Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Tuesday, June 10, 2008

Beli SAGA HORIZON Secara Talian

Pada 3024 A.D...

Dunia huru-hara. Sejarah dan kegemilangan tamadun manusia sudah musnah ditelan zaman. Bumi jadi tandus, dihujani asid. Jembalang Bertulang Besi bermaharajalela. Manusia diserang, dibunuh dan diselubungi kerakusan.

Rogue gagah menumpaskan jembalang-jembalang itu. Askar upahan bermata helang itu mahu membalas dendam atas kematian datuknya. Mengenali Jafni telah menemukan dia dengan misteri silam yang mengundang peristiwa Malapetaka Maha.

Segalanya bermula apabila ASAIN, sebuah mandroid menyerupai manusia dicipta. Mencetuskan pergolakan antara manusia - robot yang mengakibatkan kemusnahan bumi yang nyata.Mereka mencari punca, hanya untuk membongkar suatu rahsia. Siapa ASAIN? Siapa Maisara? Dan siapa Ummi? Misteri ini mesti dirungkaikan! Rahsia yang akan menukar jiwa dan tanggapan mereka buat selama-lamanya.

Kini anda boleh membeli SAGA HORIZON secara online di:

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/to%20be%20change/N_bukuSagaHorizon.htm

No comments: