Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Thursday, January 10, 2013

Setelah Kalimah Allah Diguna Semua

Setelah kalimah Allah digunakan oleh semua rakyat Malaysia, 100 tahun berlalu pada suatu hari:

Rizal dan Mikhail (nama sebelumnya Micheal, tetapi sejak kalimah Allah ditunaikan dalam pelbagai kaum, Micheal rasa lagi kool dia guna nama Mikhail, ikut trend semasa) sedang berjalan-jalan balik dari sekolah, mereka berbual:

"Rizal, Allah kau berehat waktu Jumaat kan?"

"Kenapa pula? Allah aku tak pernah berehatlah."

"Tapi kau sembahyang Jumaat hari Jumaat, kira wajib kan, kami ke gereja, berdoa untuk Allah hari Ahad, hari Allah selesai buat segala-gala di dunia ni."

"Oh tak, walaupun kita solat Jumaat, Allah kita tak pernah tidur macam Allah Yesus kau."

"Makna kau, Allah Isa aku?"

"Ah, iyelah."

"Ya, Allah, aku terlupa nak bawak balik buku latihan matematik. Siap nanti Cikgu Zachery marah nanti."

"Allah, aku tak boleh ikutlah, mak aku dah tunggu nak bawak aku ke Kidzonia hari ni."

"Ok, takpelah, semoga Allah bersamamu."

"Dan kamu juga!" 

"Assalamualaikum!"

Kali ni, Rizal hanya terdiam tapi mengukir senyuman.

[Fiksyen ini hanya cerita rekaan, sila gunakan sebagai perdebatan ilmiah, bukan politik]

No comments: