Saya Sedang Membaca

Batu Ketiga Dari Matahari oleh Sahidzan, Encik Psychopath, Lucifer, april, KHRLHSYM, Ophan Bunjos, nasyrun, Zoul Yazix| Hikayat Tiga Negara Jilid 3terjemahan oleh Yuen Boon Chan, Woo Tack Lok | Message to Adolf oleh Osamu Tezuka | Atlantis: The Lost Continent Finally Found oleh Prof. Arysio Santos | To the Devil a Daughter oleh Dennis Wheatley | The Mind of The Malay Author oleh Muhammad Haji Salleh | Kronikel Bumi oleh Nurul Izwazi Mohd Nor | Cloud Atlas oleh David Mitchell |

Saturday, September 27, 2008

Salam Aidilfitri

Sedihnya meninggalkan Ramadhan..

Tetapi bahagian mendatang dengan lebaran..

Terima kasih diucapkan

Atas segala baca dan rentetan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir Batin

Diucapkan

Agar hidup kalian diberkati dan melalui hidup ini dengan penuh keimanan:)

Thursday, September 25, 2008

Masuk Majalah KONSEP Oktober 2008 Bil.12(6)

Salam, sebuah majalah baru, Majalah KONSEP telah mewawancara saya dan entri 'Penulis Baru' memaparkan tentang saya (kulitnya Dr. Haron Din dengan isu perawatan Darussyifa'). Silalah cari-cari di kedai buku.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Thursday, September 18, 2008

Cerita Sedih Pagi Ramadhan - Ilmu Sihir

Salam, saya terima cerita ini di e-mel rasmi saya pagi tadi oleh staf dan kawan baik pejabat, Kak Zaida. Menangis saya baca cerita ni. Memang sedih, fasal hasad dengki, perbuatan yang dikutuk Allah ini (yang sememangnya sudah keluar dari Aqidah kerana menyekutukan Tuhan) dibuat oleh orang Islam terhadap seorang Islam yang lain. Dan jangan terkejut, saya mendengar banyak cerita bahawa hal sihir-sihir ini juga berlaku pada bulan Ramadhan. Hanya Allahlah jua yang mengetahui dan membalasnya. Entri kali ini buat iktibar saudara saudari semua akan bahaya hasad dengki dan sihir. Semoga kita semua dijauhi daripada perbuatan terkutuk ini, Amin Ya Rabbil Alamin ...

Sama2lah kita ambik iktibar agar dijauhkan drp hasutan syaitan ni...

ULAT KELUAR DARI KEMALUAN Kira-kira 10 tahun lalu, Pak Lah datang ke rumah Pak Cu Rani untuk memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam. Ita (bukan nama sebenar) merupakah anak Pak Lah yang sulung. Pada mulanya Pak Cu Rani agak keberatan kerana inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Penyakit yang terkena Ita sememangnya sukar untuk diubati. Bagi Pak Cu, dia bukanlah seorang bomoh handal kerana kebolehannya hanya bergantung kepada jenis ilmu yang ditujukan. Setelah mendengar serba sedikit daripada Pak Lah, Pak Cu berasa simpati dan mengambil keputusan untuk pergi melihat sendiri keadaan anak Pak Lah itu. ?Begini sajalah Pak Lah, saya bukanlah pandai sangat, setakat nak tengok-tengok tu bolehlah. Segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya bergantung kepada kehendak dan izin Allah. Saya sekadar berusaha..? kata Pak Cu merendah diri.

Pak Cu mencapai bajunya yang tersangkut di tiang dan terus pergi ke rumah Pak Lah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Ketika Pak Cu menjejaki halaman rumah Pak Lah, kelihatan ramai sanak saudara yang datang menziarahi Ita. Kebanyakkan daripada mereka kelihatan muram dan sedih. Kesayuan dan kesedihan jelas terukir pada wajah mereka. Apabila Pak Cu memasuki rumah Pak Lah, matanya terus terpandang kepada sekujur tubuh yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. ?MasyaAllah?? rasa sayu dan terkejutnya bukan kepalang. Ita yang terkenal dengan kecantikannya boleh berubah dengan sebegitu rupa. Kecantikannya telah berubah menjadi wajah yang pucat lesi. Matanya menjadi bulat, lengannya menjadi terlalu kecil sebesar buluh runcing. Beliau hanya mampu mengaduh dan mengerang kesakitan. Namun apa yang lebih menyedihkan lagi apabila Pak Cu menyaksikan perut Ita yang sebar sebesar tempayan. Perutnya itu semakin membesar sehingga tidak mampu lagi ditampung oleh badan Ita yang sekecil itu.

Cubalah kita renungkan perasaan ibu dan bapanya. Siapa yang sanggup melihat anak kesayangan menjadi sebegitu rupa. Siang dan malam hanya mendengar rintihan kesakitan. Bagi Pak Lah dan isterinya, mereka sudah kering air mata dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Bukannya tidak mahu berikhtiar tetapi sudah beribu-ribu duit habis dibelanjakan untuk mengubati anaknya itu.

Namun bagi Pak Cu yang tinggi ilmunya, dari kali pertama dia memandang tubuh Ita, dia sudah tahu sememangnya Ita telah terkena ilmu hitam. ?Memang sah Ita terkena ilmu ?Lubang Jarum?. Ilmu ini selalunya datang dari bomoh-bomoh :country-region Siam bagi mereka yang ingin melaksanakan niat jahat. Ianya terlalu jijik dan dialknati agama?, kata Pak Cu kepada Pak Lah yang duduk disisi anak kesayangannya itu.

Menurut Pak Cu, mereka yang mengamalkan ilmu "Lubang Jarum" ini telah melakukan perkara yang paling terkutuk iaitu mengambil surah Yassin dan mengelap najis padanya setiap kali membuang air besar selama 7 hari berturut-turut. Satu lagi benda yang digunakan ialah mendapatkan tuala wanita yang masih terdapat darah haid. Surah Yassin yang disapu dengan najis tadi dibakar dan disapukan pada tuala wanita tersebut. Kemudian kedua bahan tadi diberikan kepada bomoh untuk dijampi dan dipuja. Betapa kejam dan terkutuknya perbuatan manusia sehingga sanggup melakukan kerja yang dilaknati agama.

Mereka ini sememangnya telah terpesong jauh dari ajaran Islam kerana sanggup melakukan perkara sedemikian. Setelah dijampi dan dipuja, pengamal ilmu ini hendaklah pergi mencari satu mata air yang sedang mengalir kemudian bahan tadi hendaklah digunakan bagi menutup lubang bagi menyekat aliran air supaya tidak mengalir. Selagi lubang itu tertutup selagi itulah darah haid tidak akan keluar dari kemaluan wanita yang dituju itu dengan ilmu hitam tersebut.

Kepada para wanita, berhati-hatilah semasa membuang tuala wanita kerana khuatir boleh dijadikan bahan untuk melaksanakan niat jahat seseorang. Berdasarkan cerita dan pengamatan Pak Cu, dia sedar bahawa Ita telah terkena ilmu hitam oleh seorang pemuda yang sangat tergila-gilakannya.

Memang benar, Ita pernah menolak cinta seorang pemuda kerana pemuda itu khabarnya seorang pengedar dadah. Pemuda itu merasa kelakiannya tercabar lalu menyimpan dendam apatah lagi bila mendengar Ita telah bertunang dengan Lokman seorang pemuda yang selama ini menjadi musuhnya. Keadaan ini menyebabkan pemuda itu hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian bagi melaksanakan dendamnya. Pada peringkat awal, pemuda tersebut telah melemparkan fitnah kepada Ita dan Lokman dengan mengatakan mereka telah membuat hubungan sulit sehingga Ita mengandung. Ramai penduduk kampung terpengaruh dengan kata-kata pemuda itu sehingga Pak Lah dan isterinya juga turut percaya. Masakan tidak percaya kerana perut Ita semakin hari semakin membesar. Lalu Ita dipukul dan dihalau oleh Pak Lah kerana dia beranggapan Ita telah mencemarkan nama baiknya.

Namun begitu Ita dan Lokman masih tetap mempertahankan kesucian cinta mereka. Ita telah keluar dari rumah setelah dihalau oleh kedua ibubapanya sendiri dan menumpang di rumah ibu saudaranya di kampung seberang untuk beberapa bulan sehinggalah keadaannya benar-benar tenat barulah Pak Lah datang mengambilnya semula. Ketika Pak Lah datang, keadaan Ita sudah teruk. Rasa menyesal tidak terhingga di hati Pak Lah kerana telah menuduh Ita tanpa usul periksa. Mujurlah adik iparnya telah menjaga Ita dengan baik. Pernah beberapa kali iparnya datang memujuk agar menerima Ita kembali kerana iparnya tidak percaya Ita melakukan perbuatan terkutuk itu dan dirasakan Ita telah terkena ilmu sihir.

Apa yang lebih mengharukan, Ita turut dikeji dan dihina oleh penduduk kampung. Bagi Pak Cu sendiri itulah pengalaman yang paling tragis dan dia juga merasa sedih dan terharu. Begitu kejamnya manusia sehingga sanggup melakukan perbuatan yang sedemikian rupa. Pak Cu berpendapat, penyakit Ita itu bukan sembarangan kerana daripada wajahnya yang pucat dan badannya yang kurus kering itu terjadi akibat daripada semua darah telah berkumpul di bahagian perut. Jika tidak berhati-hati boleh mengancam nyawa. Atas dasar simpati dan perikemanusiaan, Pak Cu terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk mengubati Ita kerana ia memerlukan proses yang agak rumit. Usaha Pak Cu yang pertama ialah perlu membaca surah Yassin sebanyak 3 kali setiap malam selama 3 malam berturut-turut.

Dalam proses Pak Cu membaca ayat-ayat tersebut, banyak kejadian aneh telah berlaku pada Ita. Ita meracau-racau mengatakan Pak Cu ingin membunuhnya namun Pak Cu tidak menghiraukan kata-kata Ita itu. Setelah membaca Yassin selesai, ia dihembuskan ke dalam air dan kemudian air Yassin itu disapukan pada celah ibu jari Ita. Pada masa itu Ita meraung sekuat hati. Untuk malam berikutnya, Pak Cu membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali iaitu sebanyak bilangannya selama 3 malam berturut-turut. Ayat-ayat tersebut dibaca dengan tertib mengikut tajwid yang betul. Dalam proses itu, Ita meraung-raung, matanya bertukar menjadi merah dengan urat-urat kelihatan merekah. Ketika air surah Yassin disapukan dikepalanya, rambut kelihatan gugur sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan. Sukar untuk dibayangkan betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami oleh Ita.

Pak Cu masih meneruskan usahanya selama 3 malam. Pak Cu berserah dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Setelah sampai di rumah Pak Lah, dia mendapati keadaan Ita semakin serius dan teruk. Pada malam itu, usahanya agak berlainan sedikit di mana dia terpaksa menggunakan kemenyan, kapas dan buluh runcing yang dikerat bukunya. Ketika ayat Kursi dibaca sebanyak 120 kali, Ita bangun dan meronta-ronta mengamuk dan ingin mencekik semua orang yang ada pada malam itu. Keadaan rumah menjadi kelam-kabut. Masing-masing lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, Pak Cu segera mengambil air surah Yassin lalu disimbah kepada Ita, barulah dia rebah kembali kepada asalnya.

Namun selepas itu, Ita kembali mengamuk dan mengigit lengannya sehingga beberapa bahagian lengan terkoyak. Boleh dikatakan jika sesiapa yang ada pada malam itu pasti akan menitiskan air mata termasuklah Lokman yang sudah tidak tahan lagi meratapi penderitaan yang dialami oleh Ita yang begitu dahsyat. Setelah selesai membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali, Pak Cu melakukan ikhtiarnya yang terakhir. Pak Cu mengambil kapas yang dibasahkan dengan air surah Yassin dan dikepal sambil membaca ayat-ayat penyembuh. Kapas tersebut digumpal sehingga menjadi bulat dan kemudian disumbat pada hujung pangkal buluh.

Pak Cu mencurahkan air surah Yassin perlahan-lahan ke dalam buluh tersebut sehingga penuh. Dia membakar kemenyan dan mengasap buluh tadi sambil membaca ayat penyembuh. Ita semakin kuat meronta-ronta dan ketika itu atap rumah yang terletak setentang dengan tempat pembaringan Ita tercabut dan terpelanting tiba-tiba. Seluruh tetamu terkejut dan terpaku serta tidak berkata apa-apa. Pak Cu tahu yang merempuh atap tersebut ialah sejenis makhluk halus yang digunakan bagi melaksanakan niat jahat tersebut. Pak Cu nampak seekor beruk besar dan bertaring panjang sedang merempuh atap sehingga tercabut. Wajah Ita kelihatan berubah dan dia sudah mampu menyebut dan memanggil ayah dan ibunya. Segera Pak Cu memanggil Pak Lah untuk menyatakan sesuatu. Bagi Pak Cu, apa yang perlu sekarang ini ialah berserah dan berdoa sahaja kepada Allah agar Ita dipanjangkan umur. Ini memandangkan penyakit Ita sudah amat kritikal. Setelah mendapat keizinan Pak Lah, Pak Cu meneruskan ikhtiarnya. Dia mengambil buluh runcing tadi lalu ditiup sambil membaca ayat-ayat suci.

Seketika kemudian kapas yang ada pada hujung buluh runcing tadi tercabut dan terjatuh bersama air surah Yassin. Di saat itu, Ita meraung kesakitan dan darah mengalir keluar dari kemaluannya. Darah hitam pekat busuk itu bercampur dengan ulat-ulat yang cukup meloyakan. Ia terlalu banyak sehingga memenuhi ruang tamu. Pak Lah mengajar Ita supaya mengucap dan ingat kepada Allah. Seketika kemudian, Ita menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Seluruh isi rumah ketika itu meratap hiba dengan pemergian Ita yang sungguh menyedihkan itu. Ayam dan itik di bawah rumah habis mati bergelimpangan pada keesokkan harinya disebabkan termakan ulat beracun yang keluar bersama darah Ita malam itu. Ita telah selamat dikebumikan dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ita. Sesungguhnya beliau benar-benar telah terseksa sepanjang hidupnya akibat sifat dengki manusia yang tidak berhati perut.

Tuesday, September 16, 2008

I'm sorry

Dear Isman,

Thank you for your response. I'm writing to apologise for writing the sajak in the blog. I'm so sorry I did that. I was so hurt and sad by what happened at A&W PJ when Alya was rudely pulled out of her mother's arms by her father just because of a "selendang" and then his brother threw the 4-letter word at us. So I wrote what I wrote under emotional stress.

I should have followed my mother's principle in life; "Biar orang buat kita, kita jangan buat orang. Leave everything to Allah."

I know if my mother knows what I wrote she'll be unhappy too. But I believe if this happens to you, you'll feel the same way as well.

Please accept my apology. Thank you.

Ikhlas,
fadz-

Tuesday, September 9, 2008

Novel Ayat-ayat Cinta Yang "Profound" ...

... walaupun saya belum habis membacanya.

Entri kali ini pendek.

Pada bulan Syaaban yang lepas, adik saya dari Surabaya kembali bercuti untuk sebulan. Kami berbincang tentang pelbagai perkara (satu daripadanya ialah kesilapan stereotaip yang melihat kumpulan agama Muhammadiyah sebagai kumpulan Wahabi total, tapi adik saya juga dulu yang beritahu, memang kena cubit dia kadang-kadang), lalu saya membuka polemik tentang sastera. Saya ada memberinya novel "Tuhan Manusia" Faisal Tehrani (kerana saya tidak mahu kalah bahawa sastera Malaysia tidak progresif) yang sudah dibacanya. Adik saya memang bukan pengkaji sastera, tetapi dia seorang pembaca yang dalam dan tahu menilai 'sastera yang elok', malah ada mempelajari asas kesusasteraan Arab (dalam hal penulisan puisi-puisi Arab-Islam, satu kuasa retorik ulama dahulu menghimpunkan pengaruh dan menyampaikan ilmu/propaganda dan hal yang selembut mungkin). Maka dia mempunyai suatu pendapat akan hasil Faisal Tehrani itu yang tidak akan saya nyatakan di sini.

Apa yang dia mahu sampaikan sebenarnya (dia memang selalu mahu menang) ialah, "Abang De kena baca Ayat-ayat Cinta! Itu baru sastera yang bagus!" Saya jadi ruwet, ya, asyik-asyik produk Indonesianya, dalam tangan saya pun, beberapa buku Keris Mas, Shaari Isa dan Arena Wati yang belum sempat saya habiskan (saya pernah terpengaruh dengannya sampai bila saya di sana, saya terbeli CD lagu patriotik Indonesia ala okestra, yang memang hebat). Saya memberitahu adik saya bagaimana ayah saya mengatakan filem AAC lebih baik daripada novelnya. Adik saya melawan dan mengatakan tak (saya saja mengangkat debat ini kerana mahu melihat adik saya berkata sesuatu. Sudah tentu hasil Habiburahman jauh lebih baik daripada kerja adaptasi, itu satu hakiki yang tidak boleh diubah buat mana-mana hasil novel).
Dia memberitahu sesuatu yang sangat menarik untuk dikupas dalam novel ini:

Tak ramai pembaca yang tahu tetapi Habiburahman adalah seorang penulis yang pandai dalam pengkiasan teks naratif dalam paparan kritis makna, dan penyataan subliminasinya hanya dapat dicedok oleh mereka yang benar-benar memahami 'wit' mental ilmu agamanya.

Diketahui oleh semua, pihak Wahabi menyatakan haram tawasul pada orang mati (cth: apabila dalam tahlil, kita meminta Syafaat Rasulullah s.a.w. buat akhirat nanti) oleh sebab orang mati dan hidup berada pada dua alam yang berbeza (kenyataan adik saya).
Di dalam novel AAC, pada halaman 215-216, bab Siapa Malaikat Itu?, tertera sebuah cerita Fahri yang menerima 'blood clot' di kepala lalu menjalani pembedahan. Sewaktu pembedahan, Fahri mengalami sebuah mimpi rohani, bertemu seorang Ahl hadis, Abdullah b. Mas'ud. Syeikh Utsman, guru Fahri bertanya Fahri akan mimpi itu kerana beliau juga mendapat mimpi kehadiran sahabat Nabi itu:

"Bagaimana Syeikh boleh yakin aku benar-benar didatangi Abdullah bin Mas'ud?" tanyaku dengan suara serak untuk lebih meyakinkan diriku.

"Seperti keyakinan Rasulullah ketika bermimpi akan berhaji dan membuka kota Makkah."

Jawapan singkat Syeikh Utsman menyedarkan diriku akan kekuatan mimpi orang-orang soleh yang dicintai Allah s.w.t. Untung aku sudah membaca dan mentelaah Kitab Ar-Ruuh yang ditulis oleh Imam Ibnu Qayyim Al-Jauzi. Penerus mazhab Imam Ahmad bin Hambal, murid utama Ibnu Taimiyah, dan ualama terkemuka pada zamannya itu membahas masalah roh dengan lengkap disertai dalil-dalil yang tidak boleh diragukan. Bahawa roh orang yang telah wafat boleh bertemu dengan roh yang masih hidup. Semuanya atas izin dan kekuasaan Allah s.w.t. Kisah para sahabat dan ulama salafus salih menjadi bukti dan kenyataan yang terang tiada keraguan seperti terangnya cahaya mati di waktu siang.

Petikan itu kemudian diteruskan lagi dengan cerita mimpi sahabat Nabi. Apa yang adik saya mahu kemukakan ialah bagaimana dengan 'lembut'nya Habiburahman sebenarnya menyindir kumpulan wahabi dalam dua perkara:
- Jika dalam Kitab Ar-Ruuh menunjukkan bukti tiadanya perpecahan buat roh mati dan roh hidup bertemu, hujah mengatakan 'membaca al-Fatihah kepada si mati tak sampai' adalah salah, sekali gus, mengharamkan tawasul itu adalah salah.

- Jika Ibnu Qayyim seorang daripada tokoh ulama yang dirujuk oleh kumpulan Wahabi sebagai ulama yang sah dalam penggunaan metodologi Akidah (rujuk "Ulama'-ulama' Wahabi- Satu Penjelasan" oleh Hj. Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari, terbitan Jabatan Mufti Johor), bagaimana pula dengan hujah Ibnu Qayyim akan hal roh ini dan kredibiliti Ibnu Qayyim pada mata Wahabi selepas meneliti Kitab Ar-Ruuh Ibnu Qayyim.
Adik saya mengatakan, inilah kelicikan Kang Habiburahman, menyelitkan suatu teks retorik tanpa perlu menyuapkan dalam mulut pembaca atas 'relevansi'nya terhadap cerita atau tujuan, tetapi membawa pembukaan diskusi yang menarik untuk dikupas, juga penyindiran buat Wahabi secara lembut. Ini yang membuat saya benar-benar kagum dengan AAC. Ya, AAC memang "profound".

Tok Mudin Suka Saga Horizon

"Aksi pertempuran berbau darah berselang seli dengan catatan-catatan si periwayat Sobri, bukan sekadar menghiburkan, tapi juga membawa pembaca (aku) menginsafi bahawa kita manusia, sebijak mana pun, tetap ada Yang Maha Mengaturkan. Dan sudah sifatnya, pertembungan antara yang baik dan jahat, hitam dan putih, kabur dan terang itu akan sentiasa berlaku, sampai bilapun. Aku tidak menyesal membeli dan membaca buku ini."
Terima kasih Tok Mudin, nanti kalau kita ke Gua Musang (dah jatuh cinta dengan tanah Kelantan, sangat-sangat), kita lepak lama lagi ya :)