Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Thursday, March 15, 2007

Martika- War of The worlds Versi Melayu Remaja



Tajuk: Martika
Oleh: Lamia Aimal @ Noormaizah Yaacob
Terbitan: DBP
Tahun: 1991

Sinopsis:

Malaysia diserang makhluk Aplus dari sebuah planet asing. Martika dan sekumpulan manusia yang diketuai oleh Zarif berkubu di sebuah pusat membeli-belah.

Mereka merancang dan menjalankan misi serang balas dan serang hendap terhadap Aplus dan konco-konconya. Martika yang melihat segala ini berlaku mengawal dan menolong Zarif walaupun membenci sikap 'machoist' Zarif terhadapnya.

Dalam diam, dia sedar jiwanya juga akan berubah sepertimana kebanyakan insan yang mengelilinginya.


Rasa:

Tema dan idea buku ini sebenarnya menarik. Bayangkan ID4 pada tahun 1996 sudah dinukil oleh penulis tempatan kita dalam bentuk sebuah fiksyen sains remaja. Tetapi singkapan ini tidak benar sebenarnya.

Lamia sebenarnya tampak sangat, terikut dan terpengaruh pada dua jenis idea 'jajahan dari planet luar'- war of the Worlds H.G. Wells (dalam novel ini, kejadian serangan makhluk asing tiba-tiba sahaja berlaku, seperti filem Dawn of Dead Romero yang juga mengambil pusat membeli-belah sebagai latarbelakang plotnya) dan siri SF-cult TV 80-an yang terkenal, "V". Lebih-lebih lagi "V", di mana segelintir manusianya cuba berkumpul dan bersatu untuk menentang kuasa asing yang menjajah negara mereka, dan bagaimana mereka menyedari keperluan kemanusian dan sifat patriotik perlu ditanamkan dalam sanubari untuk menjaga negara dari ditakluk lagi.

Novel ini juga tentang proses melupakan sikap buruk dan dosa lama manusia lalu membersihkan diri untuk berubah menjadi insan yang kamil dan lebih berpendirian. Ini dilakukan dengan kelakuan 'jihad' untuk mencapai kemerdekaan negara. Ia juga satu sindiran Lamia pada masyarakat kini yang kurang atau tiadanya semangat nasionalisme dalam diri mereka, terikut-ikut dengan budaya kuning dan yang melalaikan. Lamia seakan mahu katakan, bila Malaysia diserang, baru rakyatnya mahu sedar.

Tema ini agak baik, tetapi cara dan olahan Lamia agak melecehkan. Mungkin kerana ini adalah percubaan pertamanya. Banyak plot dalam novel ini agak dibuat-buat, leceh dan membuat aku tertanya, logik atau tidak. Lebih-lebih lagi apabila plot ibu Martika memasuki plot cerita. Kedatangannya sangat tiba-tiba.

Plot Yasmin berbaik dengan Amalin juga tampak lemah. Memang ideanya untuk menunjukkan sikap bersatu, tetapi semudah itu mereka berbaik/kembali? Dan satu lagi adalah watak Honeora yang ditangkap konco Zarif. Apakah motivasi Honeora untuk terus membenci kaumnya sendiri lalu terus mengikut kata perintah Zarif dan Martika?

Aku mempunyai masalah dengan watak zarif. Idea Zarif sebagai anak seorang pegawai tinggi kerajaan juga tampak sangat feudalisme Melayu dan memang terlalu patriach. Yang aku kira Martika bolehlah menjadi pengimbang pada watak zarif ini, tetapi akhirnya dia terjerat juga dengan dominasi kelakian terhadap wanita dalam novel ini. Si wanita selalunya penerima, tidak pernah pengimbang.

Novel ini walaupun agak terbuat-buat dan agak bersyarah, sekurang-kurangnya ia sebuah novel fiksyen sains pertama kita yang menulis tentang penjajahan makhluk asing di bumi Malaysia.

3 comments:

Anonymous said...

Saya sangat suka buku martika. Saya beli semasa 1991 dan membacanya berkali-kali sehingga bukunya hilang semasa pindah ke Indonesi pada 1993. Ingin sekali membacanya sekali lagi.

CiK Nik @ keNek :) said...

kat mana nak cr buku nie ek? sy baca masa sy umur 12thun..1996...ini adalah first novel yg saya baca dlm hidup sy...n the only cte yg title n jalan cerita nyer ada dlm kepala saya.....dah tua tua nie..rasa nk beli jerk buku tue..sbb dulu pinjam kat library sekolah..tp, tak tau kat mana jual skrg.. :[

fadz said...

Cik Nik, kena pegi Dawama Ulu Kelang utk dapatkan buku ni.. dgr2 mereka tgh buat jualan murah di sana..