Saya Sedang Membaca

Batu Ketiga Dari Matahari oleh Sahidzan, Encik Psychopath, Lucifer, april, KHRLHSYM, Ophan Bunjos, nasyrun, Zoul Yazix| Hikayat Tiga Negara Jilid 3terjemahan oleh Yuen Boon Chan, Woo Tack Lok | Message to Adolf oleh Osamu Tezuka | Atlantis: The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Santos | To the Devil a Daughter oleh Dennis Wheatley | The Mind of The Malay Author oleh Muhammad Haji Salleh | Kronikel Bumi oleh Nurul Izwazi Mohd Nor | Cloud Atlas oleh David Mitchell |

Thursday, July 30, 2009

Kegemilangan cendekiawan, saintis Islam wajar jadi idola generasi muda

Muslim perlu hidupkan semula semangat penyelidikan
Oleh Hasliza Hassanhasliza@bharian.com.my

PERADABAN sains dan teknologi menjadi asas kepada penemuan serta penghasilan yang memberi manfaat kepada semua dan umat Islam perlu mengambil langkah mengembalikan semula kecemerlangan dalam bidang yang pernah dikuasai ilmuwan terdahulu. Profesor Optik Elektronik Universiti York, United Kingdom, Prof Dr Mohamed El-Gomati, berkata setiap langkah perlu terarah untuk menghidupkan semula semangat penyelidik dulu yang berusaha menghasilkan penemuan memberi kebaikan kepada ummah.

Pada masa sama katanya, usaha itu perlu bagi memperbetulkan fakta sejarah yang menafikan kebangkitan ilmuwan serta ahli sains Islam yang berjaya menghasilkan penemuan dan rekaan yang bukan saja diiktiraf malah memberi banyak manfaat kepada manusia. "Sejarah peradaban dan sains yang sering diajar dalam sistem pendidikan bermula daripada sejarah Greek, Roman, Zaman Kegelapan, Kebangkitan, Perindustrian dan tamadun moden hari ini, sedangkan ilmuwan Islam juga banyak berjasa dalam perkembangan ilmu sains. "Kita ramai ahli sains seperti Ibn Sinna yang terkenal dalam ilmu perubatan, Al-Biruni menguasai bidang geografi, Abul Qassim yang mencipta peralatan pembedahan, Al-Zahrawi, Al-Idrisis dan ramai lagi yang sepatutnya menjadi idola umat Islam hari ini," katanya.

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Belajar Daripada Masa Lalu, Perancangan Masa Depan', pada Persidangan Antarabangsa Muslim dan Sempadan Ilmu pada Abad 21: Isu, Prospek dan Cabaran anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), di Kuala Lumpur semalam. Katanya, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam hari ini memahami perkembangan ilmu pengetahuan umat Islam dulu supaya dapat menggerakkan semua semangat memperkasa diri melalui ilmu semasa yang giat berkembang. Dr Mohamed berkata, selain mengarahkan tumpuan kepada memanfaat ilmu yang terus berkembang, usaha menghidupkan semula kecemerlangan umat Islam dapat dilakukan dengan mempopularkan sejarah mengenai ilmuwan silam. Langkah lain perlu dilaksanakan ialah menghasilkan penulisan buku menggambarkan serta meraikan perkembangan ilmu sains dan menggalakkan sifat dermawan bagi mengumpul dana untuk melakukan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi.

Beliau yang mengagumi bapa ilmu optik, Ibn Haitham, berkata usaha perlu dilakukan dalam memahami faktor menjurus kepada penolakan terhadap hakikat sejarah kegemilangan dicapai ilmuwan Islam dalam bidang sains serta bila ia bermula. "Banyak sebab menyebabkan penolakan itu antaranya intelektual seperti Ernest Renan dan Max Weber yang mengatakan bahawa pemikiran orang Timur tidak berupaya menghasilkan pemikiran yang rasional. "Malah wujud dakwaan orang Arab kurang bijak berbanding orang Barat dan ia dipengaruhi pula oleh perselisihan antara sebab dengan wahyu selain peristiwa serangan serta pemusnahan Baghdad yang menyebabkan ketidakstabilan," katanya.

Felo Universiti Oxford, United Kingdom, Dr Muhammad Afifi Al-Akiti pula berkata, kepentingan mengembalikan semangat menguasai ilmu yang menjadi sebahagian daripada fardu kifayah boleh bertukar menjadi wajib iaitu fardu ain jika tiada seorang pun yang mengambil inisiatif melaksanakannya demi kepentingan umat sejagat. Ketika pembentangan kerja kerja bertajuk 'Muslim Menghadapi Sempadan Ilmu: Mempergiat Kerangka Fardu Ain dan Fardu Kifayah', beliau memetik pendapat Imam al-Haramayn Ibn Al-Juwayni, melaksanakan amalan fardu kifayah lebih utama daripada fardu ain.

Katanya, pendapat itu bagaimanapun tidak mengubah kewajipan menunaikan fardu ain cuma menepis salah faham yang kononnya fardu ain tidak boleh diabaikan sementara fardu kifayah mencukupi sekadar ada pihak yang melaksanakannya. "Sebenarnya apabila amalan fardu kifayah tidak dilaksanakan bermakna ia menjadi fardu ain, iaitu kewajipan kepada semua individu. Contohnya solat jenazah adalah fardu kifayah tetapi jika tiada siapa yang melakukannya, ia menjadi fardu ain dan semua perlu melaksanakan amalan fardu kifayah itu," katanya. Beliau berkata, ayat Allah SWT yang bermaksud biar ada daripada kalangan kamu melakukan tugas ini iaitu mengajak kepada kebaikan, jelas menekankan kepentingan amalan fardu kifayah juga penting seperti amalan fardu ain.

Oleh itu katanya, tiada pemisahan antara ilmu sekular atau ilmu agama sebaliknya umat Islam perlu menggunakan perkembangan ilmu pengetahuan yang berlaku hari ini supaya dapat memberi kebaikan kepada manusia. Dr Afifi berkata, ilmu penting membentuk serta merencana kehidupan manusia dengan syarat ia digunakan dengan cara yang betul bukan untuk melakukan kerosakan. Bagi umat Islam, ilmu yang dipelajari boleh menjadi ibadah jika niatnya ikhlas kerana Allah SWT. Katanya, apa yang dilakukan ilmuwan Islam dulu ialah menterjemahkan ilmu yang dikuasai ke arah menghasilkan apa yang terbaik untuk umat manusia dengan kesedaran bahawa perjuangan itu sebahagian daripada tuntutan agama. "Imam as-Syafie berkata, ilmu adalah yang dimanfaatkan, bukan yang dihafal dan ini termasuk ilmu sekular kerana ilmu perlu untuk kehidupan di dunia," katanya.

Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu Ke-X

Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu Ke-X
"Kesusasteraan Melayu Dalam Rentas-Ilmu"
18-19 November 2009
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Yuran Penyertaan
Pembentang/Peserta - RM100.00
Pelajar - RM50.00
Sila Hubungi:
Sekretariat SAKM X,
Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangir.

Telefon:
03-89215288 (Dr. Mawar Shafei)
03-89215573 (PM Dr Misran Rokimin)
Mel-e:

Wednesday, July 29, 2009

Scholar Urges Ulama To Be Equipped With Other Knowledge

29 July 2009

KUALA LUMPUR, July 29 (Bernama) -- It is the duty of the ulama to equip themselves with knowledge, other than their field of expertise, to ensure their views are not misleading, said an Islamic scholar from Oxford University.

An expert in theology and philosopy of both Islamic and Western traditions, Dr Muhammad Afifi al-Akiti said the `alim' (the religious) must also be willing to admit their own limitations when dealing with issues outside their training.

"By equipping oneself with other knowledge, one will have a broader view of things, and when one gives out answers, one will be able to put things into perspective.

"That's why, it is important for leaders, authority, (and) in this case, religion, to be aware of his or her own limit, in the sense that Imam Shafie said one of the syarat (prerequisite) for approaching knowledge is to have awareness, to know that these are areas that I do not know that I shouldn't pontificate," he told Bernama in an interview here Wednesday.

However he said, there were irresponsible persons who might not realise they were 'jahil muraqab' or "did not know that they did not know", yet giving out incorrect opinions or advice on a particular issue.

Such behaviour would bring about consequences that might be difficult to rectify, said Dr Muhammad Afifi, who is Islamic Studies lecturer at Oxford's faculty of theology.

He is also of the opinion that there were some `ulama' who had failed to relate `duniawi' (worldly) activities and `ukhrawi' (hereafter) activities', thus confining themselves to narrowed-minded views.

"Actually, worldy or 'duniawi' activies can become 'ukhrawi' activities if they are done with the right intent, and that is, to benefit people. The same goes with 'ukhrawi' activity that can become 'duniawi' or secular if it is not done sincerely," he said.

Citing an example of opening a window, Muhammad Afifi pointed out it was a 'duniawi' activity, yet if the intent of the activity was to allow fresh air in for the benefit of the people in the room, then it would become an 'ukhrawi' activity.

Unfortunately he said, there were `ulama' who were unable to see it that way, and had instead, restricted themselves to only one point of view.

Muhammad Afifi was one of the 24 people who presented papers at an international conference on 'Muslims and Frontiers of Knowledge in the 21st Century: Issues, Prospects and Challenges'.

The two-day conference which began yesterday, was organised by Institute of Islamic Understanding Malaysia.

-- BERNAMA
nota: Bukan pakar doktor belajar jadi ustaz, tapi ustaz jadi pakar doktor. Barulah betul.

Thursday, July 23, 2009

Puisi Berilustrasi 15 Ogos - 15 Sept 2009

Peluang untuk mempelbagaikan cara menghayati karya sastera, khususnya sajak.

Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) akan mengadakan Pameran Puisi Berilustrasi di Galeri Perpustakaan Kuala Lumpur (bersebelahan Dataran Merdeka) dari 15 Ogos hingga 15 September 2009.

Para pengarang puisi dan sajak diundang mengirim puisi dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris kepada penganjur secara lampiran (attachment) melalui e-mel sebelum 31 Julai 2009.

Puisi dan sajak yang terpilih akan dipersembahkan dalam bentuk ilustrasi oleh ahli MBBY yang merupakan artis dan pelukis berpengalaman, sebelum dipamerkan kepada umum.

Karya perlu dikirim ke alamat e-mel zamri_mbby@yahoo.com, databasebbt@gmail.com atau hasbima@gmail.com.

Hubungi talian 016-2558582 (Zamri) untuk maklumat lanjut.

Maklumat lanjut di http://www.uthayasb.blogspot.com

Sunday, July 19, 2009

Maskara Ogos 2009


Kepada sesiapa yang boleh pergi, pergi! Jangan lepaskan peluang menghadiri antara acara sastera-budaya penganjur NGO yang terhebat di Malaysia:

Ingin dimaklumkan dengan rasa berat hati, saya tidak akan hadir atas sebab-sebab tertentu, tetapi kalian akan dapat melihat keseriusan Saudagar Garam mengungkap kata, kehebatan Beeha berbicara melodi, Wani melangkah madah, Syafiq dan kawan-kawan melepaskan gian teater dan Danielle menaburkan kuasa sensualnya, ditambah dengan prebet Sol-jah Samurai melontar bahasa-bahasa witnya sebagai hos pada malam berikut. Jangan lepaskan peluang, sebelum Ramadhan menjelang (dan anda yang kaki-kaki ada tanduk tak dapatlah bersuka-ria)!

Tayangan Filem di Kelantan

Jangan lepaskan peluang menonton:



Klik imej untuk dibesarkan.

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI Dimansuhkan, Alhamdulillah

BM dimartabat, BI dimantap - Muhyiddin
08/07/2009 4:05pm


PUTRAJAYA 8 Julai — Kerajaan hari ini memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM) dimartabatkan dan Bahasa Inggeris (BI) dimantapkan di semua peringkat persekolahan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehubungan itu Kementerian Pelajaran akan melaksanakan beberapa langkah untuk memantapkan penguasaan kedua-dua bahasa itu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata dalam usaha memartabatkan Bahasa Malaysia, kementerian akan melaksanakan transformasi kurikulum mata pelajaran itu di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa.

“Ia akan dilaksanakan di kalangan murid melalui pendekatan modular bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

“Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum BM sekolah rendah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

— BERNAMA

Sains, Matematik dalam bahasa Melayu mulai 2012
08/07/2009 2:50pm


PUTRAJAYA 8 Julai - Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.

- Utusan

Tuesday, July 7, 2009

Semangat tu!


Antara lagu yang amat saya gemari sewaktu kecil, memang bawak semangat betul. Lagu Carly Simon katakan, dipetik daripada filem Working Girl. Maknanya pun kena, semangat hidup dan kerja di dunia serba mencabar, kota serba mencakar.

Monday, July 6, 2009

Imperfections







As humans,
we are
STAINED
But
our
Imperfections
make us remember
we can still
Forgive
and
Forget.

(only those who denies their imperfections forgets why they are human in the first place)

Bengkel Cerita Rakyat DBP Wilayah Timur

Wah, ramainya!
Bapak Norhisham Mustaffa
memberi bimbingan

Paling kanan ialah Pak Nazel Hashim, sasterawan
terkenal yang banyak menghasilan novel kanak-kanak
yang bermutu serta memang amat terkenal dengan
cerpen-cerpen cerita rakyat luar negara.



Wednesday, July 1, 2009

Madah Berpada

Madah yang datang buat tauladan
Hamba yang hina cari berkatnya
Buat membuka titik hamparan
Mengenal kuasa yang empu-Nya

Wahai ia yang kenal akan susurnya
Datang dari sakai air kenta
Yang kenal turun asal-usulnya
Kerak digendong jari disapa
Buat naikkan diri dan kuasa
Menghancur terus siapa bersua
Tapi setiap anak pertama
Lelaki mesti jadi lauknya
Itu sumpah janji keturunan
Tak boleh dimain-mainkan
Lalu tak dapat anak di tangan
Cucu cicit jadi taruhan

Satu lagi mencari jauh
Sampai ke Jawa ia pun patuh
Mengambil alik gunung perkasa
Dengan al-jan ia mengujuh
Jamung berasap ia menyuruh
Marak terpadam ia pun patuh
Pergi melanggar bak seru angin
Lakukan arah nafsu yang ingin
Porak-peranda yang dituju
Asal hajat mahu diserbu
Kata ia untuk kuasa
Tak tahu sedetik memakan sasa
Anggota luruh sebagai jamu
Menyedut nyawa kerana semu

Khuatir diri insan manusia
Tahu lemah cacat celanya
Menggunung hajat pengaruh dipinta
Lidah bertebu mulut berkata
Tapi diri tak kenal perahunya
Melanggar semua yang langgar arahnya
Mahu diikut caranya saja
Sehingga niat menghalal cara
Nafsu mengisi jadi santapan
Takut kepala selimut syaitan
Malah kendi dalam sudah tiada
Dipotong buang kerana tak guna
Apa dibingkis di dipulang juga
Akhir badan terima merana
Sakit dihala kembali sakit
Peranda dihala kembali peranda
Buruk dihala kembali buruk
Anak mengikut mencari suluh
Tapi bara kembali menyosoh
Atas niat tak ikut cara
Sudah ditegur tabik merawat
Taman serendah datang melawat
Dibuang yang buruk-buruk
Tapi amaran diwaspada
Jangan bermain api sangkala
Kalau itu dituju juga
Kibat musibah segala dipinta
Apa yang dikendong berciciran
Ditinggal rumah mati tak makan
Nanti merana datang bertala
Jatuh miskin papa kedana
Bangga dahulu jadi cendala
Pitih membuyung beras berulat
Diturut nafsu tak pernah taubat
Duduk melumpuh tak dapat gerak
Cuba berdiri tak dapat tegak
Takut pintu yang Allah buka
Tak sempat pohon kerana buta
Tak sempat minta kerana hitam
Tak sempat sudah kerana pitam

Wahai manusia sebelum tidur
Fikir dibuat jangan terikut
Pandai menuduh jalan menyesat
Tapi sendiri mengguna sesat
Ingat manusia diri siapa
Yang tinggi kuasa Allah sahaja
Maha melihat Tahu semua
Titik di hati kenal cipta-Nya
Tahu gerak dan niat di malam
Hasad dengki dan hajat hitam
Takut kun fa ya kun meminta henti
Segala nak buat jadi tak jadi
Langung tak dapat mohon menyuci
Kerana buta hitam di hati

Sekian dahulu madah dikira
Bukan pujian atau mencela
Hanya jadi ingatan semua
Diri sendiri memohon reda-Nya.