Kalian wajib datang untuk pembelajaran 101 tentang Prof. Naquib (seorang daripada prof. kita yang sememangnya layak mendapat hadiah Nobel bagi kesusasteraan atau perjuangan kemanusiaan) Ahad ini. Semua sarjana Islam, baik di barat dan timur sangat menghormati beliau, malah kalau saya turun ke Indonesia, para pemikir, politikus dan ahli peniaga di sana sentiasa bertanyakan tentang beliau.


Oh ya, satu perkara lagi. Pada 7.07.07 saya dipelawa membaca naskhah saya di Rumah PENA. Jangan ketinggalan.

Tuesday, June 12, 2007

Baca dan Bahasa


Back to Bahasa Malaysia

By WONG CHUN WAI and AUDREY EDWARDS


KUALA LUMPUR: Bahasa Malaysia will again be the official term to be used to refer to the national language. In a unanimous decision last April, the Cabinet felt that reverting to the term Bahasa Malaysia would help inculcate a sense of belonging for all citizens irrespective of race, said Information Minister Datuk Seri Zainuddin Maidin.


All ministries, public universities and local institutions of higher learning have been directed to inform their relevant departments and agencies to begin using the term Bahasa Malaysia in letters, notices and documents with immediate effect.


It is understood that the heads of the various ministries are sending out these directives following the Cabinet order.


“The Malay language belongs to Malaysians of all races and not just the Malays. The term Bahasa Malaysia would instil a sense of belonging,” Zainuddin told The Star yesterday. He said the term Bahasa Malaysia was introduced by Tunku Abdul Rahman after the country's independence to inculcate a Malaysian identity.


“It was generally accepted and no one asked for a change until (Datuk Seri) Anwar Ibrahim became the education minister (in 1986).


“He dropped the term Bahasa Malaysia for Bahasa Melayu and it has remained that way. But now, we feel we should go back to the original term,” he said.

nota fadz: Perkara pertama, maaf cakap, selagi kaum etnik bukan Melayu-Bumiputera di Malaysia tiada rasa 'dengki' terhadap Melayu sebagai Bumiputera, perkara sebegini tidak akan berlaku (kebiasaan orang politik, jika tidak dapat menyelesaikan masalah pembahasaan, mereka mencari agenda nasionalisme yang sememangnya ideanya sendiri dangkal bagi penduduk Asia). Malaysia-Melayu-Malaysia kembali, mengarut dan memalukan. Panggillah ia bahasa Rakyat saja, habis cerita. Saya gerenti, sampai sekarang, orang bukan Melayu tetap menganaktirikan bahasa ini kerana penggunaannya yang terhad di bandar (bahasa Melayu banyak digunakan di pedalaman sedang bukan Melayu banyak terkelompok di bandar), kepentingan bahasa Inggeris serta kekuatan memegang akar umbi keturunan. Kalau suatu masa, seperti filem Melayu pun, jika idea mencari 'makna' ini diabaikan dan hanya melihat bahasa itu sebagai alat komunikasi, atau filem itu sebagai alat hiburan-paparan hidup, perkataan yang memberinya makna tidak akan wujud. Filem Melayu dahulu diterbitkan oleh orang Cina, diarah oleh orang India dan ditulis dan dilakonkan oleh orang Melayu. Tidak pun mereka bising mahu memanggilnya filem MeInCi (ia dipanggil filem Melayu atau filem Singapura, dan sememangnya dibuat untuk orang Melayu). Kalau sebuah filem itu bagus, semua orang akan menonton. Kalau bahasa itu praktikal untuk digunakan dan ada kepentingan, orang akan menggunakannya. Sesenang itu. Aku menunggu bagi kerajaan China menjadi 'pax romana' baru abad ke-21, mari kita lihat revolusi bahasa apa yang berlaku selepas itu.


PEMBACAAN- Wah, Idea Seksan sudah diraikan!


Sempena Pesta Buku Selangor yang akan berlangsung dari 26 Julai hingga 1 Ogos 2007 di Kompleks PKNS Shah Alam, Kumpulan Sasterawan Kavyan dengan kerjasama PTS Publications dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bakal menganjurkan acara Baca Hikayat Abdullah. Untuk itu, Kavyan mengatur Bengkel Baca Teks Kavyan pada 30 Jun (Sabtu), 9:00 pagi di Perpustakaan Raja Tun Uda, Persiaran Bandar Raya, Shah Alam bagi menguji bakat, memilih dan membimbing peserta yang berminat mengambil bahagian dalam Baca Hikayat Abdullah.


Bengkel ini terbuka kepada peserta pelbagai kaum dan umur yang berminat membaca teks Hikayat Abdullah (PTS: 2007) yang diadaptasi oleh Hamzah Hamdani menjadi edisi semi-klasik. Penulis asal Hikayat Abdullah (1849) ialah Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir, seorang guru bahasa dan penulis keturunan Arab-India; dan ramai sarjana berpendapat bahawa beliau adalah bapa kesusasteraan moden tanah air. Orang ramai yang berminat menyertai Bengkel Baca Teks Kavyan perlu mendaftar segera dengan menghubungi uthayasb@kavyan.cjb.net atau 012-3368142 kerana tempat adalah terhad.

Tuesday, June 5, 2007

Antara Khinzir Molek di Seksan & Puja-puja di Rumah PENA

nota: Maafkan saya Mat Jan, saya malas mahu muat naik gambar.

Pada 26 May lepas, berlaku sebuah majlis pembacaan yang dianjur oleh Sharon Bakar di Seksan, Bangsar. Acara ini sudah begitu terkenal di kalangan pembaca dan penulis Inggeris Malaysia. Pada 2 Jun lepas pula, sebuah majlis pembacaan anjuran Sindiket Soljah berjudul MASKARA telah dijalankan dengan jayanya.

Kedua-dua majlis ini tampak sama, tapi tidak serupa.

Di Seksan, para penonton (Sharon memanggilnya "readers" [para pembaca]) diberi layanan mesra di dalam sebuah galeri seni bermaskotkan khinzir-khinzir yang comel serta wain dari La Bodega (untuk orang Islam, mereka boleh minum air berkabornat). Gayanya memang keInggerisan (atau kebaratan? entah), dengan pembacaan karya-karya oleh Wong Phui Nam, Balan Moses, Nora Adam, Nicholas Wong, Pey Colborne dan Bernice Chauly. Mereka (walaupun ada yang sesat dari Singapura, tetapi mereka tetap seakan seperti kita) memberi kesungguhan, kejujuran terhadap masa lampau, masa sekarang dan masa depan jati mereka sewaktu berada di Malaysia, baik melihatnya dalam keterasingan, di dalam selimut katil, atau mencebiknya di sempadan Singapura.

Pembacaan yang menjadi kegemaran saya ialah karya Nora Adam, tentang keinginan (dalam siksa batin, tetapi tetap boleh menyindir dan penuh suara seksual) si isterinya meniduri suaminya setelah beberapa tahun mereka berkahwin. Idea Nora Adam, "brilliant"- kita seakan terasa, secara tidak sengaja, perasaan sebenar kita tentang 'jatuh cinta' dan 'hubungan' kita dengan pemimpin-pemimpin kita yang telah membawa kita sejauh ini- dan kini kita rasa tersisih oleh mereka. Kuasa dalaman Nora Adam memang tidak patut disangkal.

Saya juga suka dengan pembacaan karya Balan Moses, tentang nostalgianya pada zaman-zaman muda. Bagaimana, kita dapat rasakan, Malaysia ini kecil, semacam sebuah kampung sahaja, di mana, setiap benda-benda yang berlaku di kota, adalah mainan saudara-mara kita, walaupun ceritanya tentang kedai todi dan rumah pelacur.

Paling menarik ialah sajak-sajak Pey Colborne. Saya suka sajak-sajaknya, senang, pendek dan menyentuh, walaupun ia menggelikan hati, ia tidak lupa menyentuh kita.

Yang lain-lain juga seperti Wong Phui Nam, semacam seorang sasterawan yang sangat gah, walaupun beliau sangat rendah diri. Ucapan yang paling saya tersentuh ialah apabila beliau (walaupun beliau ini seorang Singapura) ikhlas menyukai kehadiran Nicholas Wong sebagai pelopor baharu sastera Inggeris Singapura (ingat, di Singapura, bahasa Malaysia dianak tirikan), menyokong kedatangan barisan muda dalam susastera, baik penulis ataupun pembaca, yang baginya: "manusia berbudaya". Mereka, saya kagumi kerana mereka punya 'wit' yang sangat tajam.

Antara perkara yang patut saya bawa ke hadapan ialah, bagaimana sewaktu hendak Asar, Sharon dengan beradab, meminta acara dihentikan untuk sementera dan berehat sehinggalah azan muazin berkumandang.

Di Rumah PENA pula, kalangan yang datang lebih ramai, 30 lebih orangnya, kebanyakannya Melayu (di Seksan, kebanyakannya Cina berpendidikan Inggeris). Acara dimulakan oleh ucapan alu-aluan Mat Jan. Walaupun Mat Jan kekok pada awalnya, beliau mula 'membenam pentas' dengan celoteh dan karismanya yang membina. Pendek kata, Akademi Fantasia mungkin sudah dapat jawapannya bila mereka membuang Aznil (memang patut dibuang pun), kerana kemachoan Mat Jan memeriahkan aroma dan ruang acara malam itu yang tampak kelam dan syahdu.

Kelam dan syahdu. Begitulah perasaan saya bila awal-awal saya memasuki majlis MASKARA. Semacam roh-roh penyair Melayu lama kita berdentang datang menyeru suara kelam mereka. Kadang-kadang, fikiran saya agak buntu dan melankolik melihat puja-puja mengelilingi pentas, ditambah dengan persembahan gitar akustik oleh dua jejaka bohemian Melayu. Saya terasa, mungkin ini yang menyebabkan pembaca biasa atau pembaca Inggeris lari dari susastera Melayu, kerana sastera Melayu tampak kelam, romantik, syahdu dan melankolik sahaja.

Ditambah pula dengan pembaca-pembacanya yang perlu melontarkan suara mereka dengan lebih keras, perlu lebih bermelodi dan tidak terlalu 'menyimpan' suara mereka di dalam hati (saya faham bahawa orang puteh lebih kasar suaranya dan lebih jauh melontar kerana mereka minum arak, tetapi itu bukan alasan kita untuk tidak lantang seperti pembaca qari kita). Takut pentas yang syahdu jadi hambar. Tetapi keadaan itu berubah selepas beberapa pembaca seperti King Binjai, Panah Arjuna, Daun, Jigo mengambil fokus pendengar dengan karya-karya mereka. Malam itu, saya suka benar dengan beberapa pembacaan karya Sindiket Sol-jah, juga Pink Platun. Ditambah juga dengan semangat 'dinding' King Binjai yang cukup getir bercerita tentang absurdisme dinding yang membelenggunya (atau kita).

Malah kehadiran 'orang besar' seperti SM Zakir dan Saharil, cukup membuatkan majlis pada malam itu begitu berprestij (kemunculan SM Zakir di balik pintu saja sudah cukup memaparkan kuasa kehadirannya begitu 'classy', walaupun beliau sebenarnya malu-malu).

Ucapan akhir Sinaganaga dan diakhiri dengan entri duet 'certot'nya (meminjam daripada istilah ciptaan Saharil) bersama Mat Jan memberi krim kepada sebuah kek yang sedap pada malam itu, yang cukup serba manis-masam-pahit-masinnya.

Paling saya seronok, terdapat penjualan buku-buku 'underground' yang terjual semacam pisang goreng. Siapa kata sastera kita tidak ada yang mahu tahu?

Saya suka benar dengan falsafah MASKARA, satu majlis pertemuan penulis-pembaca di mana, apa-apa lapiasan penulis dengan pelbagai bentuk idealisme atau ilmu (popular juga dialu-alukan!), disatukan, diraikan dan ditatapi pada malam itu, tanpa apa-apa diskriminasi. Saya teringat akan kata-kata abang saya, bahawa ada sebuah pondok di Selangor di mana orang cerdik pandai dan murid daripada pelbagai lapisan mazhab dan pemikiran, boleh duduk bersama-sama dan meninggalkan 'kelainan' mereka untuk beberapa ketika, menolak rasa tidak senang jauh-jauh ke tepi. Malam itu, semacam roh sastera Melayu punya penyambungnya, dan saya harap-harap benar bahawa MASKARA ini akan diteruskan. Ini adalah kerana, seperti majlis pembacaan Sharon Bakar, pada mula-mula ia diperkenalkan, ia tak berapa diketahui ramai. Tetapi orang mula mengikutinya dan ia sudah mula terkenal di kalangan peminat sastera. Saya berharap, begitu juga yang akan berlaku dengan MASKARA. Dengan pengurusan yang dibuat oleh AJKnya, saya beroptimis, MASKARA akan hidup dengan niatnya yang sangat murni- mengaprisiasi susastera Melayu, dan bukan lagi mahu melihat sastera kita dengan mencari 'isu-isu kecoh' dan 'pandangan kontreversi' yang bagi saya, perkara itu sudah memualkan (walaupun ia kebiasaan dalam mana-mana dunia sastera, ia tidak perlu disensasikan).

Dalam pemerhatian saya sebagai kesimpulan, kedua-dua majlis pembacaan ini berjaya dalam menyatukan penulis tua dan muda, teruk dan bagus dalam sebuah meja bulat. Paling suci, mereka telah mengikat majlis ini dengan satu cinta yang memikat: berhibur dalam kecintaan terhadap insan bernama sastera.

Sunday, June 3, 2007

Kata (Mengata) Mereka tentang JIAN


Saya sedang mengumpul kata-kata (quotes) orang tentang novel sci-fi saya, JIAN (yang terkenal atau tidak). Di sini, ada beberapa:-


“Such a pleasant mixture of science fiction, horror & mystery. Like a decent meal aptly flavoured with seasonings, yet there is that interesting taste about it. Only if you know how to appreciate a food, it makes you want to try the chef’s other creations.”
Azwan Ismail
Poet


“Dan jelas sekali penulis telah membuat homework kerana aku secara jujur, berasa selesa dengan gambarajah, entri diari serta laporan penyelidikan yang menghiasi lembaran-lembaran dalam buku ini."
Mama Zack
mamaikmal.blogspot.com

"Sekali pandang, kulit hadapan novel JIAN lansung tidak memberikan sebarang tanda novel itu dalam kategori novel fiksyen sains."
Nisah Haji Haron
Penulis Mencari Locus Standi


"Saya baru tahu kenapa kulit novel ini hitam (membuat saya tidak tertarik untuk membelinya). Seperti siri Pilihan Abad Ke-21 di Kedai Buku Koperasi DBP yang berwarna hitam dan berkulit keras, bukankah ia memberi pandangan buku-buku itu nampak "standard" sangat, anggun gitu sebagai buku di ruang pameran sampai kita takut nak pegang. JIAN pun macam tu. Ada rasa takut untuk membacanya. Takut novel ini tak sedap. Tapi selepas baca novel ini, saya rasa, hitamnya kulit JIAN adalah bersangkutan dengan isinya yang ganas."
Embun
Ulat Buku


"Malaysia kekurangan novel-novel fiksyen-sains dan fantasi yang menarik, unik dan hebat. Ada beberapa novel dalam genre ini aku baca tapi banyaknya menulis kerana mahu ambil hati para juri- novel yang menggunakan formula sayembara. Dengan elemen stereotaip 'memertabatkan bangsa Melayu' seperti hero yang punya jati diri kuat, elemen propaganda budaya yang diolah untuk nampak tak campy serta banyak lagi. Sekurang-kurangnya JIAN tidak begitu."


"Keseluruhannya, JIAN menawarkan satu fiksyen yang agak berbeza dari banyak fiksyen propaganda Melayu yang lain."
Nazri M. Anuar
Penulis Aliya Elyana


"Novel fiksyen sains yang bagus kerana ada banyak fakta sains untuk dicerna."
Naiza Azwa
naiza-azwa.blogspot.com


"Penulisnya telah berjaya memberi impak dari segi penceritaannya membolehkan pembaca menyelami rentetan peristiwa di dalamnya."
Mensh

Tuesday, May 22, 2007