Saya Sedang Membaca

Petaka Bakteria oleh Mohd Kasim Mahmud| Hikayat Tiga Negara Jilid 4 terjemahan oleh Yuen Boon Chan, Woo Tack Lok | Atlantis: The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Santos | The Mind of The Malay Author oleh Muhammad Haji Salleh | Letters From Thailand oleh Botan | The Genesis of the Novel in Thailand oleh Wibha Senanan|

Saturday, April 11, 2009

PERTANDINGAN MONODRAMA ADAPTASI CERPEN WILAYAH TIMUR

SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN MONODRAMA ADAPTASI CERPEN WILAYAH TIMUR

a) Syarat Umum

I. Penyertaan terbuka kepada kumpulan yang anggotanya terdiri daripada warganegara Malaysia yang bekerja, belajar, atau menetap di negeri Kelantan, Terengganu atau Pahang.

II. Peserta daripada setiap kumpulan dikehendaki menyertakan butir-butir lengkap yang di sediakan dalam borang penyertaan. Semua butiran dalam borang penyertaan perlu dilengkapkan dan diserahkan kepada urus setia pertandingan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan. Sekiranya butiran yang diberikan palsu, penganjur berhak menolak penyertaan yang dihantar.

III. Urus setia dan kakitangan pihak penganjur utama (DBPWT) tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

IV. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kelewatan penerimaan borang penyertaan. Pihak penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan atau kehilangan borang penyertaan.

V. Penganjur berhak menggunakan nama dan gambar ahli kumpulan untuk tujuan pengiklanan, percetakan dan publisiti tanpa bayaran honorarium.

VI. Penganjur berhak menggunakan skrip pementasan dan apa-apa jua visual rakaman video, foto dan audio kumpulan yang memasuki pertandingan ini untuk diterbitkan atau untuk sebarang tujuan lain.

VII. Skrip dan dialog pelakon hendaklah menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, kecuali kata pinjam dalam bahasa lain yang diizinkan oleh pihak penganjur.


b) Syarat Kumpulan

I. Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang atau tidak lebih daripada 10 orang. Jumlah ini merangkumi Pengarah, Pelakon, Penulis Skrip dan petugas-petugas lain yang difikirkan sesuai dalam sesebuah kumpulan. Nama ketua dan anggota kumpulan tersebut serta penulis skrip hendaklah diisi dengan lengkap dalam borang penyertaan.

II. Jumlah pelakon dalam pertandingan ditetapkan hanya seorang pelakon sahaja dalam satu pementasan.

III. Masa untuk satu pementasan yang ditetapkan antara 15-20 minit sahaja. Masa untuk persiapan set ditetapkan 5 minit sahaja.

IV. Pihak penganjur pertandingan akan menilai setiap penyertaan dan olahan skrip yang dihantar. Jika terdapat kumpulan yang tidak memenuhi kriteria syarat pertandingan, penyertaan kumpulan akan ditolak.

V. Pihak penganjur hanya menyediakan tempat dan kemudahan asas pementasan sahaja. Segala urusan teknikal atau apa-apa juga kelengkapan tambahan seperti prop dan set pentas atau sebagainya merupakan urusan kumpulan.

VI. DBPWT akan memilih cerpen yang sesuai untuk dipentaskan. Kumpulan yang bertanding haruslah mengadaptasi karya cerpen tersebut ke pementasan berbentuk monodrama. Penentuan karya cerpen bagi setiap kumpulan yang bertanding adalah melalui cabutan undi. Olahan skrip hendaklah asli serta belum pernah dipentaskan sama ada dalam persembahan atau pertandingan lain.

VII. Perkara-perkara sensitif yang berkaitan perkauman, keselamatan negara, agama, budaya bangsa dan sebagainya di Malaysia adalah dilarang penggunaannya dalam skrip.

VIII. Setiap penyertaan yang ingin dipentaskan hendaklah disertakan skrip yang lengkap termasuk sinopsisnya serta nama penulis skrip dalam bentuk bercetak serta CD atau disket.

IX. Digalakkan menggunakan nama dalam bahasa Melayu yang bercitrakan budaya bangsa Malaysia untuk nama kumpulan.

X. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas segala urusan cuti, pengangkutan dan kos ahli kumpulan untuk menyertai pertandingan ini. Semua urusan tersebut hendaklah diuruskan oleh setiap ahli kumpulan.


HADIAH

Pemenang Pertama : RM3,000.00

Pemenang Kedua : RM2,000.00

Pemenang Ketiga : RM1,000.00

Pemenang Sagu Hati : RM500.00 (2 Kumpulan)


Borang penyertaan hendaklah diterima oleh penganjur sebelum atau pada 31 Mei 2009. Borang boleh didapatkan dengan mengirim e-mel kepada fadliakiti@gmail.com.


Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikirim kepada (secara pos atau faks):

Urus Setia,
Peraduan Monodrama Adaptasi Cerpen Wilayah Timur,
Sempena Ulang Tahun Ke-10 DBP Wilayah Timur,
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur,
Lot PT 107-109, Jalan Abdul Kadir Adabi,
15200 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
Telefon : 09-7414906 (En. Muhammad Fadhli al-Akiti)
Faks : 09-7475252





SENARAI JUDUL CERPEN PILIHAN UNTUK ADAPTASI MONODRAMA

Senarai cerpen di bawah dipilih daripada Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka:

1. “Pensel Sebatang” oleh Ali Majod
2. “Seladang” oleh Azizi Hj. Abdullah
3. “Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan” oleh Fatimah Busu
4. “Orgaden” oleh Jong Chian Lai
5. “Pahlawan Lembu” oleh S. Othman Kelantan
6. “Perahu” oleh SM Zakir
7. “Nyanyian Orang Laut” oleh Siti Zainon Ismail
8. “Warna Katarsis” oleh Zaen Kasturi
9. “Perjalanan Sperov” oleh Zaharah Nawawi
10. “Anak Gembala” oleh Zahari Affandi

1 comment:

lanterajiwa said...

Sumbangan Dana Untuk Album ‘Dari Rakyat Untuk Rakyat’ dendangan Meor

Nama Meor bukan lagi asing bagi penikmat muzikal jalanan (busker) terutama di Central Market. Sang penulis lagu dan pelantun suara ini juga telah berjaya menyiapkan 6 album sepanjang beliau digelar seniman jalanan. Tergerak daripada cuit-muit, sepak terajang dunia elitas dan sensitiviti beliau terhadap golongan marhaen maka tercetuslah ilham bagi merakamkan album yang diberi judul ‘Dari Rakyat Untuk Rakyat’. Sesuatu perkara yang menarik tentang album yang bakal terbit ini ialah kerana kesemua lirik disumbangkan oleh mereka yang komited dalam perjuangan dengan cara masing-masing seperti Black (Amin Iskandar) , Rahmat Haron, Ubi Lepih, Abdullah Jones, Hishamuddin Rais, Amer Hamzah Arshad dan Pyan Habib. Merujuk kepada judul album yang merakyat maka Meor mengajak semua sosok yang bergelar rakyat untuk sama-sama menggalang dana menerbitkan album yang memberahikan kejujuran sejurus sebagai satu tatapan generasi esok…

http://www.pestajiwa.net/
http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/04/sumbangan-dana-untuk-album-dari-rakyat.html