Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |
Showing posts with label Acara sastera. Show all posts
Showing posts with label Acara sastera. Show all posts

Tuesday, September 22, 2020

Pelawaan untuk Menyumbang Kertas Kerja Kajian Unsur Sains Moden dalam Sastera



 PENGENALAN

Bahagian Penyelidikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka mengalu-alukan sumbangan kertas kerja bagi projek penyelidikan “Kajian Unsur Sains Moden dalam Sastera” yang akan dibukukan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti bagaimana karya sastera sebenarnya turut terisi dengan unsur-unsur sains, yang mempunyai “keterangan” tentang suatu fenomena alam tabii atau suatu rumusan saintifik tetapi diterap dan dipersembahkan dalam penulisan kreatif. Contohnya, dalam pembayang pantun “pisang emas dibawa belayar” mempunyai keterangan saintifik dari segi mengukur perjalanan pelayaran, keterangan sains makanan tentang fungsi pisang sebagai makanan dalam pelayaran, dan unsur-unsur sains yang seumpamanya. Penyumbang dinasihatkan untuk meneliti bidang dan subbidang sains yang sesuai untuk dikaji dengan teks sastera. Teks sastera pula termasuk teks tradisional (lisan mahupun bertulis) atau teks moden (kreatif mahupun bukan kreatif).


SKOP KAJIAN

Dalam kajian teks sastera sekarang, bidang-bidang dalam sains semula jadi (natural science) dan sains komputer masih kurang dikaji. Namun, bidang-bidang dalam sains sosial pula agak biasa dikaitkan dengan penyelidikan teks sastera. Namun begitu, uji kaji makmal yang khusus, seperti dalam uji kaji psikologi (contoh: Eksperimen Ketakserasian Kognitif, Kesan Hawthrone, Eksperimen Anjing Pavlov, dll.) juga amat kurang dikaitkan dengan penyelidikan teks sastera tempatan.

 Oleh itu, tumpuan unsur sains moden untuk projek ini lebih tertumpu pada bidang sains asas dan sains gunaan dalam bidang sains semula jadi, atau ujian makmal yang dilakukan secara saintifik dan terkawal dalam bidang sains sosial. Kategori bidang sains adalah seperti jadual yang berikut:


 

SAINS EMPIRIKAL

SAINS FORMAL

Sains asas

Sains semula jadi

Sains sosial

Logik, matematik dan statistik

Fizik, kimia, biologi, sains bumi dan sains angkasa

Antropologi, ekonomi, sains politik, antropogeografi/geografi manusia dan psikologi

Sains gunaan

Kejuruteraan, sains pertanian, perubatan dan sains bahan

Pentadbiran perniagaan, dasar awam, pemasaran, undang-undang, pedagogi dan pembangunan antarabangsa

Sains komputer

Contoh bidang dan subbidang kajian sains bumi yang boleh diaplikasikan dengan teks sastera adalah seperti jadual yang berikut:

SAINS BUMI

Bidang Kajian

Contoh Bidang/Subbidang Kajian Berkaitan

Sains geologi

Mineralogi, petrologi, geomorfologi, paleontologi, dll.

Geografi fizikal

Ekologi, hidrologi, palaeeografi, biogeografi, dll.

Geofizik dan geodesi

 

Geokimia

Kosmokimia, geokimia isotop, biogiokimia, geokimia akueus, dll.

Sains tanah

Pedologi dan edafologi

Ekologi

 

Hidrologi, oseanografi/ilmu alam lautan dan limnologi

 

Glasiologi

 

Sains atmosfera

Meteorologi, klimatologi/kaji iklim, kimia atmosfera dan fizik atmosfera


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.    Kertas kajian ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan. Gandingan pakar sains atau pengkaji sastera adalah dibenarkan dan tidak melebihi tiga orang dalam satu kumpulan.

2.    Para pengkaji yang berminat untuk menyertai kajian ini hendaklah menghantar abstrak atau pengenalan ringkas kajian mengikut format seperti yang berikut: (i) ditaip menggunakan perisian MS Word *.doc; (ii) jenis fon Arial bersaiz 12; (iii) langkau dua baris; (iv) 1-2 halaman; (v) sertakan: tajuk kajian, nama/nama-nama pengkaji, serta biodata pengkaji.

3.    Biodata pengkaji termasuk nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), jawatan atau pekerjaan, kelayakan akademik, alamat dan nombor telefon (telefon bimbit dan pejabat/rumah) juga perlu disertakan.

4.    Pihak penyumbang yang berminat boleh kirimkan dahulu abstrak atau pengenalan ringkas kajian kepada fadhli@dbp.gov.my sebelum 30 November 2020. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Muhammad Fadhli al-Akiti (03-2147 9323).


Tuesday, December 16, 2014

Bengkel Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja

Bengkel percuma untuk Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja

Bengkel ini PERCUMA

Dengan hormatnya, dimaklumkan bahawa Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja akan mengadakan Bengkel Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja 2015. Maklumat bengkel adalah seperti yang berikut:

Tarikh | 20 Disember 2014 (Sabtu)
Masa | 8.30 pagi–4.30 petang
Tempat | Bilik Latihan 1, Aras 7, Menara DBP, Kuala Lumpur

...   Sehubungan dengan itu, kami mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menguar-uarkan penyertaan peserta bengkel sayembara ini. Penyertaan bengkel ini adalah percuma (pendek kata, bawa badan sahaja).

Mohon kerjasama peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini memaklumkan kehadiran kepada urus setia sebelum 19 Disember 2014 (Jumaat) kepada Puan Norizan Muslim (03-2147 9291 / e-mel: norizan2@dbp.gov.my) atau Puan Ruzana Samhudi (03 2147  9297 / e-mel: ruzana@dbp.gov.my). 

Atau hadir sahaja ke bengkel tersebut pada 20 Disember 2014 di DBP, Kuala Lumpur.

Bagi yang tinggal di luar Kuala Lumpur, bengkel yang sama akan diadakan di pejabat Wilayah DBP. 

Thursday, September 11, 2014

Jemput Hadir: Wacana Fikrah Ummah ke-8


Siri Wacana Fikrah Ummah ke-8

“Manusia Beradab ke Arah Modenisasi Alternatif”

YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud


18 September 2014 (Khamis) | 9:00 pagi | Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud ialah seorang ahli falsafah, pentadbir pendidikan, aktivis Islam, dan penyair. 

Pada tahun 1988 hingga 2002, beliau merupakan seorang perintis dan bekas Timbalan Pengarah Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (International Institute of Islamic Thought and Civilization, ISTAC). Beliau diundang ke ISTAC oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas untuk membantunya dalam hal ehwal akademik, pelajar, penerbitan, dan perpustakaan di ISTAC sehingga menjadi salah satu pusat pengajian Islam terulung di dunia Islam. 

Kini beliau bertugas sebagai Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia. Beliau juga pernah diangkat sebagai tokoh Karyawan Bulan Ini dalam Dewan Sastera September 2012. Beberapa buku, monograf dan makalah beliau dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, Turki, Jepun, Parsi, Rusia, Bosnia, Macedonia, Tamil, Mandarin, dan Arab.

Thursday, December 29, 2011

PPMN III


Perhimpunan Penulis Muda Nasional III

Inilah pertama kali saya menghadiri serta menjadi sukarelawan kegiatan buat suatu perhimpunan yang agak bertaraf nasional, anjuran PENA dan badan-badan yang baik dan sedia membantu.

Macam-macam berlaku, seronok dan menyakitkan, celaan orang kepada saya kerana saya memperkenalkan bilik air di aras dewan seminar ("Buatpe dia tunjuk bilik air, lebih baik dia hidang kita air..." - buat penutur itu, sampai hari ini saya ingat wajah anda dan saya takkan tegur anda sampai bila-bila), bersiku dengan kawan-kawan, gelak ketawa tepuk bahu dengan Ali Atan sewaktu Azalan Sinaganaga memaksa kami bergaduh tumbuk kerana Ombak Rindu, semua itu saya simpan terus dalam hati. Mengasyikkan dan itulah yang membuat manusia hidup.

Tetapi PPMN juga berkenaan persembahan dan penyampaian kertas kerja. Saya boleh katakan, memang mengujakan himpunan pembentang yang menghadirinya. Hanya saya sedikit terkilan, kerana "bintang" sasterawan dan pemikir sastera mutakhir, Faisal Tehrani tidak menghadirinya. Ini kerana buat saya, antara semua kertas kerja yang gah dan menarik, kertas kerja Faisal lah yang paling "outstanding" dan membicara hal yang amat terkini. Inilah yang kita cari-cari dalam pembentangan penulisan susastera, sesuatu yang membawa polemik besar dan sepatutnya menggegar arasy tipikal dan lazimi kotemporari. Faisal buat saya, adalah seorang yang berani membawa perubahan itu, sesuatu yang biasa ditunggu-tunggu dalam mana-mana arena sastera dunia. Tetapi alas, Faisal tidak hadir kerana "dikecam" oleh segolongan orang yang tidak sependapat dengannya (yang buat saya hal ini tidak matang bagi suatu majlis wacana ilmu yang membuka ruang untuk sesiapa sahaja menjelaskan pemikiran mereka). Bagi pendirian peribadi saya sendiri, Faisal sepatutnya datang untuk mempertahankan kertas kerjanya yang dijelas-jelas dihentam oleh kalangan hadirin pada majlis itu. Inilah pendapat seorang sahabat saya, "di arena antarabangsa pun sebegitu rupa maka si pembentang haruslah menunjuk muka agar sekurang-kurangnya memenangkan moral dirinya dengan karya dan gagasan yang dibawa, sendiri buat sendiri tanggung". Begitulah.

Tetapi acara sebegini haruslah diraikan lagi oleh mana-mana golongan penulis, baik popular, sasterawan, agamawi, lendir, penyimpang, atau sesiapa.

Barulah gah ia dipanggil PPMN. Nasional. Muda.

ps: Saya tidak selalu berkunjung di sini kerana kini saya dalam proses menghabiskan novel terbaharu, doakan saya lancar dan siap dengan sempurna, Amin!

Monday, January 25, 2010

Bengkel Penulisan Novel AVA 2009: SAI FAI!!!

Ya, saya dimohon untuk membimbing!

Sila rujuk (http://ejenmanuskrip.blogspot.com/) untuk pendaftaran.

Sunday, December 13, 2009

AVA: Bengkel Penulisan Puisi

Salam.

Atas permintaan ramai AVA akan menganjurkan bengkel penulisan puisi. Perserta hanya dihadkan 15 orang sahaja. Jika perserta yang mendaftar kurang dari 10 orang, bengkel tidak akan dijalankan. Sila hantar nama, nama pena, no selfon dan sebuah sajak (yang diletakkan tajuk dan nama perserta) untuk dibengkelkan ke ejenmanuskrip@yahoo.com. Nama perserta dan sajak akan disiarkan di blog kelak.

Pembimbing : (Belum ditetapkan - kemungkinan Prof. Rahman Shaari / klik juga di sini) [Tertakluk pada perubahan]

Tarikh : 7 Febuari (Ahad)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras (ICY)
Masa : 9 pagi - 4 petang
Yuran bengkel : RM 100.00

p/s : Sebelum pertanyaan Setiakasih, sudah ada beberapa pertanyaan dari rakan-rakan AVA di FB.KHAR
013-6963826 (9 pagi - 5 petang sahaja)
AGENSI VILLA AKSARA (AVA)
http://ejenmanuskrip.blogspot.com/

Thursday, November 19, 2009

Buku-buku ITNM di MPH Mid Valley!


Sebenarnya, saya baru nak melambung-lambungkan nama MPH Mid Valley (kalau nak tunggu buku saya dijual oleh mereka, tak payahlah, tapi itu cerita lain) kerana apa yang mereka sudah buat untuk Sastera Malaysia, tetapi ada dua insiden yang telah menyinggung perasaan saya. Oleh sebab di MPH tidak banyak kerusi, jadi terpaksalah saya duduk atas tangga batu di kawasan tengah MPH. Tiba-tiba saya didatangi seorang pegawainya meminta saya jangan duduk di atas tangga dengan amat kasar sekali (biasalah, orang Malaysia). Saya tanya dia, di mana perlu saya duduk kalau begitu. Dia menunjukkan saya sebuah bilik legar yang mana, berderet pelanggan yang duduk membaca. Entahlah, saya tak tahu strategi MPH tetapi saya kini sudah faham sangat, kalau mahu berlibur dengan buku sambil membelinya, pergilah ke Borders Berjaya Times Square, Times Pavillion atau Kinokuniya KLCC yang tidak pernah menyinggung saya. Tetapi jika mahu terus pilih (browse) dan keluar cepat-cepat, pilihlah kedai buku MPH Mid Valley ya tuan-tuan dan puan-puan.

Hal keduanya, saya telah ditegur oleh pengawal keselamatannya kerana menangkap gambar rak buku ITNM yang ingin benar saya kongsikan kepada para pembaca tentang ANUGERAH buat kami para pembaca ini tentang rak ITNM ini. Ya, saya diminta untuk jangan ambil foto. Entahlah, saya tak tahu bagaimana lagi pencinta buku hendak berkongsi hal yang baik kepada kawan-kawannya tentang kemajuan MPH Mid Valley ini.

Baiklah, begini, ada dua perkara, malah berita baik buat para pembaca Sastera Malaysia.

Pertamanya, kelihatan koleksi buku berbahasa Melayu penuh dalam satu sudut di MPH Mid Valley, PENUH (menggantikan sudut buku-buku Nasrani yang kemungkinan kurang penjualannya). Malah tempat sasteranya juga bagus, bukan seperti yang berlaku tahun lepas apabila diletakkan (jauh) daripada pandangan pembaca. Malah ada pula rak PILIHAN MENARIK buat pelbagai buku terbitan pelbagai syarikat penerbit (dipilih oleh MPH, semacam Highlights atau Must Read). Syabas MPH Mid Valley!

Keduanya, ya rak buku yang mempamerkan buku-buku terbitan ITNM, wahhh! Saya sungguh teruja, malah sempat membeli beberapa buku terbitannya. Ada buku sastera Malaysia yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan ada juga buku antarabangsa yang diterjemahkan ke bahasa Melayu. Antara yang menarik adalah buku sastera Rusia yang dikumpulkan oleh Dr. Victor Pogadev (fonnya agak kecil), novel terjemahan Abdullah Hussain yang amat susah hendak dicari sekarang, novel terjemahan novel Shaari Isa yang amat ditunggu-tunggu, terjemahan Dunia Sophie (Sophie's World), dan pelbagai lagi judul-judul yang terus mengujakan saya (saya jujur, kalau saya tidak fikirkan wang, saya sudah tentu borong semua judul sastera di rak itu). Syabas ITNM! Syabas MPH Mid Valley kerana perkembangan baru ini!

Wednesday, November 11, 2009

Pertandingan Monodrama Adaptasi Cerpen DBPWT

Pertandingan Monodrama Adaptasi Cerpen
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur

22/11/09 (Ahad)
2.30 petang (Segmen I), 8.30 malam (Segmen II)

Dewan Seminar Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur,
Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu (bersebelahan Hospital Sakit Mental KB)

MASUK PERCUMA!


SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara Kesepuluh Malaysia akan menghadiri majlis
yang julung-julung kali diadakan di Kota Bharu ini (jangan lepaskan peluang bertemu dengan beliau)! Bersejarah, kerana, buat masa yang lama, buat pertama kalinya karya sastera (cerpen) diadaptasikan ke bentuk drama (monodrama) di Pantai Timur. Tidakkah anda mahu masuk ke dalam lipatan sejarah teater Pantai Timur?

Wednesday, October 7, 2009

Pementasan TOK JANGGUT di serata Malaysia

Dimaklumkan oleh seorang rakan yang turut berlakon, teater Tok Janggut (USM-DBP Wilayah Timur) yang berjaya dipentaskan di USM Kubang Kerian, Kelantan dan USM Pulau Pinang akan bertolak ke negeri-negeri lain untuk dipentaskan kepada khalayak ramai:

15-16 Oktober 2009
8.30 malam
UM, Kuala Lumpur

18-19 Oktober 2009
8.30 malam
Taman Budaya Melaka

21-22 Oktober 2009
8.30 malam
UTM Skudai, Johor

Pelakon utama yang mengangkat watak besar Tok Janggut ialah En. Khalid Salleh, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Asia Pasifik 1998 dan FFM 1999 buat filem Jogho.

Marilah kita raikan bersama-sama.

Thursday, July 30, 2009

Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu Ke-X

Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu Ke-X
"Kesusasteraan Melayu Dalam Rentas-Ilmu"
18-19 November 2009
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Yuran Penyertaan
Pembentang/Peserta - RM100.00
Pelajar - RM50.00
Sila Hubungi:
Sekretariat SAKM X,
Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangir.

Telefon:
03-89215288 (Dr. Mawar Shafei)
03-89215573 (PM Dr Misran Rokimin)
Mel-e:

Thursday, July 23, 2009

Puisi Berilustrasi 15 Ogos - 15 Sept 2009

Peluang untuk mempelbagaikan cara menghayati karya sastera, khususnya sajak.

Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) akan mengadakan Pameran Puisi Berilustrasi di Galeri Perpustakaan Kuala Lumpur (bersebelahan Dataran Merdeka) dari 15 Ogos hingga 15 September 2009.

Para pengarang puisi dan sajak diundang mengirim puisi dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris kepada penganjur secara lampiran (attachment) melalui e-mel sebelum 31 Julai 2009.

Puisi dan sajak yang terpilih akan dipersembahkan dalam bentuk ilustrasi oleh ahli MBBY yang merupakan artis dan pelukis berpengalaman, sebelum dipamerkan kepada umum.

Karya perlu dikirim ke alamat e-mel zamri_mbby@yahoo.com, databasebbt@gmail.com atau hasbima@gmail.com.

Hubungi talian 016-2558582 (Zamri) untuk maklumat lanjut.

Maklumat lanjut di http://www.uthayasb.blogspot.com

Sunday, July 19, 2009

Maskara Ogos 2009


Kepada sesiapa yang boleh pergi, pergi! Jangan lepaskan peluang menghadiri antara acara sastera-budaya penganjur NGO yang terhebat di Malaysia:

Ingin dimaklumkan dengan rasa berat hati, saya tidak akan hadir atas sebab-sebab tertentu, tetapi kalian akan dapat melihat keseriusan Saudagar Garam mengungkap kata, kehebatan Beeha berbicara melodi, Wani melangkah madah, Syafiq dan kawan-kawan melepaskan gian teater dan Danielle menaburkan kuasa sensualnya, ditambah dengan prebet Sol-jah Samurai melontar bahasa-bahasa witnya sebagai hos pada malam berikut. Jangan lepaskan peluang, sebelum Ramadhan menjelang (dan anda yang kaki-kaki ada tanduk tak dapatlah bersuka-ria)!

Tuesday, May 12, 2009

Program Dikir Barat Kembara Bahasa 2009




1 Mei 2009
9 Malam
Tali Air Kg. Tempoyak, Bachok
Chaos
lawak malam tu:
Khap khun Krap,
Balah ngan bini tak boleh dakap!