Kandungan isi Dewan Sastera November 2008 kali ini sangat memuaskan. Pengenalan teori-teori sastera, lebih-lebih lagi rencana Mana Sikana tentang teori ciptaan Mohamad Mokhtar Abu Hassan, “Konseptual Kata Kunci” sangat segar. Malah pengenalan Mana Sikana kepada beberapa teori sastera Malaysia yang saya tidak tahu pun ia wujud sangat membuka mata saya. Saya hanya kenal teori Teksdealisme dan Puitika Sastera Melayu sahaja sebelum ini.
Apabila saya meneliti fungsi dan konsep teori ciptaan Mohamad Mokhtar ini, saya menjadi sangat gembira, oleh sebab teori ini benar-benar boleh digunakan dalam susastera, hatta dalam pengkajian sains sosial sekalipun. Malah, teori ini sebuah teori yang senang untuk digunakan, tetapi mempunyai objektiviti yang terserlah nyata. Saya tidak akan menyatakan hal teknikal bagaimana teori ini berfungsi, di mana anda bolehlah membeli majalah ini untuk mengenalinya. Biarlah saya kata, penemuan yang tercipta selepas menggunakan teori ini sangat menarik. Contoh di mana teks-teks Usman Awang digunakan untuk mengaitkan dengan konsep perspektif pengarang tentang “kemiskinan” sangat menarik.
Memang kalau diperlihat, intertekstualiti kenseptual ini bukan tulen (ide pascamoden pun menolak ketulenan dalam dunia ini, semuanya sudah digunapakai secara prasedar ataus edar). Penstrukturan “konsep” itu sendiri pernah diperkenalkan oleh Plato, kemudian dipercantikkan oleh Aristotle, dan diperelokkan lagi oleh ahli pemikir dan saintis Islam, terutamanya al-Ghazali dalam bidang “pengkategorian”, lalu dikembangkan oleh saintis seperti Mandel untuk tujuan pengkategorian alamiah. Mohamad Mokhtar hanya menyesuaikan bentuk dan roh idea ini dalam penganalisian susastera, dan ianya satu penemuan teori yang sangat rasional dan praktikal. Malah, kesesuaiannya terhadap teori Lacan, antara ahli psikologi yang mutakhir, juga bersifat interdisiplin (mengambil kira kaitan antara disiplin-disiplin untuk membuahkan sebuah konsep) membuatkan teori ini kehadapan, malah boleh diperkenalkan kepada pengkaji antarabangsa.
Malah teori ini dicuba oleh seorang pelajar sastera (yang memenangi Akademi Sastera 2008) dengan karya Shahnon Ahmad, TIVI, mengaitkan hasil karya sasterawan negara itu dengan konsep “kemungkaran”. Saya melihat, pelajar itu setengah berjaya, kerana beliau tidak secara holistik mengetahui latarbelakang Shahnon, serta kaitan ekstrinsik terbitan novel itu dengan ekstrinsik pengarangnya. Apa-apa pun, pelajar itu berjaya menunjukkan, teori Konseptual Kata Kunci sangat praktikal tetapi masih boleh dihuraikan dengan mendalam jika para pengkaji sastera berani menggunakan teori ini dengan interdisiplin yang disampaikan.