Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |
Showing posts with label Uthaya Sankar SB. Show all posts
Showing posts with label Uthaya Sankar SB. Show all posts

Tuesday, July 1, 2008

Majlis Rudra Avatara

Kumpulan Sasterawan Kavyan
Jawatankuasa Induk Pesta Buku Selangor 2008
Pusat Komuniti ERA

dengan penuh takzim mengundang saudara

ke


Majlis Pelancaran
Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia
Rudra Avatara
Uthaya Sankar SB


Tarikh
26 Julai 2008 (Sabtu)

Masa
1:30 tengah hari – 2:30 petang

Tempat
Pentas Aktiviti, Kompleks PKNS, Shah Alam

Sempena
Pesta Buku Selangor 2008

Pelancaran oleh
Sasterawan Negara Datuk (Dr) A. Samad Said
(Penasihat Agung Kavyan)

Maklumat Buku
SILA KLIK DI SINI

Maklumat Media
SILA KLIK DI SINI

Keterangan Lanjut
012-3368142
uthayasb@yahoo.com.my


Rangka Atur Cara

1:00 tengah hari
Ketibaan Tetamu Undangan
Pengedaran Borang Tempahan Buku
Ketibaan Wakil Media
Ketibaan Datuk N. Marimuthu
Ketibaan SN Datuk A. Samad Said
Penyerahan Borang Tempahan & Bayaran kepada Jawatankuasa

1:30 tengah hari
Ucapan Pengacara Majlis
Ucapan Alu-aluan Datuk N. Marimuthu (Presiden Fomca)
Ucapan Pelancaran SN Datuk A. Samad Said
Gimik Pelancaran

2:00 petang
Penyampaian Buku oleh SN Datuk A. Samad Said dan Datuk N. Marimuthu kepada Individu yang membuat Tempahan Awal
Penyampaian Cenderamata kepada Encik Thomas Iruthayam
Penyampaian Cenderamata kepada Datuk N. Marimuthu
Penyampaian Cenderamata kepada SN Datuk A. Samad Said

2:30 petang
Sesi Fotografi
Sidang Media bersama SN Datuk A. Samad Said, Datuk N. Marimuthu dan Uthaya Sankar SB

Pakaian
Tradisional kaum, keturunan & etnik Malaysia digalakkan

Thursday, May 1, 2008

Kenali Penulis Malaysia

Tindakan Sasterawan Negara, Datuk (Dr) A. Samad Said baru-baru ini mengumumkan tidak mahu lagi menggunakan gelaran "Sasterawan Negara" (Utusan Malaysia, 24 Januari 2008) mengundang pelbagai persoalan mengenai kedudukan dan nasib golongan penulis karya sastera di negara ini.

Begitu juga, apabila baru-baru ini, Datuk A. Samad Said mula mendapatkan tandatangan pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada petisyen berhubung usahanya mendapatkan semula hak cipta bagi ebberapa buah novelnya yang masih belum dipulangkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (Berita Harian, 22 April 2008).

Insiden seperti ini pasti mengundang rasa ingin tahu orang ramai untuk mengenali pemikiran, sensitiviti dan peribadi golongan sastrawan.

Maka, usaha Perpustakaan Negara Malaysia dengan ekrjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menganjurkan "Pameran Wajah-wajah Penulis Malaysia" harus dilihat sebagai suatu sumbangan besar ke arah mengiktiraf golongan penulis, selain membantu masyarakat umum mengenali mereka secara lebih dekat.

Pameran yang bertemakan "Setitis Tinta ... Sejuta Karya" dijadualkan berlangsung di galeri pameran Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur pada 5-31 Mei ini.

Saya percaya, wakil persatuan penulis pelbagai kaum dan bahasa, serta individu penulis pelbagai kaum akan diundang ke pameran ini untuk memberi peluang kepada para pengunjung mengenali mereka secara lebih dekat.

Pameran ini juga diharap membuka ruang untuk lebih mengenali golongan sasterawan dan pelbagai isu yang semacam menghantui dunia penulisan mereka.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai "Pameran Wajah-wajah Penulis Malaysia" di laman sesawang www.kavyan.cjb.net

Thursday, April 26, 2007

Bengkel Cerpen Kavyan


Nota fadz: Sila ambil perhatian. Iklan daripada seorang kawan baik saya:-

Remaja dan belia berusia 15-35 tahun dipelawa menyertai "Bengkel Cerpen Kavyan" anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada Ahad, 27 Mei 2007.

Bengkel sehari ini bertujuan membimbing peserta pelbagai kaum mengenai teknik menghasilkan cerpen bermutu; berdasarkan contoh, latihan intensif, bedah karya dan dialog bersama pembimbing.

Peserta akan dibimbing oleh presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB yang merupakan cerpenis yang prolifik dan giat mengendalikan siri bengkel penulisan.

Jumlah peserta adalah terhad dan sesiapa yang berminat wajib mendaftar nama terlebih dahulu.

Hubungi infokavyan@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.