Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Tuesday, April 28, 2009

Kitab Pengetahuan Hantu Malaysia




Tajuk: Kitab Pengetahuan Hantu Malaysia
Susunan: Azhar Abdullah
Terbitan: Matahari Books
Tahun: 2008

Sinopsis:
Buku ini mengupas beberapa persoalan yang selama ini tak berani ditanya. Kenapa wanita-wanita yang kematian suami lebih menyenangi Hantu Raya? Bagaimana cara untuk menangkap kepala yang terbang bersama-sama ususnya? Apakah yang harus kamu lakukan jika kamu mendengar bunyi "kak-kak-kak" di tengah malam? Terokai asal-usul, sifat-sifat dan tumit-tumit Achilles roh pelabagai bangsa yang menghantui Malaysia.

Rasa:

Sememangnya buku ini layak untuk leksikon setiap peminat seram Malaysia, baik filem atau buku. Bukan kerana apa-apa, tetapi genre sebegini hanya sekali dalam berdekad lama baharulah kita dapat ketemu sesuatu yang selamba dan sesegar ini.

Koleksi "hantu" Danny Lim ini kiranya berjaya mengumpul pelbagai "hantu" yang menggelarkan Malaysia sebagai tanah kubur mereka. Apa yang menarik, kitab ini juga mahu menyamai (atau tidak pun menggelarkan dirinya sebagai sebuah) satira buku komik, A Devil's Dictionary susunan Ambrose Bierce yang melampirkan "perbendaharaan kata" tentang Iblis "dan sekutunya" dalam permainan humor. Hantu lebih "melangkau" kerana bukan sahaja mempamerkan "hantu" (secara seloroh: lihat Hantu Kum Kum dan Orang Minyak dalam buku ini) tetapi fungsi dan sejarahnya yang benar secara pendokumentasian serta masih "menggeletek" kita dengan kaitan politik/tabloid/semasa dan budaya popnya.

Kumpulan "hantu" ini termasuk juga hantu-hantu dari Sabah dan Sarawak, kaum Cina dan India Malaysia dengan semangat tempatan. Anda bolehlah pilih hantu kesayangan anda di dalam buku ini (seperti mana saya ketahui seorang kenalan saya yang memang menyayangi dan menyimpan Anak Kerak dan banyak menggunakannya apabila masuk mahkamah untuk mengacau peguam lawan atau menyusahkan menantunya yang dia benci).

Terjemahan dilakukan oleh Ahmad Kamal Abu Bakar, yang sedikit-sebanyak telah mengurangkan rasa "gelihati" yang ada dalam karya asal Danny Lim, ini adalah kerana proses terjemahan Ahamd Kamal kadang-kadang terlalu "langsung", ia menjejaskan maknanya dalam bahasa Melayu. Contoh yang paling tampak ialah:


Hantu-Hantuan
Satu nama yang amat sesuai untuk roh gema yang tinggal di dalam hutan.
(Hlm. 42)


Pun begitu. pengisian dan persembahan buku ini sendiri sangat menarik. Ilustrasi yang dibikin oleh Mohd Kadir (dekat dengan gaya ilustrasi Clive Barker buat saya!) sememangnya menarik dan menjelmakan alam gelap yang mistikal sekali gus menyeronokkan. Sebuah buku yang sememangnya dibuka pada setiap malam kliwon!

Monday, April 27, 2009

Liga Pendekar: Perikatan Adiwira


Tajuk: Liga Pendekar: Perikatan Adiwira
Oleh: Azhar Abdullah
Terbitan: PTS
Tahun: 2008

Sinopsis:
Kekayaan dan kemakmuran Kesultanan Melayu Melaka menjadi sasaran pelbagai musuh yang dengki, tamak dan iri hati. Lantas Sultan Melaka menjadi mangsa perbuatan keji. Satu pasukan pendekar dibentuk bagi membenteras kekusutan dan kekalutan ini. Ketumbukan ini digelar Liga Pendekar.


Rasa:
Antara komik yang saya beli waktu Pesta Buku KL baru-baru ini. Selepas selesai membacanya, saya mendapat tahu bahawa komik ini memenangi banyak anugerah pada majlis Anugerah PEKOMIK yang julung-julung diadakan di PWTC. Kawan saya (serumah) yang membeleknya memaklumkan kepada saya bahawa alur garis dan lukisan dalam komik ini "tebal" dan "kasar". Saya hanya boleh ketawa.

Kawan saya tidak sedar, sememangnya Azhar ingin membentuk satu "komik" yang berlainan dengan komik-komik yang boleh dicop sebagai Amerika, Britain, Jepun ataupun Hong Kong, tetapi Malaysia! Ini adalah kerana, jika tidak silap saya, melihat pada lakaran dan bentuk alur liuk coretan pensel dan dakwat Azhar, komik ini ingin mengembalikan semangat komik-komik Melayu lama (tidak silap saya, sebelum/selepas merdeka, oleh seorang pelukis kartun/komik bernama Hamzah(?). Hal ini ada dinyatakan dalam biografi karikatur Sudirman dalam URTV dulu-dulu serta pernah dinyatakan oleh Lat yang menyukai komik bentuk hikayat ini zaman dulu). Bentuk garisan dan lentur coret komik ini sememangnya berlainan dengan Manga serta Marvel yang kita tahu sekarang, ia lebih menyerupai lakaran komik yang dibikin oleh pelukis Indonesia zaman dahulu (lihat Jaka Sembung) di mana bentuk figuratifnya kadang-kala mengikut kehendak alur pen dakwat tulisan jawi (punya ketebalan-nipis yang berbeza dengan komik kotemporari seperti Matlob atau kartun-kartun biasa selepas merdeka termasuk Lat). Kalau di Indonesia, bentuk-bentuk wajah wataknya lebih "eurasia" (lihat buku-buku lama tentang adab dalam Islam atau buku Marilah Sembahyang), dan saya mendapati figuratif pelukis di Malaysia lebih "tempatan" hasilnya.

Hal ini ternampak dalam alur dan gaya Azhar Abdullah dalam komiknya yang "mencari" unsur "Malaysia" atau "tempatan". Malah, dalam lukisan-lukisan awal komik ini, secara sengaja atau tidak, kita lihat kedudukan watak dalam kotak halaman seakan kaku dan satu dimensi tanpa banyak bermain dengan ton. Hal ini sama dengan bentuk komik-komik perwira yang biasa kita baca di ruang akhbar pada 70 - 80-an. Dan Azhar berani mengambil risiko ini.

Saya sangat-sangat menggemari cerita dan plot yang disampaikan Azhar. Bagaimana tidak tercuitnya saya apabila lakaran gelap Kelembai serta Orang Minyak di"kelabu"kan oleh Azhar, atau bagaimana motif Hang Tuah tidak mahu berjuang, dan pelbagai persoalan lagi yang sangat menarik perhatian mereka yang tahu dan mengenali hikayat lama Malaysia (Azhar membantu dengan memberi penjelasan biodata pendek di akhir komik buat setiap adiwira penting). Malah, pada Konvensyen Sai Fai minggu lepas, ada seorang individu mencabar pihak penulis sai fai agar mencipta satu karya berpropoganda atau mengembalikan semangat yang tersimpan dalam hikayat dengan teknik inter teksual, saya berani mencampak komik ini kepada beliau sebagai satu contoh yang sangat baik dan bermaruah.

Apa yang saya kira "genius" tentang Azhar adalah, beliau "menyimpan" banyak ruang dan sejarah untuk dikembangkan tentang watak-watak dalam komik ini (watak misteri Kebayan dan perhubungannya dengan Hang Tuah sebagai contoh terbaik, dan ketidakmahuan Hang Tuah untuk berjuang buat Sultan Melaka sangat mengujakan) tanpa menggadaikan masa dan logika untuk pembaca bergerak dengan cerita di dalam komik ini. Saya juga sangat menunggu dengan debar tentang apa akan berlaku selepas ini, oleh sebab komik ini mengambil latar zaman Sultan Melaka yang terakhir. Hal ini tentu menarik untuk diperkambangkan oleh Azhar. Sememangnya saya menunggu dengan berdebar agar komik ini diteruskan, dan bukan menjadi "one hit wonder" kerana sememangnya hasil Azhar Abdullah ini sangat boleh dibanggakan penceritaannya dan semangat baharunya untuk masa depan komik Malaysia.

Friday, April 24, 2009

Kenapa Saya Tak Henti-henti Menonton Persembahan Lagu Untukmu






Baru selesai kerja di ofis (ya, Jumaat, tapi ada kerja!) dan bila sudah tensi, saya kadang-kadang buka You Tube untuk dengar lagu-lagu klip video yang bagus untuk hilangkan tensi, dan memang lagu ini dengan persembahan pada malam AJL oleh Meet Uncle Hussain (Ketemu Pak Hussain) merupakan persembahan yang terhebat pernah berlaku di siaran tempatan kita (buat saya). Campuran okestra dan rock malam itu paling menjadi antara kesemua (walaupun persembahan Faizal Tahir) persembahan AJL, malah banyak hal persembahan/lagu/seni kata yang mereka berjaya pecahkan tingkatan kompleksitinya.

Antaranya ialah, lihat wajah para kumpulannya serta penyanyinya: meletakkan solekan "Joker - Why So Serious" (sempena filem terbaik buat para remaja, Dark Knight dan status cult lakonan serta tragedi yang menimpa watak Jokernya) bukanlah satu perkara "bukan sengaja" (mengikut populariti cult waktu itu antara anak-anak muda) tetapi dilakukan dengan penuh erti dan sedar. Lihat wajah dan mimik penyanyi (dia menggunakan wajahnya yang kelihatan lucu tetapi sekali gus sedih, sekali gus tidak tentu secara subtle), dan anda bukan sahaja jumpa Joker (yang dipermainkan) sedih, tetapi coretan "The Scream" hasil artis tersohor, Edvard Munich!



The Scream menampilkan narotik dan keterasingan ekstrem individunya terhadap sekelilingnya (Semua ini mimpi ngeri? Di mana aku? - tanya kepala itu).

Lihat lirik Lagu Untukmu. Buat muda-mudi, ia merupakan lagu "putus dengan awek/balak". Sila selam lagi, ada mesej-mesej politikal yang tersimpan. Mereka (kita) tidak mahu menjadi boneka yang dikawal oleh jari-jari (pertubuhan, atau konsensus moral masyarakat). Mereka lain. Hal ini sekali gus berkait dengan perjuangan hak kemanusiaan (baik untuk feminisme, perkauman, agama dan seksualiti) dan, secara tidak sengaja menyampai maksud ketidaktentuan layar politik yang berlaku sekarang (rakyat - kuasa politik - individu - institusi berkait dengan perlembagaan negara).

Meet Uncle Hussain membawa perkara ini di dalam persembahannya: narkotik, anti pertubuhan, mempersoalkan kelaziman ("guna hati dan akal fikiranmu"). Ya, kita juga jumpa melodramanya (tujuan okestra, tujuan solekan air mata di pipi penyanyi, lirik seakan balada, permulaan yang lembut dengan mainan violin, dengar suara latar - satu pencerahan sedang berlaku, Meet Uncle Hussain mahu kita juga mengikut mereka mencapai pencerahan:), tetapi apabila kita dengar terus, kita jumpa semangat marah, protes, menolak dan "yang ingin dibebaskan" (dengar bagaimana penyanyi menjerit, seperti seorang bayi yang seksa, keluar dari "rahim" ibunya - ingin mencapai pencerahan untuk dibebaskan daripada mengikut konsensus dan kelaziman yang ditentukan institusi). Lagu ini melangkaui makna lazimnya, ini menyebabkan lagu ini, serta persembahan malam itu, antara sejarah buat Malaysia.

Saya berharap Meet Uncle Hussain mencipta banyak lagi lagu-lagu sedemikian yang mencabar, dan bukan menjadi sebuah "one hit wonder" sahaja.

Untuk kawan saya di Sungai Buloh yang penat bekerja dengan mendepani "establishment" seperti saya, saya tujukan lagu ini buat kamu.

Thursday, April 23, 2009

Gegambar Konvensyen Sai Fai - 19 April 2009



Maharani Ainon Mohd, selaku Ketua Penaja konvensyen merasmikan majlis.
Kalau anda mahu tahu, beliaulah yang menamakan "sai fai" iaitu singkatan
buat "sains fantasi" yang sama ertinya dengan sci-fi (buat pengkaji dan
peminat kipas mati FS, fiksyen sains dan sci-fi merupakan dua
nama yang berbeza)

Para hadirin yang hadir. Jika 50 zine yang
diedarkan habis, itu kira banyaklah. Ya En. Zul Khair,
kita mengeluarkan zine, bukan majalah, hihi.


Sinaganaga dan Saharil Sanin.



Abang Pat sentiasa dikerumun.
Samalah seperti Kak Nisah.


MF Kencana! Beliau seronok dapat
ketemu Nizam Zakaria.
Harap-harap mereka dapat
berkerjasama membikin drama TV.
Saya cemburulah, ni yang buat saya nak
jadi penulis sepenuh masa ni!

Attok! Patutnya beliau yang jadi pengerusi forum
kerana beliau lebih "natural". Nazri, tahun depan
kita ambil Attok ya!


Mat Jan merupakan antara penggerak penting
dalam arus sai fai, begitu juga Nazri M. Anuar
di bawah sayap PTS.


Ya, saya sudah berisi, sedikit.

Laporan Forum Mini serta Konvensyen Sai Fai nanti dulu, saya ada banyak kerja nak diselesaikan dahulu. Jadi nikmatilah gambar-gambar ini. Satu perkara sahaja buat sekarang: Puan Nisah Haron merupakan seorang jurucakap yang sangat-sangat profesional dan beliau harus digunakan oleh pihak berwajib untuk mempromosikan sastera Malaysia (dalam genre apa pun) ke mata dunia!

Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 dan sedikit catatan

Azlina, terima kasih buat antalogi
Stephen King itu!

Habri di Gerak Budaya!

Ya, kali ini sedikit. Buku yang beli tapi
tak nampak: The Prau with the Silent Soul dan
The Dam. Novel terjemahan Faisal itu sudah
saya habiskan 2 bab, memang mengujakan!

KL sedang panas, tapi saya peduli apa kan?

Saya langsung tak guna plastik waktu membeli di Pesta Buku, baik di Kelantan atau di KL. Alhamdulillah!

Seronoknya bersama teman-teman, walaupun untuk seketika. Lepas ni nak ambil gambar kawan-kawan banyak-banyak!

Saya juga hadir pada malam "Pelancaran Buku: Dua Lauk & Perempuan Simpanan" di rumah Rahim Kajai Taman Tun Dr. Ismail Ruhayat X tetapi gambar-gambarnya amatlah pudar dan buruk. Oh, sasterawan rakyat, Pak Samad Said pun ada, jangan iri hati!

Ada seseorang buat fitnah terhadap saya. Dan saya tahu siapa. Saya bersyukur kerana perbuatannya.

Tuesday, April 21, 2009

PTSdotTV: Konvensyen Sai Fai 2009

Alhamdulillah, itu yang boleh saya sampaikan buat masa ini. Rasa lega dan gembira. Nanti, nanti saya akan laporkan hal-hal yang menarik yang berlaku pada hari itu, cukuplah dengan rakaman temuramah ini untuk seketika:


Tuesday, April 14, 2009

Malam Kesenian Serumpun 14 April 2009

Majlis ini diadakan sempena Bengkel Pemantapan Bahasa
Dalam Pengkaryaan Sastera 2009 di mana peserta dari
Prince of Songkhla University datang menghadiri bengkel 3 hari ini.
Yang ambil gambar tu En. Wan Rakit, pensyarah yang mengiringi
para siswa/siswi.
Kumpulan Salam Pantai Timur yang begitu profesional
dan menghiburkan mengacara majlis malam itu,
diketuai oleh abang Hasan Jali.

Para penonton. Dari sisi boleh dilihat Pok Di yang unik
dengan pantun inainya (dipantunkan sewaktu bekwoh anak kecil
berkhatan) serta penyair/pendeklamasi puisi terkemuka,
abang Hadi Yusoff.

Pada kumpulan Dikir Barat SMK Sering
begitu berdebar menunggu giliran.


Gendang pun berbunyi. Anak-anak muda pula-
Kelantan bumi yang bertuah kerana tahu
menjaga tradisinya.

Abang Megat Nordin menyanyikan lagu dikir barat
yang sungguh merdu dan mengasyikkan. Beliau diserbu
oleh hadirin dari Prince of Songkhla Univ selepas habis
majlis. Bayangkan, Megat Nordin pernah menyanyi sampai
ke London dan Surabaya!

Kumpulan Salam Pantai Timur menamatkan majlis dengan
sebuah lagi sketsa yang melucukan, dibantu oleh para pendikir.


Alhamdulillah majlis sudah selesai dengan jayanya,
sekarang boleh bergerak ke Pesta Buku Antarabangsa KL dengan senang hati!

Saya Akan Berada Di Sini pada Pesta Buku Antarabangsa KL Nanti


Sila KLIK gambar untuk dibesarkan.
Salam Sai Fai :)

Saturday, April 11, 2009

PERTANDINGAN MONODRAMA ADAPTASI CERPEN WILAYAH TIMUR

SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN MONODRAMA ADAPTASI CERPEN WILAYAH TIMUR

a) Syarat Umum

I. Penyertaan terbuka kepada kumpulan yang anggotanya terdiri daripada warganegara Malaysia yang bekerja, belajar, atau menetap di negeri Kelantan, Terengganu atau Pahang.

II. Peserta daripada setiap kumpulan dikehendaki menyertakan butir-butir lengkap yang di sediakan dalam borang penyertaan. Semua butiran dalam borang penyertaan perlu dilengkapkan dan diserahkan kepada urus setia pertandingan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan. Sekiranya butiran yang diberikan palsu, penganjur berhak menolak penyertaan yang dihantar.

III. Urus setia dan kakitangan pihak penganjur utama (DBPWT) tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

IV. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kelewatan penerimaan borang penyertaan. Pihak penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan atau kehilangan borang penyertaan.

V. Penganjur berhak menggunakan nama dan gambar ahli kumpulan untuk tujuan pengiklanan, percetakan dan publisiti tanpa bayaran honorarium.

VI. Penganjur berhak menggunakan skrip pementasan dan apa-apa jua visual rakaman video, foto dan audio kumpulan yang memasuki pertandingan ini untuk diterbitkan atau untuk sebarang tujuan lain.

VII. Skrip dan dialog pelakon hendaklah menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, kecuali kata pinjam dalam bahasa lain yang diizinkan oleh pihak penganjur.


b) Syarat Kumpulan

I. Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang atau tidak lebih daripada 10 orang. Jumlah ini merangkumi Pengarah, Pelakon, Penulis Skrip dan petugas-petugas lain yang difikirkan sesuai dalam sesebuah kumpulan. Nama ketua dan anggota kumpulan tersebut serta penulis skrip hendaklah diisi dengan lengkap dalam borang penyertaan.

II. Jumlah pelakon dalam pertandingan ditetapkan hanya seorang pelakon sahaja dalam satu pementasan.

III. Masa untuk satu pementasan yang ditetapkan antara 15-20 minit sahaja. Masa untuk persiapan set ditetapkan 5 minit sahaja.

IV. Pihak penganjur pertandingan akan menilai setiap penyertaan dan olahan skrip yang dihantar. Jika terdapat kumpulan yang tidak memenuhi kriteria syarat pertandingan, penyertaan kumpulan akan ditolak.

V. Pihak penganjur hanya menyediakan tempat dan kemudahan asas pementasan sahaja. Segala urusan teknikal atau apa-apa juga kelengkapan tambahan seperti prop dan set pentas atau sebagainya merupakan urusan kumpulan.

VI. DBPWT akan memilih cerpen yang sesuai untuk dipentaskan. Kumpulan yang bertanding haruslah mengadaptasi karya cerpen tersebut ke pementasan berbentuk monodrama. Penentuan karya cerpen bagi setiap kumpulan yang bertanding adalah melalui cabutan undi. Olahan skrip hendaklah asli serta belum pernah dipentaskan sama ada dalam persembahan atau pertandingan lain.

VII. Perkara-perkara sensitif yang berkaitan perkauman, keselamatan negara, agama, budaya bangsa dan sebagainya di Malaysia adalah dilarang penggunaannya dalam skrip.

VIII. Setiap penyertaan yang ingin dipentaskan hendaklah disertakan skrip yang lengkap termasuk sinopsisnya serta nama penulis skrip dalam bentuk bercetak serta CD atau disket.

IX. Digalakkan menggunakan nama dalam bahasa Melayu yang bercitrakan budaya bangsa Malaysia untuk nama kumpulan.

X. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas segala urusan cuti, pengangkutan dan kos ahli kumpulan untuk menyertai pertandingan ini. Semua urusan tersebut hendaklah diuruskan oleh setiap ahli kumpulan.


HADIAH

Pemenang Pertama : RM3,000.00

Pemenang Kedua : RM2,000.00

Pemenang Ketiga : RM1,000.00

Pemenang Sagu Hati : RM500.00 (2 Kumpulan)


Borang penyertaan hendaklah diterima oleh penganjur sebelum atau pada 31 Mei 2009. Borang boleh didapatkan dengan mengirim e-mel kepada fadliakiti@gmail.com.


Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikirim kepada (secara pos atau faks):

Urus Setia,
Peraduan Monodrama Adaptasi Cerpen Wilayah Timur,
Sempena Ulang Tahun Ke-10 DBP Wilayah Timur,
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur,
Lot PT 107-109, Jalan Abdul Kadir Adabi,
15200 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
Telefon : 09-7414906 (En. Muhammad Fadhli al-Akiti)
Faks : 09-7475252





SENARAI JUDUL CERPEN PILIHAN UNTUK ADAPTASI MONODRAMA

Senarai cerpen di bawah dipilih daripada Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka:

1. “Pensel Sebatang” oleh Ali Majod
2. “Seladang” oleh Azizi Hj. Abdullah
3. “Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan” oleh Fatimah Busu
4. “Orgaden” oleh Jong Chian Lai
5. “Pahlawan Lembu” oleh S. Othman Kelantan
6. “Perahu” oleh SM Zakir
7. “Nyanyian Orang Laut” oleh Siti Zainon Ismail
8. “Warna Katarsis” oleh Zaen Kasturi
9. “Perjalanan Sperov” oleh Zaharah Nawawi
10. “Anak Gembala” oleh Zahari Affandi

Gegambar Kuantan II


Komplekas komersial yang baru di Alor Akar, dahulunya
tempat rumah-rumah elit di mana maktab saya berada.
Kini tempat itu kelihatan seperti Taman Tun baru.



Dahulu, tempat ini dipanggil Benteng, tempat remaja melepak
dan makan-makan dengan makanan yang sanggup beri diskaun
pada pelajar. Di sinilah saya pertama kali makan nasi goreng patayya.
Sekarang tak ada lagi.


Tanda ada tamadun di Kuantan, saya
cemburu...

Gegambar Kuantan I

Kompleks Teruntum yang dahulunya tempat
biasa muda-mudi Kuantan melepak. Sekarang
ia lebih terang.
Kosmopolitan Kuantan. Orang-orangnya
tetap suka tersenyum.

Tanda modenisasi Kuantan


Antara bangunan lama Kuantan


Masjid yang biasa dikunjungi
waktu Jumaat jika ke bandar.

Ke Kuantan dan Kuala Terengganu Untuk Tugas

Pada 6-7 April lepas, saya berpeluang untuk bergerak ke Pejabat KekWa Kuantan dan Kuala Terengganu (ya, memenatkan!) untuk menyampaikan borang dan syarat penyertaan Pertandingan Monodrama Adaptasi Cerpen Wilayah Timur anjuran DBP Wilayah Timur. Kuantan merupakan bandar "zaman MRSM" saya di mana saya belajar hidup berjauhan dengan keluarga untuk pertama kali (suka dan tak suka, ha ha). Buat pertama kali saya masuk ke dalam Kuantan (atau Kuantan Bharu!), saya terkesima, seperti rusa masuk kampung, saya semacam melihat sebuah bandar yang asing buat saya. Saya jadi lebih sedih apabila saya tak dapat menemukan MRSM Kuantan tempat saya belajar dahulu, menyedihkan kerana jalan-jalannya dan bangunan-bangunannya terlalu asing, menolak memori dan nostalgia saya jauh-jauh, memaksa saya menerima "pembaharuan" yang saya lihat di depan. Malah Kuantan dahulu bolehlah dibanggakan sebagai bandar terbersih seluruh Malaysia. Sekarang, ia tidak lagi begitu (kini, tampuk ini diambil oleh Kuching).

Adakah salah untuk aku ke belakang
melihat tanda-tanda yang ditinggalkan
oleh taulan dan lawan
dengan nama dan gerak yang tercoret
pada tiap pokok dan bukit

Dulu pokok-pokok dan bukit-bukit
menjadi milik kami, kerana nama yang ditinggalkan
kerana erti yang dinilaikan

Aku di tengah jalan-jalan asing
peta baru yang menolak pokok-pokok bernama
bukit-bukit bermakna
utara jadi selatan
tidak memilih untuk mengenal aku lagi
Ia boleh berdiri tanpa nama
diberi oleh anak-anak remaja
Hanya tertera
Nadi hidup untuk melupakan
Maju tuju untuk harapan.

Terima Kasih Tuhan Kerana Dr. Asri Tidak Lagi Menjadi Mufti



Sila baca di sini kenapa.


Sunday, April 5, 2009

Out & About in KB March-April 2009

This is what happen on Earth Hour, 28.3.09 at KB. But you have to give credit, it is a 'sense of wonder' to the eyes. (sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan pada 30-31 Mac 09)







KB Book Fair 09, Kelantan own book fair, way ahead of KL International Book Fair. Yeap, my book is there.




Now this is a definite must-have book when I first
catch glance upon it. As approved by Ulas Buku,
this is the acclaim book of 2009 for me as
Zehann's sequel was for 2008. Yes, I bought it
without any hesitation.

Saturday, April 4, 2009

Baru Semalam

Baru semalam mak aku meninggal. Lif pejabatku mengingatkan aku. Kotak kecil tanpa tingkap, hanya dinding kelabu terang superfisial mencengkam nafasku sekarang lalu membawa aku dalam dan ke dalam enam kaki betisku disalut lumpur hujan semalam, sedang aku membaringkan mayat mak dengan perlahan-lahan seakan dia akan menggeleng-geleng jika aku cuai seperti hasil kerja rumah cikgu sekolahku dua puluh tahun dahulu. Melihat wajah terakhirnya sebelum dibenam dalam lumpur dan kerikil kenyal, aku mahu mengucup dahinya, ditahan oleh mata melirik abang aku yang mengambil tanganku keluar dari lubang itu. Dan lubang dalam lif itu membuatkan aku terdiam. Aku mahu melentang setangkai bunga ros tiap-tiap hari bila aku sampai kerja pada waktu pagi sambil membaca al-fatihah buat bayang-bayang mak yang ada di depan. Tetapi orang-orang yang masuk ke dalam lif mengganggu kubur mak. Aku hanya sempat membaca al-fatihah sebelum sampai ke tingkat pejabatku sekarang.

Friday, April 3, 2009

Unbecoming

Maybe I should,
Learn to let go.

Let go the things I'm not accustomed to, I'm not relevant to,
When teachers, ages, way beyond my age see me as an insignificant,
someone to splat saliva on their faces,
and someone to give them such excuse,
"Well his just new here, and unexperience."

Maybe I never wanted this,
I never wanted any of this.

But still, I thrive.

What am I doing?
Am I learning to become a man?
Or I am learning to become what I am unbecoming?