Saya Sedang Membaca

Batu Ketiga Dari Matahari oleh Sahidzan, Encik Psychopath, Lucifer, april, KHRLHSYM, Ophan Bunjos, nasyrun, Zoul Yazix| Hikayat Tiga Negara Jilid 3terjemahan oleh Yuen Boon Chan, Woo Tack Lok | Message to Adolf oleh Osamu Tezuka | Atlantis: The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Santos | To the Devil a Daughter oleh Dennis Wheatley | The Mind of The Malay Author oleh Muhammad Haji Salleh | Kronikel Bumi oleh Nurul Izwazi Mohd Nor | Cloud Atlas oleh David Mitchell |

Tuesday, March 31, 2009

Hujan Kuala Lumpur

Aku katakan padanya bahawa aku merindui hujan di Kuala Lumpur. Malah sebenarnya aku merindui ketenangan dalam diri untuk menutup mata lalu sekelip mata hilang tanpa kewujudan di antara jirim. Aku mahu jadi seperti hujan yang hanya menitik dan membentuk keterlarutan yang menerima segalanya. Aku mahu dilupakan. Aku mahu difikir: kau tidak ada apa-apa lagi.

I

Hujan di Kuala Lumpur lain dengan Kota Bharu. Di Kota Bharu, hawanya terik menyebabkan aku akan menadah tangan untuk Rahmat Tuhan agar tidak membelakangi jerih perih aku dalam membanting tulang empat keratku semata-mata untuk Tuhan. Aku memerlukan Tuhan untuk untuk segala-galanya. Aku tidak ada masa untuk memikirkan tentang diri aku, tetapi tanah aku yang perlu subur, dan kulit yang tidak rela terbakar padam.

Dan bila Rahmat Tuhan benar-benar turun, dengan deras ia turun, terus-menerus mengganas sampai aku tidak ada masa untuk memahaminya. Kadang-kala ia turun dengan lebat tanpa henti. Aku mahukan ia turun lagi agar aku dapat berpesta dan tidak bekerja. Lalu tingkap-tingkap aku buka dan membawa masuk hawa sejuk ke dalam kamar aku yang sudah lama berhaba.

II

Hari ini aku dapat merasa hujan KL sekali lagi. Dan aku seorang. Aku merasa sunyi. Hujan KL merintik senyap, kalau ia turun, beritma penggalnya. Dan alam sekeliling jadi malam. Renyainya tidak dapat aku tahan. Ia meminta kepadaku. Ia memerlukan nyanyian blues yang perlahan mendayu dengan dendangan Simone atau Moyet menghirup curut Havana melintas desir ruang. Aku hendak mendakap seseorang tetapi aku rasa jauh daripadanya, dan yang pelik lagi, aku tidak teringat Tuhan. Aku hanya teringat akan diriku yang terbuang dan akan senantiasa keseorangan, dan hilang seperti air parit yang datang membentuk alur ke entah sebuah paya yang tidak bernama. Dan peliknya, aku menginginkan perasaan itu. Aku merindui keinginan itu.

Friday, March 27, 2009

In Sorrow

I've done wrong to a writer friend.
And she said this, "How did u do your work?"
It's a like a slash of million pieces of glasses in my heart.
And I felt defenceless because I can't undo what I should have undo.

Maybe she won't forgive me at all.
She felt deceive.
And I feel like a dog.

My friend, please forgive me.

Tuesday, March 24, 2009

Mesej Masyarakat 1



Kalau mahu ambil teksi di depan tempat tunggu teksi Pavilion dengan perjalanan keluar KL, anda akan dihalau oleh pemandu, baik India, Melayu dan Cina (yang kebanyakannya pemandu Cina yang menunggu di situ). Seperti yang berlaku pada saya dan adik saya bulan Februari lepas.


Saya tak ada semangat nak menulis, fasal tu saya tulis mendaah ni. Harap sabar.

Sunday, March 22, 2009

Pemenang dan Senarai Pendek Peraduan Novel MAIDAM dan DBP Wilayah Timur

Buat Pn. Nisah Haron,

Beberapa manuskrip novel telah dinilai dan daripada jumlah manuskrip itu, lapan manuskrip disenarai pendekkan sebagai manuskrip yang layak. Hanya tiga pemenang yang disediakan dan mereka adalah:

Wahyu Batu Bersurat oleh Abdul Fatah bin Abdullah
(Pemenang Utama)

Angin Dari Ulu oleh Azaha Othman
(Pemenang Kedua)

Ke Hujung Usia oleh A. Rahman CM
(Pemenang Ketiga)

Lima manuskrip novel lain yang tersenarai dan diiktiraf dalam senarai pendek termasuk (tanpa nama penulis):

Di Hadapan Masjid Al-Muqarrabin

Jihad

Menggapai Impian

Musafir Tak Bernama

Penjelmaan

Wednesday, March 18, 2009

Mona And Other Tales


Tajuk: Mona and Other Tales
Oleh: Reinaldo Arenas
Terbitan: Vintage
Tahun: 2001

Sinopsis:
Kumpulan 14 cerpen dan esei penulis Latin terkemuka ini yang diiktiraf oleh Octavio Paz sebagai pembaca dan peminatnya membawa pelbagai rasa dan getir yang disulam dengan penulisan bergerak tanpa titik yang biasa buat sasterawan Latin. Tulisannya sewaktu remaja sehinggalah waktu-waktu akhirnya sewaktu sampai ke tanah Amerika diterbitkan dalam buku ini.

Rasa:
Sebenarnya buku ini lebih bersifat peribadi buat saya, memandangkan kebanyakan rasa yang dilalui Arenas dan ditulis di dalam cerpennya mencapai kemahuan dan prasedar saya sendiri. Buku ini, setentunya lebih tenteram buat peminat keras Arenas sahaja, memandangkan isu seks, kebobrokan manusia dan busuk dunia Fidel Castro (atau apa-apa pemerintahan kuku besi) dipaparkan di dalamnya. Malah, dengan licik dan comel, Arenas menggunakan kuasa senjata penulisan seksnya (penulisan seks di dalam novelnya merupakan senjata protesnya terhadap kuku besi dan 'munafik' pemerintahan Fidel Castro) di dalam bentuk lain di dalam cerpen Mona, di mana ia lebih berbentuk separa realisme magis, menolak politik dalam pengendalian fungsi seks tetapi mengemukakan tahap eskapis dan fantasi yang biasa tetapi tetap melucukan, sama nakal dan gelapnya seperti Potrait of Dorian Grey tetapi lebih berbentuk menyindir pemilihan seksual manusiawi.


Membaca The Empty Shoes pula, antara cerpen terawal Arenas memaparkan bagaimana tulisan lirikal Arenas terlahir dan memaparkan bakatnya mekar sejak awal lagi dalam menangkap tempo alam dan getir manusia yang culas di kelilinginya. Beberapa cerpen lagi tampak memberi sahut penghormatan atau "satira" terhadap beberapa karya penulis Latin, seperti penyambungan The House of Bernarda Alba karya Lorca.


Apabila saya membaca End of Story, jiwa yang dipaparkan memaparkan keberadaan saya dengan benar, saya tidak dapat berbuat apa-apa tetapi menangis:


"Despite my insistence - or perhaps because of it - you were unwilling to come here. You thought that what attracted me to this place was merely homesickness, the nearess to our island, and the loneliness, the discouragement, the sense of failure ..." hlm. 171.


" ... both of us begged you so many times to bring us to this place, and you did. Take him now to the other shore and lay him down gently on the place he hated so much, from which he managed to escape, and far away from which he could not go on living." hlm. 190.

Tuesday, March 17, 2009

Bengkel Pertandingan Monodrama Adaptasi Cerpen Wilayah Timur












Orang kuat teater:
Ahmad Fareed & Norhelmi Othman

15-16 Mac 2009
Bukit Keluang Beach Resort

Bersama Tokoh Sasterawan Dato' Dr. Anwar Ridhwan








12 Mac 2009
Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
sempena
Penyampaian Hadiah Pemenang Novel MAIDAM dan DBP Wilayah Timur 2008.

Tuesday, March 10, 2009

Malam Gema Palestin & Wacana A. Samad Said


Ya, Azmeer atas pentas. Penonton jadi tak
keruan malam tu.


Caught ya! Masa depan negara di atas tangan dua
wanita ini yang tidak berhenti berceloteh sewaktu Pak Samad
bertitiah di atas pentas. Jangan salahkan anak murid ya jika
tidak memberi perhatian dalam kelas.


Penonton yang mencapai 1,000, pagi dan malam.

IPGM Kampus Kota Bharu,
24 Feb (9mlm - orang Kelantan budayanya suka ambil masa masuk dewan, terutamanya lelaki)25 Feb (9pagi - Pak Samad bercakap tentang diri dan buku, sayu dan getir, dengan Pak Norhisham menjadi pengacara sessi, yang wajahnya pertama kali saya lihat kelihatan seperti bayi, tiada dosa, dan beliau melihat saya dengan penuh sinis)

Menarik:
- Jangan gatal jadi pengurus pentas lain kali. Siksa, Tuhan saja yang tahu. Awak tu penulis, duduk dalam bilik menulis, bukan pergi luar cari orang dan suruh macam-macam.
- Maaf kata, tapi penyair muda malam itu lebih cergas dari penyair tua.
- Saya harap sajak-sajak kalian jadi doa.
- Maaf Pak Samad, tapi ada perbezaan antara puisi yang berkuasa bila dideklamasikan dan puisi yang berkuasa atas teks. Puisi yang Pak Samad baca malam itu elok dalam teks dan bukan untuk deklamasi, pagi itu, Di Balik Dinding Dewan adalah puisi yang sangat baik dideklamasikan.
- Maaf kata tapi Murai Bumi itu ialah sebuah simbolisme orang Melayu yang takut pada bayang-bayangnya sendiri.
- Suka bila Pak Samad mengaku beliau pernah berzina sewaktu remaja (dan tentu bertaubat!), lalu guru pelatih depan saya terganggu, saya ketawa di belakang, dan dia menoleh, "Betul ke Pak Samad macam tu?" Mat Rani kata, "Dah Lantai T Pinkie dan Salina tu apa?"
- Akhirnya Pak Samad mengaku, bahawa beliau sedikit menyesal dengan Al-Amin(apabila seorang peminatnya mengatakan itulah magnum opus Pak Samad), mengatakan kalau beliau tulis sekarang (selepas balik haji), banyak gaya dan teknik dan isi yang beliau tentu akan tukar. Ya, buat saya, Al-Amin itu gah dalam selok-belok bahasa dan acu sirah tetapi kosong dalam roh dan sentuhan tasawuf (kita tak merasa sayang, kita membaca sesuatu yang kering). Kemungikinan Pak Samad baru terasa sebegitu selepas balik dari Mekkah.

Malam Bahasaku Gemilang SMK Sering Kelantan










Seronok tengok anak-anak meraikan bahasa dan sastera.
Walaupun pentasnya kecil dan senang,
semangatnya tinggi.
Jarang-jarang saya lihat anak bandar sekental ini.

Masuk Tunas Cipta Mac 2009


Tunas Cipta Mac 2009, sebuah cerpen masuk, lebih semacam sebuah fragmen novel yang tidak siap dan sememangnya pun ...
Terima kasih atas saudara Nazri M. Annuar yang telah mengulas sedikit sebanyak tentang perkembangan saya.
Perjalanan fiksyen sains di Malaysia masih jauh.
Saya harap dengan kemunculan karyawan dan peminat baru, perjalanannya ke Centauri Alfa semakin dekat.