Saya Sedang Membaca

Batu Ketiga Dari Matahari oleh Sahidzan, Encik Psychopath, Lucifer, april, KHRLHSYM, Ophan Bunjos, nasyrun, Zoul Yazix| Hikayat Tiga Negara Jilid 3terjemahan oleh Yuen Boon Chan, Woo Tack Lok | Message to Adolf oleh Osamu Tezuka | Atlantis: The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Santos | To the Devil a Daughter oleh Dennis Wheatley | The Mind of The Malay Author oleh Muhammad Haji Salleh | Kronikel Bumi oleh Nurul Izwazi Mohd Nor | Cloud Atlas oleh David Mitchell |

Sunday, November 7, 2010

Trilogi Pertama "Kanak-kanak Zaman Kebuluran" Yang Asyik



Tajuk: Di Bawah Pohon Hawthorn

Oleh: Marita Conlon-McKenna (diterjemah oleh Ramlah Muhamad)
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 2010

Sinopsis:
Cerita tentang pengembaraan Eily, Micheal dan Peggy merupakan kisah hidup sebenar zaman kebuluran di Ireland pada akhir 1880-an. Mereka bergerak ke Castletaggart untuk mencari nenek saudara mereka, satu-satunya peluang untuk mereka meneruskan hidup.
Rasa:
Kita mengikuti liku perjalanan, pengembaraan tiga adik-beradik dari rumah mereka di sebuah ladang ke sebuah bandar yang mengambil sebulan lamanya untuk sampai. Debar, seksa dan sedih dapat dirasai sepanjang perjalanan, secara episodik tetapi tidak pernah menjemukan.

Kekuatan terjemahan yang baik, dengan kuasa McKenna mengalun cerita yang jujur dan benar terhadap keadaan Ireland pada waktu itu (dibawah jajah Raja England) serta kemelaratan yang tidka dapat diusir pergi. Atas jejek sakit dan pedih inilah, orang Irealnd membina bangsa mereka.

Sesuatu yang menarik tentang gaya penulisan McKenna, beliau tidak memberi kita hal-hal yang "terlalu susah" untuk dimamah dalma perjalanan cerita, dan langsung membawa kita menonton segala keseraman dan kegusaran, serta keindahan latar Ireland diterangkan melalui mata kanak-kanak. Ini penting untuk sekali gus menambahkan simpati, juga pemahaman yang paling asas berkenaan hal-hal yang berlaku dan dihadapi oleh tiga adik-beradik tersebut. Pilu dan pemahaman sosial diseimbangkan. Ini dikesan efektif dalam babak melawat ke sebuah dapur makanan, dikejar anjing serta demam Peggy kerana ianya membawa kesan syahdu yang berpanjangan kepada pembaca.

Satu buku kanak-kanak klasik!

Thursday, November 4, 2010

Satu Sejarah Sedang Dilakukan

Saya melawat editor buku-buku Sindiket Sol-Jah baru tadi. Beliau menunjukkan kepada saya sebuah manuskrip yang sedang dalam percetakan, sudah siap disemak dan dipruf. Saya mengenali penulis "manuskrip" tersebut. Saya yang agak kritikal terhadap mana-mana karya, membelek manuskrip tersebut.

Tangan saya terlepas dan manuskrip itu hampir jatuh - sang editor menyambutnya.

Saya katakan kepada editor itu, "Inilah buku paling penting yang pernah diterbitkan oleh Sindiket Sol-Jah, mungkin penting dalam sejarah persuratan kita."

Ya, ia begitu penting sehinggakan saya perlu menyatakan dalam entri blog saya kali ini.