Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Wednesday, January 2, 2013

Dah Tiba Masa Kita Iktiraf Karya ...

... penulis setelah puas menikmatinya.

Ada cakap-cakap antara kawan bahawa kami mau menggerakkan satu anugerah, mungkin dipanggil Anugerah Pilihan Majlis Pembaca (The Reader Circles' Choice Award) buat novel-novel bahasa Melayu (bahasa kebangsaan kita, ya) yang diterbitkan pada tahun 2013.

Kerja ni kerja suka-suka, tapi rasanya bukan kerja main-main.

Novel kita perlukan pengiktirafan bukan sekadar kebangsaan dan popular kedai buku, tetapi jamahan dan pilihan (kritikal) para pembacanya.

Sudah tiba masanya karya-karya kita diiktiraf dengan tempat yang sepatutnya kerana memberi kita, para pembaca, sesuatu, baik sebuah karya sastera, kemudian pelbagai fiksyen spekulatif (yang baik), dengan deretan hasil terbitan karya indie (yang sepatutnya baik) dan perseorangan.

Kerja ni masih dalam rancangan, tetapi semangat itu dah ada. Saya mula mahu mencari novel-novel terbitan tahun ini, sama ada penulisnya berpengalaman ataupun baru berkecimpung berprosa.

OK, saya nak mula baca novel mana ya?

4 comments:

Unknown said...

Saya tidak ada pilihan melainkan bersetuju seratus peratus. Cuma daripada segi pelaksanaan, mungkin akan timbul isu berbangkit. Siapa yang bakal menganggotai Majlis itu nanti, misalannya.

Untuk berlaku adil, ataupun saya tidak pasti sama ada cadangan saya sesuai ataupun tidak, saya fikir wajar diwujudkan sebuah laman web, tak kisahlah sama ada di laman sosial sedia ada ataupun laman web kendiri--khusus untuk menerima undian.

Dan kalau boleh, libatkan semua sekali, tak kisahlah sama ada indie ataupun daripada arus perdana. Jangan ada yang terpinggir kalau boleh.

Barangkali perlu tiru acuan seperti Anugerah Popular BH. Pembaca berhak memilih daripada satu senarai panjang daripada kategori yang ditetapkan dan kemudian senarai pendek lima yang terbaik.

Oh, kalau nak memberi cadangan memang banyak tapi masalah mungkin timbul apabila tiba pelaksanaannya nanti.

Dan kalau boleh, biarlah lebih telus dan 'jujur' berbanding dengan Anugerah Buku Negara yang walaupun rumah sudah siap, bunyi pahat masih kedengaran sampai ke hari ini.

Anonymous said...

2013 baru bermula, sabar ya.

Fadli Akiti said...

erm, ini bukan majlis POPULAR masalahnya (I HATE ANUGERAH BINTANG POPULAR, there ive said it) dan saya setuju berkenaan acara "tertutup" ABN itew, OK, angkat tangan sape nak ikut serta! (wajib membaca ya!)

Bayangkan, Chicago Film Critics Society, tapi utk buku!

Jalee said...

Bagi saya Yasmin How You Know buku terbaik 2012. Apa pilihan tuan? 10 terbaik mungkin?