Tajuk: Keturunan Raja-raja Kelantan dan Peristiwa-peristiwa Bersejarah
Oleh: Abdullah b. Mohamed (Nakula)
Terbitan: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Tahun: 1981
Sinopsis:
Sebuah buku yang cuba membuka persoalan serta penganalisan sumber pertama dan kedua tentang sejarah-sejarah yang jarang-jarang dikenali oleh orang tentang negeri Kelantan Darul Naim.
Rasa:
Saya dapat menelaah buku ini dengan pertolongan Serunai Faqir yang meminjamkan saya bukunya. Jujur saya katakan, sewaktu saya muda, saya mempunyai persepsi yang kurang baik akan orang Kelantan (selain daripada kebanyakan keluarga saya yang berkahwin dengan orang Kelantan melalui kesusahan kerana generalisasi kaum lelakinya popular dengan berwatak mengejar perempuan lain walaupun sudah berumah tangga). Ini adalah kerana pembayangan saya bahawa orang Kelantan yang suka berkelompok dan berdialek Kelantan di antara mereka dan tidak suka bercampur dengan orang negeri lain, seakan saya tidak setaraf dengan mereka. Sebenarnya keadaan ini sama dengan orang Jawa atau Batak atau Acheh yang datang ke negeri ini. Saya sebenarnya salah apabila saya sendiri turun ke Kota Bharu, malah ke Machang, Gua Musang, Pasir Puteh, Sekebun Bunga dan beberapa tempat di Kelantan dan melihat sendiri bagaimana beradab dan sopannya orang Kelantan, dan bagaimana tidak sombongnya mereka terhadap tetamu luar. Malah selok-belok adab mereka sama halusnya seperti orang Perak yang saya kenal, malah saya seakan merasakan saya kembali ke kampung di Perak (walaupun dialek mereka agak janggal untuk saya ikuti).
Perjalanan saya mengenali orang Kelantan lebih terujakan dengan penemuan buku ini. Buku ini
mungkin sebuah buku yang kontreversi(?), kerana saya tidak ketemui apa-apa perbincangan dan penyataan yang mengambil isi kata yang tertera dalam buku berharga Nakula ini. Menurut
sumber yang saya dengar, penulisan dalam buku ini pun sebenarnya dirujuk daripada sumber-sumber istana Kelantan yang bukan selalu dibaca oleh ahli sejarah biasa (mungkin kerana proses pengumpulan bukti belum cukup untuk disahkan benar). Mungkin persepsi ini (antara idea buku ini, tamadun Melayu sebelum Melaka itu sendiri berlaku di Kelantan, dan Kelantan dahulu adalah pusat pemerintahan Majapahit di mana penganilasian tentang pengembaraan Hang Tuah ke Majapahit serta kebanyakan konsep budaya dan seni Kelantan yang serupa dengan Jawa) masih perlu dikaji dan ditentukan kesahihannya, tetapi analisa dan diskusi perkara yang diangkat oleh Nakula, membuatkan lagi tesis-tesis akan kedaulatan tamadun Melayu di Kelantan sebagai 'ibu' kepada kedaulatan raja-raja Melayu yang lain tampak menakjubkan dan suatu kebenaran yang tidak disangka-sangka. Antara contoh yang terbaik ialah bagaimana Nakula membandingkan nama-nama kerajaan lama Kelantan seperti Tanah Merah dengan beberapa sumber Cina, Barat dan India, memaparkan suatu penemuan yang jarang-jarang diambil peduli oleh sejarawan dan arkeologi tentang pusat pemerintahan kerajaan lama itu.
Antara penyataan yang paling membuka mata adalah kaitan yang Nakula lakukan terhadap kerajaan lama Sampugita dengan Zabaj (datangnya sumber Arab memanggil orang nusantara khususnya tanah semenanjung sebagai tanah Jawi daripada kerajaan lama Kelantan, Jawaka?) dan Jawa (orang Jawa, dikatakan, keturunan raja Kelantan ini pun yang menghasilkan susur galur raja-raja Jawa dan kelangsungan empayar Majapahit). Jika para pengkaji meneliti, Nakula yang mempunyai kekuatan memahami Sanskrit, Inggeris, Melayu dan Thai, dapat menyelaraskan dan menemui hal-hal simbolisme dan estetika kerjaan zaman lama (kepentingan dewa, bukit, cahaya, buih) sekali gus tentang pembudayaan orang Melayu-Jawi-Nusantara. Apa yang kita faham lagi, zaman-zaman itu, orang Melayu tidak pernah dipanggil Melayu pun (malah lebih penting untuk dikenali sebagai masyarakat yang mewakili kota yang diduduki, contohnya orang Funan atau Majapahit atau Melaka kerana konsep kebangsaan dari orang barat belum sampai ke Tanah Melayu lagi), malah orang 'Jawi' lebih persis untuk merangkul kesarwajagatan golongan bangsa nusantara yang duduk di kawasan Tenggara Asia ini.

Walaupun banyak persoalan yang mungkin terbongkar dan menyebabkan kontreversi (di antaranya, kota pusat Majapahit yang terletak di Kelantan dan bukan kepulauan Jawa) di kalangan penyelidik sejarah, buku Nakula ini boleh dijadikan sebuah rujukan utama dalam menyambung beberapa titik-titik sejarah yang samar jika konsep 'sejarah ditulis oleh orang-orang yang menang' melampirkan satu kebenaran.